Senarai Lengkap Barangan Yang Dikecualikan Cukai SST 2.0

SST 2.0 telah bermula semalam, 1 September 2018. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga telah mengeluarkan dokumen bertajuk GUIDE ON PROPOSED SALES TAX RATES FOR VARIOUS GOODS versi 2.0. (25 Ogos 2018). Anda boleh muat turun fail PDF tersebut di sini.

Susah nak baca? Jangan risau, kami telah asingkan barang-barang yang dikecualikan cukai SST menerusi jadual di bawah. Boleh buat carian sekali.

Senarai Lengkap Barangan Yang Dikecualikan SST (*25 Ogos 2018)

Adakah dengan banyaknya barang yang dikecualikan cukai SST ini maka harga barang tak akan naik? Wallahualam, sama-sama kita tunggu kesannya.

Sila buat aduan kenaikan harga barang kepada KPDNKK melalui saluran berikut:

1) Talian hotline 1-800-886-800 atau

2) Aduan online http://eaduan.kpdnkk.gov.my/eaduan

Banyak lagi ke barang dikecualikan SST akhir tahun ini?

Senarai barangan yang tertakluk kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dikaji dan pindaan mengenainya akan dibuat pada hujung tahun ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata pihaknya akan mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada rakyat berhubung senarai barangan itu dan kajian akan dibuat sama ada barangan itu perlu dikenakan cukai SST atau tidak.

Berita penuh di Astro Awani

SST adalah cukai satu peringkat?

Kalau SST cukai satu peringkat di peringkat pengilang, kenapa dalam resit ada 6%?

Ramai tidak menyedari bahawa SST sebenarnya ialah dua jenis cukai berbeza – Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang memerlukan dua akta berbeza diluluskan di parlimen.

SST tidak menjadi isu dalam politik atau rakyat. SST adalah cukai satu peringkat yang dikenakan terhadap pihak pengilang dan bukan pengguna – Lim Guan Eng, 19 Julai 2018

Mungkin ramai keliru dengan kenyataan Menteri sebelum ini. Pihak Kementerian Kewangan mungkin hanya sebut tentang Cukai Jualan (Sales Tax) dan tidak pula menyebut sama tentang Cukai Perkhidmatan (Service Tax) dalam siaran media mereka pada 19 Julai 2018.

Berita penuh di BH Online

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend