Boleh Ke Beli Kereta Proton Guna Bitcoin?

Baru-baru ini kedengaran ada pengedar kereta nasional negara yang menerima Bitcoin dan Ethereum sebagai bayaran untuk membeli kereta. Lihat saja gambar tersebut yang diambil daripada pengedar Proton di Seri Kembangan.

Sumber: lowyat.net

Ini telah mengejutkan ramai pihak, seolah-oleh Bitcoin semakin diterima meluas di Malaysia. Tetapi ianya adalah tindakan pengedar tersebut yang bertindak bersendirian dan tidak mendapat lampu hijau daripada Proton dan DRB-Hicom, selaku pemilik pemilik Proton.

Menerusi kenyataan rasmi, Proton berkata “Kami terbuka kepada cara-cara inovatif bagi menaikkan minat pengguna terhadap kereta kami, tetapi kami juga ingin menasihati rangkaian jualan kami untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya di dalam menjalankan aktivit-aktiviti promosi yang tidak diperkenankan oleh syarikat.”

Pengedar Digantung Sehingga Selesai Siasatan

Buat masa ini, pengedar tersebut telah pun digantung sehingga siasatan selesai dijalankan. Barangkali ia dibenarkan untuk beroperasi semula setelah berhenti menerima mata wang digital sebagai bayaran.

Dan boleh jadi ini semua hanyalah gimik untuk meraih publisiti dan menjadi terkenal.

Logik Ke Nak Beli Kereta Guna Bitcoin?

Sekarang kita tengok pula bagaimana volatility atau turun naik harga Bitcoin yang sangat tinggi.

Kita ambil contoh mudah nak beli kereta Proton Saga yang berharga RM35,000:

1 Januari 2017

Harga 1 Bitcoin Berbanding Ringgit Malaysia: RM4,504

Bitcoin Yang Diperlukan Nak Beli Proton Saga: 7.77 Bitcoin

1 Julai 2017

Harga 1 Bitcoin Berbanding Ringgit Malaysia: RM10,242

Bitcoin Yang Diperlukan Nak Beli Proton Saga: 3.42 Bitcoin

1 Januari 2018

Harga 1 Bitcoin Berbanding Ringgit Malaysia: RM52,746

Bitcoin Yang Diperlukan Nak Beli Proton Saga: 0.66 Bitcoin

Sumber: XE.com

Maknanya, saban tahun perlu sedikit sahaja Bitcoin nak beli Proton Saga. Semakin tinggi harga Bitcoin berbanding Ringgit Malaysia, semakin untunglah pada pihak penjual kerana nilai Bitcoin semakin menaik. Memang penjual mengalu-alukan Bitcoin sebagai mata wang.

Ini dalam situasi Bitcoin sedang menaik, tapi bagaimana pula apabila Bitcoin dalam keadaan menurun dan lebih memihak kepada pembeli?

Kita boleh lihat bagaimana mata wang Ringgit Malaysia tidak lagi laku di kalangan peniaga-peniaga luar negara terutamanya negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan sebagainya; disebabkan Ringgit susut nilai dengan teruk. Tapi itu dulu, sekarang Ringgit dah pulih dan sudah diterima kembali.

Mata Wang Digital Belum Sah Digunapakai Di Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) pula belum lagi menerima Bitcoin, Ethereum atau mana-mana mata wang digital yang lain sebagai mata wang yang sah di sisi undang-undang Malaysia. Ini adalah kerana BNM sedang memperhalusi dan membangunkan rangka kerja sebelumnya ia boleh diterimapakai.

Juga berkait rapat dengan isu ini adalah saranan daripada Dr Zaharuddin Abd Rahman berkenaan Bitcoin HARUS Untuk Melawan Inflasi Dan Jual Beli Barangan Sebenar. Tetapi yang peliknya, ramai di antara kita yang menganggap Bitcoin sebagai medium pelaburan dengan harapan beli hari ini, esok dah boleh untung dan jual.

Saranan kami, elakkanlah perkara yang belum mendapat green light daripada badan berautoriti dan juga mereka yang pakar dalam bidang muamalat dan kewangan Islam. Takut-takut anda terjebak ke dalam scam dan juga melakukan sesuatu yang haram di sisi agama.

Sumber Rujukan: paultan

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend