Tabung Harapan : Cara Terbaru Untuk Jimatkan Cukai

Jumlah sumbangan sudah mencecah RM55 juta! Begitulah semangat patriotik rakyat Malaysia terutamanya syarikat-syarikat korporat ketika ini untuk membantu kerajaan Malaysia membayar hutang-hutang kerajaan yang berjumlah RM1 trilion. Sebelum itu, penjelasan lanjut berkenaan isu hutang kerajaan ini, jemput baca Bagaimana Hutang Kerajaan RM1 Trilion Dikira?

Sumber: Facebook Kementerian Kewangan Malaysia

Selain ianya menarik kerana turut dapat membantu menyelesaikan hutang, kami turut teruja apabila mendapat tahu bahawa Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng turut mengumumkan rakyat Malaysia dan syarikat yang menderma kepada THM akan turut diberikan pengecualian cukai tanpa had.

Malah turut menarik, potongan cukai yang diberikan adalah secara dollar for dollar atau nilai yang setara dengan jumlah yang disumbangkan kepada THM.  “Mereka yang memberikan sumbangan boleh dapat faedah pemotongan cukai, tolonglah simpan resit mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Pihak syarikat pun akan dapat pengurangan cukai…kalau derma banyak contohnya RM13,000 akan dapat pengecualian sebanyak RM13,000. Kita beri potongan ikut dollar for dollar,”

Untuk makluman semua, terdapat beberapa jenis had terhadap potongan cukai yang disediakan.

Terhad Sebanyak 7% Daripada Pendapatan Agregat

Untuk makluman anda semua, tidak semua jenis derma akan mendapat pengecualian cukai tanpa had. Derma kepada organisasi atau institutsi yang diluluskan, derma atau barangan sukan kepada badan sukan yang diluluskan dan derma kepada projek berkepentingan Negara umpamanya hanya terhad sehingga 7% daripada pendapatan aggregat.

Terhad Sehingga RM 20,000

Derma untuk kemudahan perpustakaan sekolah dan IPT dan derma atau kos peralatan perubatan kepada badan kesihatan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan

Pengecualian Cukai Tanpa Had

Bagi derma berupa seperti wang kepada kerajaan, hadiah artifak, lukisan atau manuskrip kepada kerajaan akan melayakan penderma menikmati pengecualian cukai tanpa had. Maknanya jika derma RM1000, boleh dapat pelepasan cukai RM1000.

Sumber Rujukanhttp://lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/RISALAH_R7_15.pdf

Tulisan asal oleh Zairul Izzain, beliau pernah berkhidmat sebagai peguam di sektor kerajaan dan swasta. Kini melepaskan dunia kepeguaman dan melibatkan diri secara sepenuh masa sebagai seorang ejen takaful. Beliau berazam untuk mengubah mindset masyarakat bahawa Takafulism bukan sekadar medical card saja malah mencakupi aspek dunia dan akhirat.

Layari www.zairulizzain.com untuk maklumat lanjut.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular Topics

Editor Picks