GST Sifar Bermula 1 Jun 2018

Baru-baru ini Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan Siaran Media bagi mengesahkan bahawa Pengenaan Cukai Barang Dan Perkhidmatan Pada Kadar Sifar seperti berikut:

Sumber: Facebook Kementerian Kewangan Malaysia

Ini selari dengan manifesto Pakatan Harapan yang berjanji untuk menghapuskan GST dan mengurangkan kos sara hidup rakyat Malaysia.

Ini bermakna komponen GST masih kekal, cuma kalau dulu kita dikenakan GST sebanyak 6% dan ada barang yang 0%, kini semuanya menjadi 0%. Peniaga masih perlu mengeluarkan Inbois Cukai atau Tax Invoice, perlu menghantar penyata cukai mengikut tempoh yang telah ditetapkan dan tuntutan kredit cukai input.

Kami ada membincangkannya secara lebih mendalam dalam Persediaan Peniaga Apabila GST Dimansuhkan.

Peniaga, Pengguna Dan Penguatkuasa Perlu Mainkan Peranan

Wahai peniaga-peniaga sekalian, pastikan barangan yang dijual tanpa GST itu harganya turun. Kalau sebelum ni dijual pada harga RM5.30, turunkan jadi RM5.00.

Wahai pengguna-pengguna sekalian, pastikan barangan yang dijual turun harganya apabila GST menjadi sifar bermula 1 Jun. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai pengguna untuk melaporkan kepada pihak berkuasa, sekiranya kita mendapati harga barang masih di paras lama. Jangan sibuk komplen di media sosial saja.

Wahai pengkuatkuasa-penguatkuasa sekalian, jalankan tanggungjawab anda untuk menyiasat aduan yang diterima dan mengambil tindakan yang sepatutnya, jika benar didapati berlakunya kesalahan.

Bersama-sama kita bekerjasama bagi memastikan harga barang turun, selari dengan perlaksanaan GST sifar agar dapat mengurangkan kos sara hidup seluruh rakyat Malaysia.

Diharap selepas ini simpanan bulanan rakyat pula akan naik 6%!

Komen

komen