Cara Nak Semak Penasihat Kewangan Berdaftar Atau Tidak

Alhamdulillah, semakin ramai di kalangan kita yang semakin celik berkenaan ilmu kewangan. Dan ramai juga yang semakin terbuka untuk berjumpa dengan Penasihat Kewangan, bagi mendapatkan nasihat berkenaan kewangan.

Tapi ramai juga di antara kita yang sering keliru dalam mengenal seseorang penasihat kewangan. Ada satu kes di mana seorang klien menyangkakan beliau berjumpa dengan seorang Financial Planner, hakikatnya orang tersebut adalah seorang ejen Takaful yang mahu menawarkan produk Takaful kepadanya.

Luahan Hati Yang Kecewa

Lebih memburukkan keadaan, sekarang begitu ramai ejen-ejen yang menggunakan gelaran Financial Planner atau Islamic Financial Planner dalam kad bisnes masing-masing. Ini menambahkan lagi kekeliruan dalam masyarakat.

Sebenarnya ejen Insurans/Takaful, Unit Trust Consultant (UTC) mahu pun Financial Planner adalah orang yang berlesen di dalam dunia perkhidmatan kewangan di Malaysia. Jadi, kita boleh semak di laman sesawang badan-badan yang mengeluarkan lesen-lesen tersebut untuk mendapatkan kepastian.

Jom kita tengok cara nak semak samada seseorang Penasihat Kewangan itu adalah berdaftar, dan semoga kita mendapat khidmat kewangan dengan orang yang tepat:

1- Ejen Takaful berdaftar di bawah Malaysia Takaful Association (MTA)

https://sso.ism.net.my/MTAOARS/Enquiry/Search

2- Ejen Insuran berdaftar di bawah Life Insurance Association of Malaysia (LIAM)

https://www.liam.org.my/index.php/customer-zone/know-your-agent

3. Ejen Insurans Am pula berdaftar di bawah Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)

https://oars.piam.org.my/aoars/pages/enquiry/search.aspx

4- Unit Trust Consultant (UTC) dan Private Retirement Schemes (PRS) Consultant perlu mempunyai lesen daripada Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM)

FIMM selangkah ke hadapan, dengan membolehkan kita memuat turun senarai penuh nama-nama ejen yang UTC dan PRS yang berdaftar.

Setakat Jun 2019, kita dapati bahawa terdapat:

  • 24226 ejen berdaftar sebagai PRS Consultant
  • 65347 ejen berdaftar sebagai UTC

https://www.fimm.com.my/search/

5- Perancang Kewangan (Financial Planner) pula berlesen terus di bawah Securities Commission Malaysia (SC)

https://ers.seccom.com.my/public/Default.aspx?menu=1

6- Penasihat Kewangan (FAR) pula diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Boleh klik di bahagian List of Financial Advisers’ Representatives

Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mempunyai ruangan untuk kita Search, sebaliknya kita boleh muat turun fail yang menyenaraikan kesemua Penasihat Kewangan (FAR) yang berdaftar. Dan setakat Jun 2019, terdapat 828 orang yang berdaftar sebagai Penasihat Kewangan (FAR) dengan Bank Negara Malaysia.

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=relatedlink&pg=related_link&ac=269

Pastikan Berlesen Baru Berurusan

Sekarang dah tahu cara nak semak samada seseorang itu mempunyai lesen yang sah atau tidak, pastikan mereka ini berlesen sebelum nak berurusan dengan ejen Takaful, ejen UTC, ejen PRS, Perancang Kewangan atau Penasihat Kewangan. Maklumlah, bila mempunyai lesen yang sah; ini bagi memastikan mereka ikut peraturan dan undang-undang sedia ada. Kita pun rasa selamat jika hendak mendapatkan khidmat mereka.

Ditulis oleh Hanif Yahaya. Seorang perancang kewangan dan penasihat kewangan yang berlesen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM). Beliau juga adalah pelajar terbaik Shariah Registered Financial Planner (ShRFP). Berpengalaman memberi khidmat nasihat kewangan individu dan korporat. Boleh hubungi beliau di hanifyahaya@financier.com

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend