Standby, LHDN Nak Audit Golongan Profesional Lepas Raya Ni

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Sabin Samitah menerusi satu sidang media baru-baru ini berkata, golongan profesional terutamanya peguam, arkitek, jurutera dan doktor akan menjadi tumpuan operasi audit pada bulan September atau Oktober 2017.

“Saya menyarankan mereka yang mempunyai masalah percukaian, datang terus berjumpa dengan pihak LHDN..”

“Ini kerana berdasarkan analisis risiko, maklumat pelbagai pihak termasuk pihak ketiga dan analisis Bank Negara Malaysia, terdapat di kalangan golongan professional yang tidak mengisytiharkan pendapatan mereka.”

Isytihar pendapatan pun ramai yang tak buat.

Gaji Besar, Tapi Culas Bayar Cukai

Kenyataan dari CEO LHDN ni menunjukkan masih ramai daripada golongan profesional yang mempunyai mentaliti tak perlu laporkan pendapatan atau bayar cukai sepatutnya.

Mana perginya sifat prihatin dan bantu-membantu sesama rakyat Malaysia?

Takkan melalui sukan SEA atau Hari Merdeka saja kita boleh bersatu? Bangkit bersama-sama dengan membanjiri stadium serta mengibarkan Jalur Gemilang itu semua kita nampak, bukan nak kata tak bagus. Tapi bagaimana pula dengan tanggungjawab menyumbang kepada pembangunan negara?

Jika selama ini anda culas, ini masa terbaik untuk ‘serah diri’!

Sasaran Kutipan Cukai LHDN Masih Belum Tercapai

Mengenai sasaran kutipan cukai sebanyak RM127.7 bilion tahun ini, Sabin berkata ia boleh dicapai namun terdapat beberapa ‘kekangan’ seperti pengumuman pengurangan kadar cukai sebanyak satu peratus yang boleh mengurangkan kutipan hasil.

“Satu lagi adalah kutipan cukai dari hasil petroleum, mengikut anggaran, LHDN sepatutnya memperoleh RM8 bilion, tetapi sehingga kini kita baru mendapat RM3 bilion, ini antara cabaran kita,”

Setakat ini katanya, LHDNM berjaya mengutip cukai berjumlah RM75.7 bilion, meningkat 2.72 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Sumber berita daripada: Bernama

Baca juga 17 Perkara Saya Belajar Tentang Cukai

Komen

komen