Scam! Scam! Scam! Sindiket Tipu Orang Ramai Menyalahgunakan Nama LHDN

Memandangkan ini bulan menghantar borang cukai, pasti ada pihak yang tak bertanggungjawab ingin mengambil keuntungan mudah dengan menjalankan aktiviti scamming menyalahghunakan nama dan logo LHDN.

Belajarlah daripada kesilapan orang lain, dan jangan mudah tertipu.

Lee Shi Ni Michelle antara yang menjadi mangsa keadaan dan telah pun membuat laporan Polis untuk tindakan lanjut. Dikhabarkan Lee telah menerima e-mail dari pegawai bernama Encik Fadzli Bin Abdul Wahit menggunakan alamat e-mel  <phillir1@gvsu.edu>

kes tipu terbaru… email LHDN mengenai duit lebihan bayaran tax yang mahu dipulangkan kepada pembayar cukai. jgn tekan…

Posted by Zawawi Ab Rahman on 6hb November 2017

Tanpa mengesyaki sebarang penipuan, beliau telah menekan button proceed dan seterusnya dibawa ke satu laman web baru dimana beliau perlu mengisi butir peribadi seperti username, password serta TAC code.

Beberapa minit kemudian, Lee menerima SMS notifikasi daripada CIMB yang menyatakan bahawa kesemua wang dalam bank akaunnya telah dipindah keluar kepada orang yang langsung tak dikenali.

Setelah menelefon talian khidmat pelanggan CIMB, Lee diberitahu bahawa terdapat arahan untuk meningkatkan jumlah had limit pindahan dan sejurus selepas itu, semua wang miliknya telah dipindah milik. Laporan Polis telahpun dibuat malangnya dia telah diberitahu oleh pegawai Polis bahawa wangnya tidak  dapat dikembalikan.

Sehubungan itu, pihak LHDN sendiri telah mengeluarkan kenyataan media untuk menasihatkan agar orang ramai berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan sindiket menipu orang ramai menggunakan nama dan logo LHDN. Inipati kenyataan media yang dikeluarkan pada 23 Oktober 2017 seperti dibawah.

Di antara kaedah yang digunakan oleh penyangak kewangan ini ialah:

i. Menghantar e-mel palsu kepada orang ramai memaklumkan mereka mempunyai amaun cukai terlebih bayar yang perlu dipulangkan oleh LHDNM.

Siapa yang tak teruja bila sebut nak dapat refund dari LHDN. Di dalam e-mel palsu tersebut, penyangak ini akan memberikan arahan kepada penerima e-mel agar mendedahkan butiran akaun bank mereka bagi membolehkan transaksi bayaran balik lebihan cukai dibuat oleh LHDNM.

Harap maklum bahawa LHDNM tidak pernah menghantar e-mel kepada pembayar cukai untuk meminta pembayar cukai mendedahkan nombor akaun bank mereka. Ini kerana maklumat akaun bank tersebut akan diperolehi melalui perisytiharan oleh pembayar cukai ketika mereka mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan pada setiap tahun.

Selain daripada itu, lebihan bayaran balik cukai pendapatan yang berjaya diproses berdasarkan maklumat yang betul juga akan dikreditkan terus oleh LHDNM ke akaun bank pembayar cukai menerusi pembayaran secara Electronic Fund Transfer (EFT) atau menerusi Baucar Bayaran Balik Cukai (BBBC) atau Cek Berpalang atau Telegraphic Transfer (untuk mereka yang mempunyai akaun di
luar negara).

ii. Menghantar Surat Tuntutan Cukai Tertunggak yang palsu kepada orang ramai.

LHDNM sememangnya ada mengeluarkan surat peringatan kepada pembayar cukai yang mempunyai amaun cukai tertunggak agar mereka menjelaskan tunggakan tersebut.
Namun demikian, sebelum apa-apa pembayaran dilakukan oleh penerima surat tersebut, sila pastikan surat tersebut adalah benar-benar tulen daripada LHDNM dan bukannya daripada penyangak kewangan.

Pengesahan ketulenan surat tunggakan cukai boleh dibuat melalui Talian Hasil Careline di 1-800-88-5436 atau Talian Hasil Recovery Call Centre di 1-800-88-4726 atau nombor talian Cawangan LHDNM yang mengeluarkan surat tersebut (ada pada kepala surat).

Selain daripada itu, apa-apa bayaran cukai pendapatan juga mesti dibuat atas nama Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Sekiranya surat yang diterima memberikan arahan untuk membuat bayaran cukai pendapatan kepada penama selain daripada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, penerima surat itu boleh mengabaikan arahan dalam surat tersebut dan seterusnya membuat aduan kepada LHDNM.

iii. Pegawai LHDNM palsu mengunjungi premis pembayar cukai dan memaksa pembayar cukai membayar cukai tertunggak.

LHDNM tidak mengamalkan kaedah mengunjungi premis pembayar cukai bagi mengutip cukai tertunggak secara tunai. Kunjungan ke premis pembayar cukai jika ada akan dilakukan melalui operasi secara berkala seperti Operasi KUTiP dan kaedah kutipan cukai tertunggak yang dilakukan adalah hanya melalui Cek atau Draf Bank atas nama Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri atau
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Pembayar cukai yang dilawati juga disarankan agar memeriksa kad pengenalan diri dan merekodkan butiran pegawai LHDNM yang hadir ke premis mereka. Selain itu, pembayar cukai juga boleh mendapatkan penjelasan mengenai peruntukan undang-undang yang digunapakai berkaitan dengan lawatan tersebut, merekodkan nama serta nombor perhubungan penyelia yang menyelia pegawai tersebut serta menghubungi talian Hasil Careline di 1-800-88-5436 untuk pengesahan.

Orang ramai khususnya pembayar cukai diminta untuk sentiasa berwaspada dan mendapatkan pengesahan segera daripada LHDNM bagi sebarang keraguan yang timbul mengenai perihal cukai pendapatan mereka untuk mengelakkan kerugian kewangan. Selain daripada menghubungi Hasil Careline, pembayar cukai juga boleh melaporkan aduan kepada e-mel aduan@hasil.gov.my.

Sumber Kenyataan Media: LHDN

 

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend