Dah Beri Pinjam Duit, Tapi Tak Nak Bayar Hutang?

Bila kita beri pinjam duit kepada orang lain samada kawan atau saudara-mara, pasti kita sendiri ada timbul perasaan malu untuk minta duit yang telah kita pinjamkan.

Sebab bila berkaitan bab duit ini, boleh sampai dibawa bergaduh. Mana tidaknya, bila susah datang pinjam duit, tapi bila dah berduit buat-buat lupa nak bayar hutang pula. Itu yang tidak syoknya.

Boleh jadi si pemberi pinjam yang dimarahi peminjam. Sedangkan mereka hanya ingin meminta duit mereka kembali.

Jika anda pernah berada atau sedang berada dalam situasi sebegini pastinya anda juga stress dan tidak tahu tindakan apa yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini.

Bagi mengelakkan situasi menjadi semakin rumit dan mendatangkan kesan yang lebih mendalam, anda boleh kaji terlebih dahulu berkenaan bakal peminjam tersebut.

Lihat Keadaan Sebelum Memberi Pinjam

Biasanya mereka yang datang untuk meminjam duit ini adalah mereka yang sedang berada dalam keadaan terdesak untuk menggunakan duit untuk perkara-perkara tertentu.

Sebelum itu, siasat terlebih dahulu betul ataupun tidak bahawa mereka ini benar-benar dalam kesusahan ataupun sebaliknya. Di antara keadaan yang membolehkan anda untuk bertoleransi mrnberikan pinjaman duit adalah di mana mereka ketika itu sedang sakit dan sangat memerlukan duit, kereta rosak dan sebagainya.

Senang cerita, mereka ketika itu sedang menghadapi keadaan kecemasan.

Apabila selesai menyiasat keadaan peminjam, anda sendiri perlu lihat pada tahap keeangan mereka dan juga tahap kewangan anda. Sebaiknya, berikan duit pinjaman mengikut kepada tahap kemampuan peminjam meskipun anda mampu untuk memberikan pinjaman yang lebih pada ketika itu.

Dikhuatiri, apabila anda memberikan pinjaman lebih daripada kadar kemampuan peminjam untuk membayar balik pinjaman tersebut, ia akan mengakibatkan duit yang telah anda pinjamkan tadi sukar untuk didapatkan kembali.

Tengok Keadaan Semasa Peminjam

Sentiasa rajin untuk bertanya khabar peminjam. Bukan apa, bab hutang ini kadang-kadang memang ada yang sanggup buat-buat lupa. Bagi mengelakkan masalah buat-buat dari si peminjam, sentiasalah ambil tahu keadaan mereka. Jangan sampai hilang contact pula.

Dalam masa yang sama jangan pula memperlihatkan diri anda sedang mendesak peminjam. Dikhuatiri peminjam boleh lari sebab ketika masa anda mendesak peminjam sedang berada dalam keadaan tidak mampu membayar.

Sebaiknya, buatlah seperti tarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung pun tak berselerak.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend