22 Cara ‘Elak’ Daripada Kena Bayar Cukai Pendapatan Secara Sah

Jangan salah faham pula ya. Kami bukan nak ajar anda supaya tidak bayar cukai. Tapi kami nak berkongsi cara mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar (jika layak kena). Walaupun tarikh akhir untuk hantar borang cukai ialah pada 30 April setiap tahun, kami nasihatkan baik anda buat persediaan awal.

Kalau rasa terbeban dengan jumlah bayaran yang perlu dibayar, mungkin anda boleh semak balik belanja-belanja tahun lepas. Mana tahu sebenarnya anda layak untuk dapatkan pelepasan cukai, cuma anda saja yang tak perasan.

1. INDIVIDU DAN SAUDARA TANGGUNGAN

Anda boleh mendapat pengecualian RM9,000 untuk diri sendiri

2. PERBELANJAAN IBU BAPA

Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) terhad kepada RM5,000 ATAU anda layak dapat sehingga RM 3,000 iaitu terhad sehingga RM1,500 bagi hanya seorang ibu dan RM1,500 bagi hanya seorang bapa.

3. PERALATAN SOKONGAN ASAS

Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya). Boleh dapat pelepasan sehingga RM6,000

4. INDIVIDU KURANG UPAYA

Sumber gambar : DAMAI

Layak dapatkan pelepasan sehingga RM6,000

5. YURAN PENDIDIKAN (Sendiri)

(i) Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
(ii) Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian
Layak untuk pelepasan sehingga RM7,000

6. PERBELANJAAN PERUBATAN PENYAKIT YANG SUKAR DIUBATI

Untuk individu atau suami/isteri atau anak-anak boleh dapatkan pelepasan sehingga RM6,000

7. PEMERIKSAAN PERUBATAN PENUH

Untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak layak dapat pelepasan sehingga RM500

8. GAYA HIDUP

(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan
(iv) Bayaran langganan internet

Yang beli smartphone dan laptop mahal tu, jangan buang resit belian anda kerana layak pelepasan sehingga RM2,500.

9. PEMBELIAN PERALATAN PENYUSUAN

Ibu bapa yang baru dapat anak, beli breast pump pun layak untuk dapatkan pelepasan sehingga RM 1,000.

10. YURAN PUSAT ASUHAN ANAK/ PRASEKOLAH

Bagi ibu bapa yang menghantar anak ke nursery dan taska, berita baik untuk anda sebab layak dapat pelepasan sehingga RM 1,000.

11. TABUNGAN BERSIH DALAM SKIM SSPN

Sumber gambar : PTPTN

Cara pengiraan: Jumlah simpanan dalam tahun 2017 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2017. Layak pelepasan sehingga RM 6,000

12. FAEDAH PEMBELIAN RUMAH (RM10,000)

Faedah pinjaman pembelian rumah untuk S&P bertarikh 10 Mac 2009 – 31 Dec 2010 dan terhad kepada 1 unit rumah sahaja

13. SUAMI/ ISTERI/ BAYARAN ALIMONI KEPADA BEKAS ISTERI (RM4000)

14. SUAMI/ ISTERI KURANG UPAYA (RM3500)

15. ANAK BAWAH 18 TAHUN (RM2000)

16. ANAK ATAS 18 TAHUN, BELUM BERKAHWIN, BELAJAR SEPENUH MASA (RM2000)

17. ANAK BERUMUR 18 TAHUN DAN KEATAS,
tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

18. ANAK KURANG UPAYA (RM6,000)

19. INSURAN/TAKAFUL NYAWA & KWSP (RM6,000)

20. INSURAN/TAKAFUL PENDIDIKAN & PERUBATAN (RM3,000)

21. CARUMAN PERKESO (RM250)

22. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.

Untuk rujukan yang lebih mudah, boleh semak pada jadual yang telah disediakan di laman LHDN

Kredit: Facebook Dr Maryam Aziz


Oh ya. Perlu diingat, walaupun anda setiap bulan membayar cukai pendapatan melalui Potongan Cukai berjadual (PCB), namun anda masih perlu menghantar borang cukai. Sekiranya bayaran PCB anda kurang daripada jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar, maka kenalah bayar perbezaan tersebut.

Dah ada fail cukai belum tu? Kalau belum kena daftar dulu dekat LHDN. Tak perlu susah payah nak ke cawangan LHDN bagai, boleh daftar secara online dekat e-Daftar dan sekiranya tak faham, boleh rujuk dekat sini langkah-langkah untuk mengisi borang tersebut. Untuk menyemak status, pergi ke halaman ni. Jika mengalami sebarang masalah, hubungi terus hotline LHDN di 03-8913 3800.

Lagi satu, jangan nak tipu-tipu pula masa isi jumlah pelepasan tu. Sebab LHDN sudah menaikkan kadar penalti bagi mereka yang mengelak membayar cukai dari 45 peratus sedia ada kepada 100 peratus bermula Januari 2018!

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MOF: Pengecualian CGT Ke Atas Unit Amanah Kurangan Unjuran Hasil Pendapatan Negara

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) — Pengecualian Unit Amanah daripada pengenaan Cukai Keuntungan Modal (CGT) sudah pasti akan memberi kesan pengurangan kepada unjuran hasil yang bakal diperoleh daripada pelaksanaan CGT, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying. 

Beliau berkata bagaimanapun, kerajaan berpandangan bahawa pengecualian CGT ke atas Unit Amanah akan membantu melonjakkan lagi prestasi pasaran modal, di samping memberi manfaat sepenuhnya kepada lebih 90 peratus pelabur individu yang membuat pelaburan dalam industri tersebut.

“Pengecualian ini juga bertujuan untuk memastikan Unit Amanah kekal sebagai pilihan pelaburan yang menarik pada masa hadapan dan boleh diakses oleh rakyat.

“Selain itu, ia turut memberi manfaat melalui pulangan yang lebih kepada para pelabur individu, yang mana kebanyakan mereka terdiri daripada mereka yang dalam golongan pra persaraan dan awal persaraan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Dengan pelaksanaan CGT mulai 1 Mac 2024, kerajaan mengunjurkan tambahan hasil sekitar RM800 juta setahun berdasarkan trend pindah milik saham semenjak beberapa tahun terkini.

Hasil daripada sesi perbincangan dengan pemain industri pasaran modal mengenai kesan CGT ke atas agihan keuntungan kepada pemegang unit, kerajaan telah bersetuju untuk mengecualikan Unit Amanah daripada kenaan CGT berkuat kuasa mulai 1 Jan 2024 sehingga 31 Dis 2028.

Kerajaan turut memberi pengecualian CGT ke atas keuntungan daripada pelupusan aset modal asing oleh Unit Amanah yang diremitkan ke Malaysia.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan adakah pengecualian CGT terhadap unit amanah akan memberi kesan kepada unjuran hasil pendapatan negara.   

— BERNAMA