Bitcoin – Matawang Digital Yang Semakin Popular, Boleh Ke Kita Join?

Sumber Gambar: http://www.xe.com

Cuba tengok gambar di atas? Apa yang anda nampak?

Seunit Bitcoin pada awal tahun 2013 hanyalah bersamaan dengan $13 USD, tetapi pada hari ini ia menjangkau lebih daripada $1,100 USD. Gila ke apa Bitcoin ni?

Apa Kata Bank Negara Malaysia?

Baca dulu daripada BNM yang pernah mengeluarkan kenyataan pada tahun 2014 berkenaan dengan Bitcoin seperti berikut:

“Bitcoin (mata wang digital) tidak diiktiraf sebagai sah diperlakukan di Malaysia. Bank Negara Malaysia tidak mengawal selia urus niaga Bitcoin. Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati terhadap risiko berkaitan penggunaan mata wang digital tersebut.”

Habis tu nak buat apa pulak dengan Bitcoin ni? BNM pun tak iktiraf ianya sebagai matawang.

Apa Kata Majlis Fatwa Malaysia Berkenaan Bitcoin?

Mungkin anda tidak dapat akses Blog Fatwa Malaysia seperti di atas, jadi kami screenshot untuk anda. Kalau nak view arkib web tersebut, boleh ke: Hukum penggunaan bitcoin sebagai medium untuk bermuamalat

Kalau malas nak baca panjang sangat atau kecik sangat gambar tersebut, secara kesimpulannya:

Dari sudut ekonomi Islam, Bitcoin tidak sesuai dijadikan matawang kerana:

  1. Boleh dimasuki unsur spekulasi yang melampau
  2. Nilainya juga tidak stabil dan boleh naik secara mendadak
  3. Tidak dikawal oleh mana-mana badan berautoriti

Kesimpulannya, tak perlulah nak sertai mana-mana skim melombong Bitcoin di Malaysia ni.

Takut nanti pelaburan anda hangus, atau Bitcoin anda tidak boleh digunakan, atau masa anda terbuang begitu saja, tak pun anda terlibat di dalam aktiviti yang haram dari segi undang-undang dan juga Islam. Hidup pun mesti tak tenteram…

Banyak Lagi Pelaburan Halal Lagi Menguntungkan

Bagi pelaburan pula, kita boleh guna pakai konsep High Risk, High Return; bergantung kepada toleransi anda terhadap risiko. Kalau rasa cukup dengan 6%-8%, bolehlah simpan di dalam ASB. Nak lebih sikit, boleh keluarkan duit daripada EPF dan masuk ke dalam Unit Trust.

Perkongsian dari Ustaz Abdul Aziz Mohd Nor @Ustaz Lariba, Pensyarah di UNIKL

Perkongsian dari Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Chairman of the Shariah Advisory Council at the Central Bank of Malaysia


Nak pulangan lebih tinggi? Belajar-belajarlah melabur saham di Bursa Malaysia.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend