Definisi Dan Fungsi Bank di Malaysia

Mana tempat untuk kita simpan duit, kalau bukan di bank? Apa sahaja perkara yang berkaitan dengan duit, mesti ada kena-mengena juga dengan bank. Gaji masuk pun ke dalam akaun bank kita setiap bulan.

Umumnya, ramai yang tahu bank dikaitkan dengan tempat simpanan duit dan tempat untuk kita keluarkan duit, namun banyak lagi fungsi bank yang ramai tak tahu.

Ketahui Maksud Dan Definisi Bank

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (Edisi Keempat), Bank bermaksud sebuah institusi yang menawarkan khidmat kewangan seperti jagaan wang, pertukaran mata wang, pemberian pinjaman dan juga terimaan bil pertukaran. 

Secara umumnya, banyak peranan bank kepada masyarakat di mana bank juga merupakan perantaraan bagi masyarakat membuat pembiayaan terhadap pinjaman, menerima gaji dan lain-lain lagi.  Fungsinya juga bergantung kepada jenis bank yang berbeza-beza.

Jenis-Jenis Bank Dan Sistem Bank

Terdapat 5 jenis bank yang mempunyai peranannya tersendiri dan sistem bank yang melancarkan perjalanan operasi setiap bank tersebut. 2 sistem bank tersebut adalah konvensional dan Islamik.

  1. Bank Pusat
  2. Bank Perdagangan dan Bank Islam
  3. Bank Saudagar
  4. Bank Badan Berkanun
  5. Bank Koperasi

Sekarang kita dah tahu jenis-jenis bank yang ada, apa pula fungsi yang mereka jalankan?

Fungsi Bank Di Malaysia

1. Fungsi Bank Pusat

Bank pusat negara kita iaitu Bank Negara Malaysia adalah jurubank kerajaan dan bertindak sebagai pengawal wang negara Malaysia. Bank pusat juga membantu melaksanakan dasar kewangan kerajaan.

  • Mengawal mata wang negara
  • Mengawal kiriman wang ke luar negara
  • Mengawal tahap kredit
  • Menetapkan nisbah rizab / aset tunai

2.  Fungsi Bank Perdagangan

  • Menerima simpanan – Akaun simpanan / tetap / semasa
  • Menawarkan kemudahan pembiayaan – pinjaman / overdraf
  • Menawarkan kemudahan pembayaran – pindahan kredit / arahan tetap
  • Menawarkan perkhidmatan lain – kad kredit / peti simpanan selamat

3.  Fungsi Bank Saudagar

  • Menawarkan pinjaman
  • Menerima simpanan dari syarikat besar
  • Mengurus pelaburan syarikat berhad
  • Memberi khidmat nasihat korporat
  • Tanggung jamin terbitan syer

4.  Fungsi Bank Badan Berkanun

1. Bank Simpanan Nasional

  • Menawarkan pinjaman pembiayaan rumah / kereta
  • Menawarkan simpanan akaun simpanan / tetap
  • Tawaran Kad kredit: kad visa klasik, kad visa emas
  • Perkhidmatan perbankan Islam (akaun simpanan wadiah)

2. Bank Pembangunan Dan Infrastruktur Malaysia Berhad

  • Membiayai aset tetap untuk bangunan dan tanah
  • Membiayai modal kerja (beli stok niaga)
  • Menyediakan skim kilang bimbingan (modal/nasihat)
  • Menyediakan tabung usahawan baru
  • Menyediakan modal asas Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

3. Bank Pertanian Malaysia

  • Menawarkan pinjaman (tanah/mesin)
  • Menawarkan simpanan (akaun tetap/simpanan)
  • Menawarkan kemudahan sewa jentera
  • Menganjurkan kursus/latihan kepada usahawan bumiputera

5.  Fungsi Bank Koperasi

  • Menerima simpanan
  • Memberi pinjaman
  • Menawarkan urusan perbankan Islam

Kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh bank berkaitan termasuklah pinjaman, simpanan, overdraf, saham, buka akaun, pindahan kredit dan lain-lain lagi. Peranan yang dimainkan oleh pihak bank adalah untuk memudahkan dan melancarkan urusan kewangan kita seharian.

Sumber RujukanBunga2Kuntum

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend