Bagaimana Nak Mulakan Bisnes Dobi Dengan Modal Tak Sampai RM2 Ribu

9 daripada 10 punca rezeki itu datangnya daripada perniagaan. Akan tetapi, 9 daripada 10 perniagaan baru juga akan berdepan dengan risiko kegagalan. Jadi cara yang terbaik memulakan perniagaan adalah denga bermula kecil dahulu dengan apa yang ada.

Ada modal kecil, mula dengan perniagaan kecil. Takde modal buat cara takde modal, boleh mula dengan perniagaan dropship terlebih dahulu.

Seperti biasa, Tuan Norizan Bin Sharif  gemar berkongsi mengenai bisnes dan kewangan. Jom kita tengok tips beliau tentang cara-cara memulakan bisnes dobi dengan modal tak sampai RM2,000.

  1. Guru bisnes, Puan Ainon Mohd kata mulakan bisnes dengan modal sendiri yang kecil. Beliau cadangkan RM2,000. Kata beliau, bisnes pertama ialah tempat kita belajar berbisnes. Kalau jatuh pun, tak sakit sangat.
  2. Adakah bisnes dobi boleh dimulakan dengan RM2,000? Boleh.
  3. Mulakan bisnes dobi secara berpartner dengan pengusaha dobi berpengalaman. Di Amerika Syarikat, banyak “kedai dobi” ialah perkhidmatan mengambil dan menghantar dobi dari rumah ke rumah, dari pejabat ke pejabat.
  4. Anda juga boleh buat begitu tanpa perlu membeli mesin dobi yang mahal. Anda juga tak perlu belajar bagaimana nak mendobi. Apa yang anda perlu lakukan ialah belajar bagaimana membuat pemasaran, dan anda boleh memulakan bisnes ini dengan modal di bawah RM2,000.
  5. Pertama, daftar bisnes. Nak murah dan mudah, daftar saja sebagai “sole proprietorship.” Cari nama yang menggambarkan bisnes dobi.
  6. Kedua, buat flier dan edarkan dari rumah ke rumah dan dari pejabat ke pejabat. Hantar promosi melalui emel. Hantar iklan melalui WhatsApp. Buat Facebook page dan beli Facebook ad. Buat website. Nak murah, buat sendiri. Buat magnetic sign dan lekatkan di kereta.
  7. Ketiga, apabila dapat tempahan, ambil dan hantar ke kedai dobi berpengalaman. Jadikan mereka rakan kongsi anda. Bincang untuk dapatkan harga yang bagus. Ambil untung di situ. [Nota: elok buat formal, written agreement dengan mereka].
  8. Salah seorang pengusaha kedai dobi berpengalaman ialah Puan Suraya Anizah Abdullah. Saya fikir beliau terbuka untuk berkolaborasi. Dulu saya pernah berbincang idea ini dengan beliau. Saya rasa ramai lagi pengusaha dobi berpengalaman yang suka pendekatan win-win ini.
  9. Dengan cara ini, anda fokus kepada pemasaran, pengambilan dan penghantaran. Pengusaha dobi pula fokus kepada mendobi pakaian.
  10. Dengan RM2,000, anda boleh mulakan bisnes dobi serta-merta. Usah pening kepala fikirkan nak cari RM500,000 untuk beli mesin, sewa kedai dan sebagainya. Kalau bisnes tak menjadi, anda tak tanggung kerugian besar. Kalau bisnes menjadi, anda boleh kembangkan beberapa outlet pengambilan dan penghantaran dobi.

Sumber: FB Tuan Norizan Bin Sharif

Bukan Senang Nak Senang, Bukan Susah Nak Susah

Fasa awal perniagaan iaitu 3 tahun pertama adalah fasa yang paling sukar. Jika sesebuah perniagaan boleh melepasi jangka hayat 3 tahun tersebut, maka peluang adalah tinggi untuk bertahan lama.

Sangatlah penting untuk kita mulakan sesuatu perniagaan dengan apa yang kita ada. Elakkan daripada berhutang dengan institusi kewangan, keluarga mahu pun kawan-kawan.

Kalau ada duit banyak sekalipun, jangan membazir tak tentu hala. Teruskan perjuangan, insyaAllah satu hari nanti pasti beroleh kejayaan.

Nak tahu rahsia kejayaan yang lain:

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend