21 Bilion SST Tak Semudarat 44 Bilion GST

Melalui satu kenyataan media, YB Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan Malaysia telah mengeluarkan ‘counter-attack’ terhadap mereka yang memperlekehkan usaha kerajaan yang akan melaksanakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan / Sales and Services Tax (SST) pada 1 September 2018.

Boleh baca kenyataan media tersebut di bawah:

Sumber: Facebook Kementerian Kewangan Malaysia

Kita perlu jelas bahawa cadangan sepuluh peratus (10%) cukai jualan dan enam peratus (6%) cukai perkhidmatan di bawah pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak akan menjadikan keseluruhan cukai yang perlu ditanggung pengguna berada pada kadar enam belas peratus (16%).

  • Kedua-duanya adalah dikenakan cukai secara berasingan, dan bukan 10%+ 6% = 16%.
  • Cukai jualan (10%) akan dikenakan pada produk yang dibuat di kilang, dan bukan di semua peringkat sepertimana GST 6% sebelum ini
  • Cukai perkhidmatan (6%) pula akan dikenakan untuk perkhidmatan sahaja, dan bukan semua perkhidmatan akan dikenakan cukai

Terdapat juga contoh yang diberikan iaitu:

  • Pihak pembekal kenakan cukai jualan 10% ke atas air tin yang dikilangkan dengan kos RM1.00
  • Di bawah sistem cukai GST, air tin yang sama dijual kepada pengguna pada harga RM2.00, kadar 6% cukai GST (RM0.12) akan dikenakan
  • Jelas bahawa kadar GST 6% (RM0.12) adalah lebih tinggi berbanding kadar SST 10% (RM0.10)

Baca banyak-banyak pun, bukan faham kan? Tengok sajalah gambar perbandingan di bawah yang sering kita perolehi di media sosial, Facebook, WhatsApp dan sebagainya:

Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat apa jadi 1 September 2018 nanti.

Sementara tu, jemput baca:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Anggar Jana Hasil Tambahan RM3.45 Bilion Daripada Cukai Perkhidmatan

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) — Kerajaan dijangka memperoleh tambahan hasil berjumlah RM3.45 bilion daripada peluasan skop cukai perkhidmatan dan perubahan kadar daripada enam peratus kepada lapan peratus, kata Kementerian Kewangan.

Kementerian tersebut berkata demikian menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, hari ini, bagi menjawab soalan daripada Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang bertanyakan mengenai pertambahan pendapatan negara daripada kenaikan kadar cukai perkhidmatan yang berkuat kuasa pada 1 Mac, 2024 itu.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan memaklumkan hasil Kerajaan Persekutuan pada 2024 diunjur meningkat kepada RM312.159 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan oleh kutipan hasil cukai yang lebih tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.

Hasil cukai kekal sebagai penyumbang utama kepada hasil Kerajaan Persekutuan iaitu 79.5 peratus daripada jumlah hasil, bersamaan dengan 12.57 peratus daripada kadar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Selain itu jumlah tersebut turut meliputi hasil bukan cukai mewakili 20.5 peratus iaitu bersamaan dengan 3.24 peratus daripada KDNK.

“Kerajaan menggubal Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023 berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024 untuk mengukuhkan tadbir urus dan disiplin fiskal negara, meningkatkan langkah mobilisasi hasil, meluaskan asas hasil cukai, menambah baik dan menyemak semula struktur dan perundangan cukai, serta pemberian insentif percukaian.

“Langkah ini akan direalisasikan melalui pelaksanaan Strategi Hasil Jangka Sederhana  bagi memastikan perancangan cukai jangka sederhana adalah lebih teratur dan sepadan dengan perbelanjaan,” katanya.

Kementerian Kewangan berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) mengenai strategi yang diambil kerajaan bagi memastikan berlaku peningkatan kadar kutipan hasil cukai kerajaan melebihi kadar 12 peratus daripada KDNK agar lebih banyak program pemulihan ekonomi dapat dirancakkan.

— BERNAMA