Bravo, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Catat Sejarah Baharu

Tahniah diucapkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana telah menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan dalam kadar kutipan cukai langsung bagi tahun 2018.

Ianya merupakan peningkatan sebanyak RM13.723 bilion atau 11.13% jika dibandingkan dengan tahun 2017.

‘Cukai langsung’ terdiri kepada 2 jenis kumpulan besar, iaitu (1) Cukai pendapatan yang terdiri daripada pendapatan individu, syarikat, petroleum, koperasi dan Lain-lain dan (2) Cukai langsung yang lain adalah Duti Setem dan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).

Jumlah cukai yang berjaya dikutip pada tahun 2018 adalah sebanyak RM137.035 bilion, sekaligus merupakan pencapaian terbaik mengatasi rekod pada tahun 2014 iaitu RM133.700 bilion.

Boleh rujuk kepada siaran media Kementerian Kewangan Malaysia di bawah ini:

Sumber: FB Kementerian Kewangan Malaysia

Kutipan Cukai Daripada Koperasi Dan Petroleum Mencatatkan Peningkatan Terbesar

Tetapi yang menjadi tumpuan adalah apabila kita meneliti dengan lebih dekat pecahan kutipan cukai langsung mengikut komponen.

Di sini kita dapat lihat bagaimana cukai daripada koperasi meningkat sebanyak 129.43% dengan jumlah kutipan sebanyak RM171 juta.

Seterusnya cukai petroleum juga meningkat dengan banyak iaitu 70.75% dengan jumlah kutipan sebanyak RM20.082 bilion bagi tahun 2018.

Dua Penyumbang Kutipan Cukai Terbesar Juga Meningkat Naik

Penyumbang terbesar kutipan cukai bagi tahun 2018 iaitu 51.11% daripada syarikat-syarikat di Malaysia juga meningkat sebanyak 1.79% menjadikannya RM70.036 bilion untuk tahun 2018.

Begitu juga halnya bagi penyumbang kedua terbesar iaitu 26.322% cukai yang dikutip daripada individu yang layak, meningkat sebanyak 13.05% untuk menjadikannya RM36.065 bilion bagi tahun 2018.

Kadar Pematuhan Semakin Baik

Bila syarikat untung besar, bila individu bergaji besar – maka tinggi jugalah kutipan cukai oleh pihak LHDN jika mereka ini lapor pendapatan yang betul.

Program Khas Pengakuan Sukarela juga nampaknya berkesan dalam memastikan orang ramai yang selama ini mungkin sengaja atau tidak sengaja mengelak daripada membayar cukai, juga sedikit sebanyak menyumbang kepada statistik ini.

Dengan pencapaian terbaik LHDN pada tahun 2018, agak-agaknya berapa bulan bonus untuk kakitangan mereka?

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend