7 Salah Faham Pemilik Perniagaan Enterprise Berkaitan Cukai

Keuntungan atau kerugian perniagaan wajib dan perlu dilakukan setiap tahun. Pembaca yang memiliki perniagaan Enterprise, tahukan pendapatan perniagaan perlu dilaporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menggunakan Borang B?

Borang B – pendapatan di bawah Sek 4(a) – 4(f) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan diisi oleh individu yang mempunyai punca pendapatan perniagaan (tunggal) atau perkongsian.

Sepanjang tempoh 10 tahun dalam kerjaya sebagai juruaudit, saya dapati ada 7 salah faham utama berkaitan cukai di kalangan pemilik perniagaan Enterprise.

1. Bayar Zakat Banyak, Tak Perlu Hantar Borang Cukai

Definisi Zakat Perniagaan ; zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.

Memang ramai peniaga terutamanya yang beragama Islam lebih sanggup membayar zakat yang banyak dari membayar cukai. Tapi cukai dengan zakat tak sama. Zakat wajib untuk umat Islam. Cukai undang-undang dalam negara. Zakat perniagaan boleh mengurangkan pembayaran cukai, namun masih perlu hantar borang taksiran dulu.

Tidak buat taksiran cukai (tak hantar borang) boleh dikenakan tindakan undang-undang. Walau bayar zakat banyak mana pun.

2. Perniagaan rugi, Tak Perlu Hantar Borang Cukai

Rugi dalam perniagaan perkara biasa. Kena ingat perniagaan kita untung atau rugi tetap kena hantar borang (Borang B). Malahan kalau perniagaan rugi, lagiiii la kena hantar. Rugi kalau tak hantar sebab rugi tahun ini boleh ditolak dengan untung masa hadapan.

3. Berniaga Online, Tak Perlu Daftar SSM & LHDN

Perniagaan online atau offline, ia tetap sejenis perniagaan. Semua perniagaan perlu berdaftar. Dropship pun sama. Kalau rajin update status gambar parcel poslaju menggunung dengan caption ‘Stok baru sampai, dah 5000 orang order!’, memang saja la kalau tak laporkan pendapatan tu.

4. Bila Daftar Dengan LHDN Nanti Kena Bayar Cukai

Selepas berdaftar di LHDN, kita bertanggungjawab melaporkan pendapatan perniagaan, belum tentu kena bayar cukai. Pengiraan cukai tak sama macam penyata untung rugi kita.

Macam dalam subtajuk no 2 di atas, kalau perniagaan rugi, kita tak perlu bayar cukai. Malahan rugi tersebut boleh dibawa ke tahun hadapan untuk ditolak dari untung tahun depan.

5. Beli Kereta Boleh Kurangkan Cukai – Mari Beli Ferrari / BMW / Mercedes / Audi!

Elaun Modal dibenarkan kepada orang yang melakukan perbelanjaan yang layak (PYL) ke atas aset yang digunakan untuk tujuan perniagaannya dan dituntut secara bertulis dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan. Maknanya kalau kita beli kereta untuk kegunaan perniagaan, kita boleh tuntut Elaun Modal.

Untuk kenderaan baru yang bernilai kurang dari RM150,000, had yang dibenarkan ialah RM100,000. Jika harga kenderaan lebih dari RM150,000, amaun yang dibenarkan hanyalah RM50,000.

Maksudnya jika beli Audi A4 bernilai RM259,900, amaun yang dibenarkan untuk ditolak cukai cuma RM50,000 sahaja. Sebab ia bernilai lebih dari RM150,000. Jadi dari beli kereta besar seperti BMW, Mercedes, Audi dan seumpamanya lebih baik beli Honda atau Toyota.

Takdelah kata beli kereta mahal boleh kurangkan cukai banyak sangat.

6. Semua Belanja Pemilik Perniagaan Boleh Claim

Habis segala perbelanjaan ‘claim’ sebagai belanja perniagaan. Beli susu anak, pampers pun nak masuk dalam akaun perniagaan. Ubah suai rumah pun nak masuk akaun perniagaan.

Tak semua perbelanjaan boleh dituntut sebagai belanja yang layak untuk perniagaan. Hanya yang berkaitan secara langsung dalam perniagaan sahaja. Selain daripada itu tidak dibenarkan.

7. Kena ‘Kejar’ Jika Beli Kereta Atau Rumah Cash

Mungkin juga LHDN akan kejar (jika mereka ada masa). Tapi jika ada bukti sumber wang tu dari mana, tak perlu risau.

Contohnya, tahun lepas ada keuntungan bersih RM150,000. Selepas buat pengiraan dan hantar Borang B, perlu bayar cukai dalam RM30,000. Selepas bayar ada untung bersih RM120,000.

Tengok pula dalam aliran tunai masih ada tunai RM100,000 selepas tolak kos operasi. Ada pula kawan terdesak nak jual rumah, RM90,000. Belilah rumah guna tunai RM90,000.

Sudah tentulah tiada masalah. Sebab cukai telah dibayar, dan untung memang lebih dari nilai rumah itu. Cuma kenalah fikir mengenai perniagaan. Kalau dah 90% duit untung buat beli rumah, macam mana nak kembangkan perniagaan?

Harap ini sikit sebanyak dapat membantu pembaca yang bisnes kencang untuk urus pendapatan perniagaan.

Sumber asal artikel ini merupakan perkongsian daripada : Redzuan Bakar

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend