Recap Balik Apa Itu Sales & Services Tax

Salah satu daripada 10 Janji 100 Hari Pakatan Harapan sebaik sahaja mendapat mandat daripada rakyat Malaysia, adalah dengan Menghapuskan GST agar dapat mengurangkan kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat.

Sumber: Facebook Harapan Harapan

Kalau nak tahu, Ada Klasifikasi Barang Sifar GST, Tetapi Harga Barang Tetap Naik Juga.

Apa kata kita buat throwback sikit pasal Sales & Services Tax (SST) ini. Diharapkan dengan kembalinya SST, dengan penguatkuasaan yang lebih cekap daripada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan agensi-agensi yang terlibat; maka kita dapat harga barang turun hendaknya.

Untuk itu, kita dengar penjelasan daripada Puan Zurianee Zabidi, seorang Chartered Accountant atau Akauntan Bertaulah berkaitan SST ini:

Sebelum GST diperkenalkan. Malaysia menggunakan SST atau juga dikenali sebagai Sales and Service Tax. Sales Tax dan Service Tax adalah dua cukai yang berbeza.

1. Sales Tax

Lebih dikenali sebagai Single Stage Tax. Maksudnya kerajaan hanya mengutip cukai daripada manufacturer atau kilang.

Rate nya pulak boleh jadi 5% atau 10% bergantung kepada barang atau goods nya.

Maksudnya hanya manufacturer yang akan membayar tax ini kepada Gov. Tapi logik nya, manufacturer pasti akan charge sales tax ini kepada wholesaler.

Manufacturer tidak perlu paparkan apa sahaja nilai tax tersebut dalam invoice yang dikeluarkan. Terus je include dalam nilai invoice. Dan invoice yang akan digunakan adalah normal invoice. Bukan tax invoice.

2. Service Tax

Service Tax pulak akan di charge oleh segelintir perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.

Tax rate nya pulak 6%

Contohnya : Professional services seperti peguam dan akauntan. Selain daripada itu, perkhidmatan lain yang disediakan oleh pihak hotel dan restoran.

Sumber: FB Zurianee Zabidi

GST Baru Diperkenalkan 1 April 2015

Rasanya baru saja GST diperkenalkan, dan memang betul pun. Dengan berusia baru 3 tahun, ianya bakal dihapuskan dan diganti semula dengan SST. Walau apa pun yang bakal berlaku, kita harapkan agar rakyat Malaysia dapat menikmati kehidupan yang lebih baik selepas tertubuhnya kerajaan baru yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Baca juga Dah Sedia Untuk SST 2.0? Ini Senarai Barang Yang Dikenakan 5%, 10% Dan Dikecualikan Cukai

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend