Etika Niaga Menurut Islam

Etika merupakan salah satu disiplin pokok dalam falsafah, tidak kiralah falsafah untuk hidup mahupun falsafah dalam pengurusan. Begitu juga dengan perniagaan. Setiap perniagaan itu perlu ada etika untuk dimajukan dan dikembangkan. Bagi setiap peniaga Islam, perniagaan mereka hendaklag berlandaskan cara dan etika yang sesuai mengikut syarak. Mari kita bincangkan etika niaga menurut pandangan Islam.

Dalam Islam, sesebuah perniagaan itu haruslah mengikut syariat yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Sepertimana terjemahan dari Surah an-Nisa’ ayat ke 29-30, yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta-harta saudaramu dengan cara yang batil, kecuali harta itu diperoleh dengan jalan niaga yang ada saling kerelaan dari antara kamu, dan janganlah kamu membunuh diri-diri kamu, kerana sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengasih kepadamu, dan sesiapa berbuat demikian dengan sikap permusuhan dan penganiayaan, maka Kami akan masukkan dia ke dalam api neraka”

Melalui ayat ini, menunjukkan bahawa peniagaan itu boleh dilakukan dengan dua syarat; pertama, perniagaan itu dilakukan atas kerelaan dua belah pihak, dan kedua, tiada unsur penganiayaan dan penipuan untuk merugikan satu-satu pihak dalam perniagaan.

Dalam berniaga juga perlu ada adabnya. Beikut merupakan adab-adab berniaga dalam Islam.

  1. Niat, yang merupakan perkara paling asas dalam melakukan sesuatu perkar. Niatlah untuk berniaga dan berjaya dalam perniagaan kerana ALLAH.
  2. Menjual dan menyediakan hanya yang halal. Seseorang peniaga Islam dilarang keras untuk menjual barang-barang yang diharamkan, seperti arak, dadah dan sebagainya. Untuk menjadikan perniagaan diberkati, jauhilah dari menjual atau menyediakan perkhidmatan yang boleh dianggap syubhah dalam Islam.
  3. Tidak memonopoli barangan. Antara hak peniaga terhadap pelanggan ialah tidak menyekat barang keperluan asas yang mana ia menjadi nadi kehidupan keperluan isi rumah. Inilah yang dilarang oleh syariat Islam iaitu menyimpan barang dalam masa tertentu untuk dijual apabila berlaku peningkatan harga yang melambung tinggi.
  4. Setiap peniaga haruslah jujur dalam perniagaan untuk terus maju. Apabila berlalunya ketidakjujuran antara peniaga dan pelanggan, kepercayaan pelanggan akan mula terhakis dan ini boleh menjejaskan perniagaan mereka.
  5. Menghindari Riba’. Perkara yang tidak terlepas dikalangan kita pembeli mahupun penjual. Ia boleh berlaku baik di kalangan kita yang beragama Islam mahupun bukan. Sudah menjadi sinonim, perniagaan sering kali terlibat dengan riba sedangkan di dalam al-Quran, Allah Taala ada menyebut yang bermaksud;

“Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba.” – (Surah al-Baqarah, ayat 275)

Inilah kayu ukur kita dalam menjalankan urusan jual beli dengan sekalian manusia di alam perniagaan. Inilah yang menyebabkan setiap perniagaan hilang keberkatannya hanya kerana sikap “memandang sebelah mata”, sedangkan setiap peniaga sudah ada disiplin ilmu dalam bab fiqh muamalat dalam hal ini.

Untuk berjaya dalam perniagaan, setiap usahawan Islam haruslah sentiasa berpegang kepada asas perniagaan menurut syariat Islam sebenar. Semoga semakin ramai lagi usahawan Islam yang berjaya dapat dilahirkan pada masa hadapan.

Sumber Rujukan:

 

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend