Persediaan Peniaga Apabila GST Dimansuhkan

Di Pilihan Raya Umum Ke-14 yang baru berakhir, ramai yang mengundi Pakatan Harapan kerana mereka berjanji untuk menghapuskan GST dalam 100 hari mereka memerintah. Dengan terhapusnya nanti, kita dapat lihat bagaimana harga barang akan turun.

Namun sebelum ianya menjadi kenyataan, kita tunggu sahaja kenyataan rasmi berkenaan pemansuhan GST tersebut.

Tetapi sebagai seorang peniaga, apakah persediaan yang harus kita lakukan? Jom kita ikuti perkongsian Tuan Redzuan Hassan, seorang pakar dalam bidang perakaunan, GST, percukaian dan audit.

Buat Macam Biasa Dulu

GST masih ada. Jalan macam biasa. Membuang GST dari harga atau merubah bentuk Tax Invoice tak mengikut akta GST adalah salah. Jalan macam biasa sehingga pengumuman rasmi.

Sedia Turunkan Harga

Sebelum ni kau jual ayam goreng RM4 termasuk GST. Nanti ko kena jual RM3.80. Kau jangan GST dah hapus, ko jual ayam goreng RM4 juga.

Kau tak sokong kerajaan kalau gitu. Misi kerajaan untuk kurangkan kos sara hidup takkan tercapai. Kata nak kurangkan kos sara hidup rakyat.

Gunakan Sistem Yang Sama

Kalau dah ada sistem terus gunakan. Buat macam biasa. Adjust bahagian GST sahaja. Finalkan akaun setiap bulan atau setiap 3 bulan. Kenapa sistem dah elok, kau nak patah balik buat akaun setahun sekali?

Kaji Cash Flow

Sebelum ni jualan kau boleh rolling duit GST tu 3 bulan, baru bayar pada kastam. Ramai buat camni. Tak semua. Kaji impact nya pada bisnes.

Kos Pengurusan GST

Bila dimansuhkan, kos pengurusan GST dah takde. Overhead turun. Keuntungan meningkat. Mana nak salurkan keuntungan lebihan tu? Bisnes owner nak makan sorang? Share la dengan rakyat kau (staff). Bantu kerajaan tingkatkan pendapatan rakyat.

Tipu LHDN

Semasa era GST, sangat sukar nak tipu LHDN. Sebab revenue dah declare awal. Jangan lagi kau mundur kebelakang. Tipu cukai balik. Bantu kerajaan jana pendapatan cukai. Jangan khianat kerajaan yang kau pilih.

Kesimpulan

Rakyat betul-betul akan menikmati faedah penghapusan GST jika peniaga memberi kerjasama. Kita kena bantu kerajaan untuk capai matlamat menurunkan kos sara hidup. Bukan kerajaan saja perlu telus. Peniaga kena telus.

Sumber: FB Redzuan Hassan

Peniaga, Pengguna Dan Penguatkuasaan Mainkan Peranan Penting

Wahai peniaga-peniaga sekalian, pastikan barangan yang dijual tanpa GST itu turun apabila sampai masa untuk mansuhkan GST 6% tersebut.

Wahai pengguna-pengguna sekalian, pastikan barangan yang dijual turun harganya. Menjadi tanggungjawab anda sebagai pengguna untuk melaporkan kepada pihak berkuasa, sekiranya anda dapati harga barang masih di paras lama.

Wahai pengkuatkuasa-penguatkuasa sekalian, jalankan tanggungjawab anda untuk menyiasat aduan yang diterima dan mengambil tindakan yang sepatutnya.

Bersama-samalah kita bekerjasama bagi memastikan harga barang turun agar dapat mengurangkan kos sara hidup yang mencengkam rakyat Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MOF: Pengecualian CGT Ke Atas Unit Amanah Kurangan Unjuran Hasil Pendapatan Negara

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) — Pengecualian Unit Amanah daripada pengenaan Cukai Keuntungan Modal (CGT) sudah pasti akan memberi kesan pengurangan kepada unjuran hasil yang bakal diperoleh daripada pelaksanaan CGT, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying. 

Beliau berkata bagaimanapun, kerajaan berpandangan bahawa pengecualian CGT ke atas Unit Amanah akan membantu melonjakkan lagi prestasi pasaran modal, di samping memberi manfaat sepenuhnya kepada lebih 90 peratus pelabur individu yang membuat pelaburan dalam industri tersebut.

“Pengecualian ini juga bertujuan untuk memastikan Unit Amanah kekal sebagai pilihan pelaburan yang menarik pada masa hadapan dan boleh diakses oleh rakyat.

“Selain itu, ia turut memberi manfaat melalui pulangan yang lebih kepada para pelabur individu, yang mana kebanyakan mereka terdiri daripada mereka yang dalam golongan pra persaraan dan awal persaraan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Dengan pelaksanaan CGT mulai 1 Mac 2024, kerajaan mengunjurkan tambahan hasil sekitar RM800 juta setahun berdasarkan trend pindah milik saham semenjak beberapa tahun terkini.

Hasil daripada sesi perbincangan dengan pemain industri pasaran modal mengenai kesan CGT ke atas agihan keuntungan kepada pemegang unit, kerajaan telah bersetuju untuk mengecualikan Unit Amanah daripada kenaan CGT berkuat kuasa mulai 1 Jan 2024 sehingga 31 Dis 2028.

Kerajaan turut memberi pengecualian CGT ke atas keuntungan daripada pelupusan aset modal asing oleh Unit Amanah yang diremitkan ke Malaysia.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan adakah pengecualian CGT terhadap unit amanah akan memberi kesan kepada unjuran hasil pendapatan negara.   

— BERNAMA