Cara Terbaik Simpan 50% Daripada Gaji

Tiada apa yang mustahil untuk dilakukan jika disusuli dengan kesungguhan yang berterusan dan bukannya hangat-hangat chicken shit. Selain dari kesungguhan, perlu juga untuk kita semat dalam diri kita bahawasanya kita mampu untuk melakukan 50% daripada gaji sebagai simpanan.

Jangan berkata tidak boleh sebelum mencuba. Bila dah sekali mencuba, pasti seterusnya akan jadi ok untuk terus mencuba. Lama-lama nanti dah menjadi satu kebiasaan untuk buat simpaan 50% daripada gaji. Apa yang penting, didik diri terlebih dahulu.

Bagaimana caranya untuk capai simpanan 50% gaji setiap bulan? Jika kita nampak apa yang kita perlu buat dan apa matlamat yang ingin dicapai, pasti kita berkeupayaan untuk capai simpanan daripada 50% gaji.

1. Betulkan Niat

Dalam apa jua perkara yang kita lakukan, niat haruslah diperbetulkan terlebih dahulu. Kalau awal-awal niat dah terpesong, urusan nak menyimpan pun sampai bila tak akan tercapai. Jangan kata susah untuk kita pasang niat untuk menyimpan, sebab perasan tak, kita tak pernah berniat pun nak berbelanja, tetapi duit habis juga kita belanjakan?

2. Tetapkan Matlamat

“Saya ada simpanan dalam RM800 sebulan. Ok tak banyak tu Bro?”

“Sebelum saya jawab, boleh saya tahu apa matlamat kamu menyimpan?”.

krik krik krik……….

Di sinilah pentingnya untuk kita menetapkan matlamat yang ingin dicapai. Apakah tujuan sebenar anda nak menyimpan?

  1. Saya ingin menyimpan cash sebanyak RM5,000 hujung tahun. (Jangka pendek)
  2. Saya ingin kumpul deposit rumah pertama RM30,000. (Jangka sederhana)
  3. Saya ingin bersara dengan simpanan sebanyak RM1,000,000. (Jangka panjang)

Kalau boleh, pastikan matlamat tersebut dijadikan motivasi utama kita untuk berjaya. Tanpa matlamat kita akan sering berputus asa di tengah jalan. Ibarat berlari tanpa tahu di mana garis penamat, lama-lama berhenti sebab lelah.

Jangan lupa banyakkan berdoa dan mohon dipermudahkan semoga tercapai matlamat tersebut.

3. Tetapkan Sasaran Bulanan

Dah ada matlamat, sekarang masa untuk tetapkan sasaran bulanan pula. Contohnya, anda telah menetapkan jumlah simpanan sebanyak RM30,000 dalam masa 2 tahun.

Justeru, jadikan jumlah tersebut sebagai target yang wajib dicapai. Maka nak ada simpanan sebanyak RM30,000 dalam masa 2 tahun, kena simpan RM1,250 setiap bulan.

4. Berusaha Untuk Capai Sasaran Bulanan

Misalnya di sini, anda ingin membeli rumah. Buat pengiraan jumlah bulanan bayaran rumah tersebut, kemudian buat simpanan mengikut kepada jumlah bayaran rumah.

Katakan rumah berharga RM200,000 dan pembiayaan bulanan adalah ~RM1,000 sebulan, maka berusahalah untuk simpan RM1,000 sebulan.

5. Buat Tabung Melancong

Mesti ada yang kata, dah penat menyimpan nak juga merasa reward diri kan? Tiada masalah kalau nak reward diri dan keluarga sekali sekala dengan pergi makan angin. No problem asalkan tidak boros dan masih berterusan membuat simpanan.

Setiap tabung melancong ni molek kiranya ada nama tersendiri. Jangan letak general, contoh “Tabung Travel”. Letaklah “Tabung Travel London”. Baru semangat nak masukkan duit dalam tabung tu.

6. Buat Tabung Ibu Bapa

Kalau lupa tabung yang ni, semua urusan akan menjadi sukar. Bahkan, nak menyimpan 50% daripada gaji pun akan jadi tidak mampu. Ibu bapa adalah keutamaan yang perlu diberi penekanan.

7. Buat Tabung Cukai Jalan Dan Takaful Kenderaan

Disebabkan kita terpaksa memperbaharui cukai jalan dan Takaful kenderaan setiap tahun, ramai yang pandang remeh perkara ini. Bila tarikh dah semakin dekat, baru nak menggelabah kumpul duit.

Dan kalau tak cukup duit, terpaksa pula berhutang. Sedangkan kita tahu yang perbelanjaan ini adalah acara tahunan.

8. Bayar Zakat Dan Cukai Pendapatan

Akhir sekali, pastikan tanggungjawab kita sebagai seorang yang beragama Islam untuk membayar zakat, dan sebagai seorang rakyat Malaysia pula untuk membayar cukai pendapatan.

Dan tahukah anda, hanya 2 juta lebih sahaja rakyat Malaysia yang membayar cukai?

Berikut merupakan Jumlah Pembayar Cukai Kategori Individu Pendapatan Penggajian (SG) & Pendapatan Selain Penggajian (OG) Yang Dikenakan Cukai Untuk Tahun Taksiran 2016.

Selamat merancang dan menyimpan!

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend