Dato’ Lock Peng Kuan terpilih sebagai Ahli Majlis ACCA

ACCA (Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun) hari ini mengesahkan bahawa Dato’ Lock Peng Kuan FCCA telah terpilih bagi menganggotai Majlis Global ACCA.

Dengan seramai 36 ahli yang dipilih dari serata dunia, Majlis ini merupakan badan yang mentadbir urus ACCA dan menjadi bahagian yang amat penting dalam menentukan bagaimana organisasi ini diuruskan. Ahli-ahli majlis bekerjasama dengan pihak eksekutif pengurusan ACCA dalam membentuk/ menentukan halatuju ACCA dan membangunkan profesion ini.

Dato’ Lock telah memegang keahlian ACCA semenjak tahun 2000 dan juga turut berkhidmat di dalam jawatankuasa amalan awam pada tahun 2007. Seperti ahli-ahli Majlis yang lain, Dato’ Lock memegang tanggungjawab ini secara sukarela dan pada masa yang sama bekerja di Baker Tilly Malaysia sebagai rakan kongsi semenjak tahun 2006 lagi.

Beliau turut menyertai Datuk Mohd Nasir Ahmad dan Datuk Zaiton Mohd Hassan sebagai ahli Majlis yang ketiga dari Malaysia.

Selain dari itu, Dato’ Lock juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat ACCA dan Pengerusi Forum Global ACCA bagi Audit dan Asurans.

Mengulas berhubung perlantikan Dato’ Lock sebagai ahli Majlis, Edward Ling selaku Ketua ACCA Malaysia berkata “Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Lock di atas pemilihan beliau sebagai ahli Majlis. Pengalaman yang diperolehinya menjadikan beliau seorang mentor dan penasihat industri yang dihormati dan disegani ramai. Beliau merupakan  individu yang sentiasa berusaha tanpa jemu mengetengah dan mempromosikan  ACCA, bidang perakaunan dan menyumbang ke arah pembangunan kejayaan pelajar.’

Dato’ Lock Peng Kuan menambah, ‘Saya berbesar hati diberi peluang untuk berkhidmat sebagai ahli Majlis dan akan menggunakan pengalaman dan pengetahuan saya  bagi memastikan ACCA mencapai matlamat strategiknya menjadi pilihan utama dalam membangunkan profesion perakaunan yang dunia perlukan. Kelayakan ACCA menawarkan polisi akses terbuka yang unik dan peluang yang berterusan kepada sesiapa  yang berkemampuan, bebas dari kekangan/ halangan yang bukan hakiki,  untuk menjadi ahli professional kewangan’. 

About ACCA 

ACCA (the Association of Chartered Certified Accountants) is the global body for professional accountants, offering business-relevant, first-choice qualifications to people of application, ability and ambition around the world who seek a rewarding career in accountancy, finance and management.

ACCA supports its 208,000 members and 503,000 students in 179 countries, helping them to develop successful careers in accounting and business, with the skills required by employers. ACCA works through a network of 104 offices and centres and more than 7,300 Approved Employers worldwide, who provide high standards of employee learning and development. Through its public interest remit, ACCA promotes appropriate regulation of accounting and conducts relevant research to ensure accountancy continues to grow in reputation and influence.

ACCA has introduced major innovations to its flagship qualification to ensure its members and future members continue to be the most valued, up to date and sought-after accountancy professionals globally.

Founded in 1904, ACCA has consistently held unique core values: opportunity, diversity, innovation, integrity and accountability. More information is here: www.accaglobal.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tawaran Gaji Rendah Punca Graduan Enggan Bekerja Dalam Sektor Kemahiran -MITI

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) — Penawaran gaji yang rendah menjadi punca kekurangan tenaga mahir tempatan terutama daripada kalangan lepasan pengajian tinggi, walaupun permintaan dari pihak industri terus meningkat, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata berdasarkan laporan statistik suku tahun yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Buruh Malaysia (MBLS), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) terdapat 49,500 kekosongan jawatan berkemahiran tinggi bagi sektor pembuatan pada suku kedua 2023.

Beliau berkata selain itu, data pada suku ketiga 2023 daripada Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) melaporkan terdapat sebanyak 22,248 kekosongan pelbagai jawatan bagi industri profesional, saintifik dan teknikal, melibatkan 5,734 syarikat tempatan.

“Sekiranya dilihat pada data-data ini, jumlah penghasilan graduan di Malaysia boleh dianggap mencukupi untuk menampung permintaan daripada industri.

“Namun begitu, kebanyakan daripada mereka memilih untuk bekerja di luar negara berikutan tawaran gaji dan persekitaran kerja yang lebih baik ataupun melibatkan diri dalam ekonomi gig,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Musa mengenai unjuran guna tenaga teknikal kejuruteraan, sains dan teknologi yang diperlukan pelabur pada 2024 memandangkan terdapat kenyataan bahawa kerajaan terpaksa menggunakan tenaga kerja mahir asing yang memberi kesan defisit terhadap peluang pekerjaan graduan tempatan.

Liew turut merujuk laporan kajian bertajuk ‘Shifting Tides: Charting Career Progression of Malaysia’s Skilled Talents’ oleh Institut Penyelidikan Khazanah baru-baru ini yang melaporkan jumlah graduan baharu terlebih kelayakan terus meningkat dan menghadapi masalah gaji rendah, dengan 65.6 peratus graduan pada  2021 menerima gaji permulaan kurang daripada RM2,000. 

Mengulas lanjut, beliau berkata MITI dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama kementerian lain mengatur langkah komprehensif bagi memastikan graduan yang menganggur mendapat pekerjaan dalam industri dan sesuai dengan kehendak pelabur, sekali gus memenuhi permintaan pasaran.

“MITI dan KPT bersama kementerian-kementerian (lain) sedang menguruskan program ‘work-based learning’ untuk memadankan, supaya kita boleh bawa TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) bersesuaian dengan industri bersama program-program lain bagi mewujudkan suasana graduan serta profesional bersama pekerja teknikal yang bersesuaian dengan permintaan industri,” katanya.

Beliau berkata walau bagaimanapun, pihak industri juga perlu bersedia untuk membayar gaji yang lebih tinggi kepada graduan tempatan.

— BERNAMA