Cara Mudah Nak Convert Akaun Simpanan Konvensional Maybank Ke Akaun Islamik, Buat Online

Fintech Malaysia. Evolusi Institusi Kewangan

Alhamdulillah, kesedaran orang ramai tentang pentingnya untuk kita memilih produk kewangan Islamik semakin tinggi. Terbaru, pihak Maybank membenarkan pemilik akaun simpanan konvensional dengan Maybank, untuk menukar akaun konvensional mereka kepada Islamik.

Yang bestnya, semua dilakukan secara online. Lagi best apabila nombor akaun bank tidak berubah, kekal guna nombor akaun yang sama.

Tanpa membuang masa, ikuti perkongsian Puan Bella Leana, tentang cara mudah nak convert akaun simpanan konvensional Maybank ke akaun Islamik.

Hanya Dengan 6 Langkah Mudah

Assalamualaikum semua dan selamat pagi Jumaat!

Korang tau tak yang Maybank ada buat benda best pasal Conventional Acc?

Those yang ada akaun simpanan atau akaun semasa konvensional dengan Maybank, korang boleh convert/switch kepada akaun Islamik tanpa perlu tukar akaun atau tutup akaun..

Menarik kan??

Ramai orang yang stick dengan akaun konvensional sebab no akaun tu dah di gunakan berkurun lama.. malas nak buka akaun baru guna no akaun baru kan??

So here the step yang korang perlu buat untuk switch akaun korang tu.. hanya perlukan a few step sahaja ok!

1. Pergi ke Maybank2u website dan login macam biasa

2. Then pergi kat option button kat sebelah atas kiri, pilih Apply

3. Scroll down ke bawah dan pilih option “Switch to Islamic Account” dan click Apply Now

4. Pilih nak convert from which akaun, kalau ada banyak akaun konvensional, kena buat satu persatu

5. Pilih akaun yang nak then tick kat T&C tu.. (tick dua-dua bulat tu)

6. Then confirm kan, lepas dah confirm dia akan keluar notification, effective following month akaun tu akan diconvertkan ke Akaun Islamik

Tak pasti akaun korang konvensional atau bukan?
Kalau saving start with 10XXXX or 11XXXX
Kalau current start with 50XXXX or 51XXXX

Kalau loan macam mana??
Kalau loan tak boleh via online macam ni sebab ada loan agreement… duit lawyer kena bayar 😂😂

Ok.. tolong share kat kawan2 sahabat handai korang kalau ada sesiapa yang ada akaun konvensional dengan maybank dah takde alasan dah nak tukar ke islamik!

Terima Kasih #Maybank sebab memudahkan urusan dunia kami!

Sumber: FB Bella Leana

Perbezaan Islamik vs Konvensional

Nak tahu lebih lanjut, jemput baca:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tawaran Gaji Rendah Punca Graduan Enggan Bekerja Dalam Sektor Kemahiran -MITI

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) — Penawaran gaji yang rendah menjadi punca kekurangan tenaga mahir tempatan terutama daripada kalangan lepasan pengajian tinggi, walaupun permintaan dari pihak industri terus meningkat, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata berdasarkan laporan statistik suku tahun yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Buruh Malaysia (MBLS), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) terdapat 49,500 kekosongan jawatan berkemahiran tinggi bagi sektor pembuatan pada suku kedua 2023.

Beliau berkata selain itu, data pada suku ketiga 2023 daripada Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) melaporkan terdapat sebanyak 22,248 kekosongan pelbagai jawatan bagi industri profesional, saintifik dan teknikal, melibatkan 5,734 syarikat tempatan.

“Sekiranya dilihat pada data-data ini, jumlah penghasilan graduan di Malaysia boleh dianggap mencukupi untuk menampung permintaan daripada industri.

“Namun begitu, kebanyakan daripada mereka memilih untuk bekerja di luar negara berikutan tawaran gaji dan persekitaran kerja yang lebih baik ataupun melibatkan diri dalam ekonomi gig,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Musa mengenai unjuran guna tenaga teknikal kejuruteraan, sains dan teknologi yang diperlukan pelabur pada 2024 memandangkan terdapat kenyataan bahawa kerajaan terpaksa menggunakan tenaga kerja mahir asing yang memberi kesan defisit terhadap peluang pekerjaan graduan tempatan.

Liew turut merujuk laporan kajian bertajuk ‘Shifting Tides: Charting Career Progression of Malaysia’s Skilled Talents’ oleh Institut Penyelidikan Khazanah baru-baru ini yang melaporkan jumlah graduan baharu terlebih kelayakan terus meningkat dan menghadapi masalah gaji rendah, dengan 65.6 peratus graduan pada  2021 menerima gaji permulaan kurang daripada RM2,000. 

Mengulas lanjut, beliau berkata MITI dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama kementerian lain mengatur langkah komprehensif bagi memastikan graduan yang menganggur mendapat pekerjaan dalam industri dan sesuai dengan kehendak pelabur, sekali gus memenuhi permintaan pasaran.

“MITI dan KPT bersama kementerian-kementerian (lain) sedang menguruskan program ‘work-based learning’ untuk memadankan, supaya kita boleh bawa TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) bersesuaian dengan industri bersama program-program lain bagi mewujudkan suasana graduan serta profesional bersama pekerja teknikal yang bersesuaian dengan permintaan industri,” katanya.

Beliau berkata walau bagaimanapun, pihak industri juga perlu bersedia untuk membayar gaji yang lebih tinggi kepada graduan tempatan.

— BERNAMA