China Menguasai Pasaran Telefon Pintar Dunia

Beberapa tahun lepas, pasaran telefon pintar didominasi oleh dua syarikat gergasi daripada Amerika Syarikat dan Korea iaitu Apple dan Samsung. Selama 7 tahun berturut-turut, hanya Apple dan Samsung yang berjaya memegang tempat pertama dan kedua.

Tetapi baru-baru ini, buat pertama kalinya Huawei berjaya mendapat tempat kedua sebagai penjual telefon pintar terbanyak mengalahkan Apple. Setakat suku ke-3 tahun 2018, Huawei telah menjual sebanyak 52 juta unit telefon berbanding Apple sebanyak 46.9 juta.

Jika anda perhatikan betul-betul, 3 daripada 5 syarikat teratas ini merupakan syarikat yang berasal dari China. Mari kita lihat satu persatu pesaing terbesar kepada Apple dan Samsung ini.

Huawei: Pencabar Terdekat Samsung

Negara asal: Shenzhen, China

Huawei telah membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi meningkatkan kualiti dan kebolehan kameranya. Lihat sahaja telefon “flagship” nya, P20 Pro. Rata-rata mereka yang membeli P20 Pro adalah disebabkan kebolehan kameranya menghasilkan gambar yang cantik dan berkualiti.

Selain daripada itu, warna telefonnya yang seakan-akan pelangi (rekabentuk ini juga dikenali sebagai Twilight) membezakan mereka daripada telefon lain yang menggunakan satu warna sahaja.

Rekabentuk Huawei yang elegan serta kameranya yang baik telah berjaya memikat hati ramai pelanggan. Perkara ini terbukti apabila pra-tempahan Mate 20 habis dalam masa beberapa jam sahaja semasa ia dilancarkan di Malaysia.

Xiaomi: Pilihan Si Kedekut

Negara asal: Beijing, China

Xiaomi cukup terkenal dengan rekabentuknya yang seakan-akan Apple sehinggakan digelar ‘Apple of China’. Apabila Apple memperkenalkan ‘notch’, Xiaomi pun turut sama meniru tanpa segan silu. Namun apa yang membuatkan mereka berjaya adalah harganya yang jauh lebih murah berbanding jenama lain.

Bayangkanlah, dengan spefikasi yang hampir sama dengan Samsung Galaxy S9, Xiaomi Mi8 dijual pada harga RM1,300 lebih murah berbanding Galaxy S9.

Oppo: Raja Swafoto

Negara asal: Dongguan, China

Oppo bermula sebagai sebuah syarikat pembuat MP3 dan pemain DVD sebelum memasuki pasaran telefon pintar. Oppo yang mementingkan kualiti kamera depannya dilihat berjaya meraih populariti di kalangan milenial yang suka berswafoto.

China Bakal Menguasai Lebih Separuh Pasaran Dunia Menjelang Akhir 2019

Menurut kajian tekini oleh TrendForce, telefon pintar daripada China bakal menguasai 54% pasaran dunia menjelang akhir tahun ini. Secara kesuluruhannya, daripada 12 syarikat pembuat telefon yang tertinggi, 9 daripadanya berasal dari China.

Tuan Mohd Kauthar Rozmal merupakan seorang perancang kewangan peribadi dan graduan jurusan matematik.

Sumber Rujukan: Statista

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend