17 Perkara Saya Belajar Tentang Cukai

17 perkara saya belajar tentang cukai daripada Tuan Haji Jerry Zafrul Rizal Mat #sexyaccountant.

Sudut pandang seorang usahawan:

1. Malaysia merupakan negara sekular yang mengamalkan undang-undang sekular. Agama islam sebagai agama rasmi. Secara logik, negara Islam tidak mengutip cukai.

2. Cukai adalah di antara sumber pendapatan negara. Ada direct tax dan juga indirect tax.

3. Semakin banyak bayaran cukai dibuat, semakin tinggi loan yang kita boleh dapat. Ini kerana cukai ditaksir atas pendapatan.

4. Usahawan perlu fikir berapa banyak duit yang perlu dibuat berbanding berapa banyak cukai yang perlu dibayar.

5. Asingkan zakat sebagai bayaran daripada gaji peribadi, itu lebih baik. Untuk syarikat, bayar kedua-dua sekali – cukai dan zakat.

6. Pihak bank akan memberi point yang tinggi kepada pembayar cukai yang banyak.
(Lebih mudah untuk lulus loan)

7. Pendapatan lebih RM48,000 setahun sudah dikenakan cukai. Tapi ambil kira semua pelepasan yang layak.

8. Walaupun pendapatan yang diterima kurang dari RM3,000 setahun, setiap orang perlu submit penyelarasan cukai tahunan kepada LHDN.

9. Walaupun pada waktu itu kita masih belum mampu membayar cukai, submit pada LHDN untuk tujuan rekod.

10. Ketiadaan rekod pada LHDN akan menyukarkan kita untuk membuat pinjaman bank. Itu dokumen penting yang pihak bank akan lihat.

11. Sekiranya permohonan pinjaman kita ditolak oleh pihak bank, semak semula berapa banyak cukai yang telah kita bayar?

12. Duit yang banyak di dalam akaun bukan jaminan utama boleh mendapat loan.

13. Sekiranya kita belum pernah membayar cukai, berhati-hati dengan populariti. (Ada pihak yang akan memerhati)

14. Segala rekod urusan jual beli dan transaksi jualan harus disimpan selama 7 tahun. (Simpan sekiranya pihak LHDN datang untuk membuat audit)

15. Segala bentuk pendapatan yang masuk akan dikenakan cukai. (Gaji, Komisyen, Elaun, Bonus, Sewa)

16. Dividen tidak dikenakan cukai kerana ianya keuntungan bersih selepas ditolak cukai.

17. Berhati-hati dengan pembelian kereta atau rumah secara tunai sekiranya kita belum pernah membayar cukai. (Kemungkinan untuk pihak LHDN membuat lawatan adalah tinggi)

Selamat menunaikan tanggungjawab sebagai penyumbang pendapatan negara.

Sumber asal : Firdaus Yasin

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend