Ekonomi Digital – Bayar Tanpa Tunai

Bimbang tak bawa duit banyak-banyak ke sana ke sini? Lepas ini, anda tidak perlu lagi bawa dompet penuh dengan wang kerana Bank Negara Malaysia (BNM) akan menggalakkan lagi ekonomi digital di Malaysia dengan beberapa langkah ke arah e-pembayaran.

Tiada Lagi Caj Instant Transfer Lepas Ni

Kalau selama ini kita dikenakan caj 50 sen + 3 sen GST untuk menjalankan transaksi Instant Transfer daripada satu bank ke bank yang lain, BNM akan memansuhkan caj tersebut bagi pemindahan sehingga RM5,000 setiap transaksi oleh individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Ia akan berkuat kuasa bermula 1 Julai 2018. Dengan pelaksanaan ini, pastinya akan melancarkan banyak proses pembayaran dan pemindahan duit dalam kalangan orang ramai.

Sumber: Maybank

Maybank pun ada buat promosi tanpa caj ini, tapi terhad kepada pemegang akaun Maybank sahaja. Dengan adanya inisiatif daripada BNM pula, semua orang akan menikmati faedah ini bermula tahun depan.

“Ekonomi digital yang meningkat akan memerlukan kaedah e-pembayaran, yang merupakan komponen kritikal yang boleh meningkatkan produktiviti selain lebih cekap dari segi kos,” menurut Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim.

Bayaran Cek Naik Daripada 50 Sen Kepada RM1

Turut diumumkan, bermula 2 Januari 2021, bayaran cek akan dikenakan RM1.00 bagi menggalakkan orang ramai menggunakan sistem e-pembayaran atas talian dan menunjukkan bahawa kos pemprosesan cek yang semakin tinggi.

Kalau kita lihat statistik BNM juga, sejak pelan e-pembayaran dilancarkan pada 2011, jumlah penggunaan cek merosot sebanyak 42%, daripada 205 juta transaksi pada 2011 kepada hanya 120 juta pada tahun ini.

Sebaliknya, pemindahan dana elektronik telah meningkat 5 kali ganda daripada 66 juta transaksi pada 2011 kepada kira-kira 329 juta pada 2017.

Bayar Guna Telefon Pintar, Semudah Mengimbas Kod QR

Sejak 2009, industri melabur RM893 juta untuk meningkatkan infrastruktur e-pembayaran, dan akan melabur RM346 juta lagi bagi mengembangkan rangkaian terminal jualan (POS) serta RM40 juta untuk membangunkan platform pembayaran runcit masa nyata.

Kebergantungan kita kepada telefon pintar akan memudahkan untuk membuat pembayaran pada masa akan datang. Buat masa sekarang, terdapat kira-kira 45.4 juta kad debit manakala langganan telefon bimbit pula sebanyak 42.8 juta.

Tak Perlu Hafal Nombor Akaun Lagi

Menariknya, selepas ini anda hanya perlu merujuk kepada nombor telefon bimbit atau nombor kad pengenalan orang yang anda ingin pindahkan duit tersebut, atau dengan mengimbas kod QR.

Tapi bagaimana pula dengan ciri-ciri keselamatan? Sudah semestinya BNM akan menambah ciri-ciri keselamatan bagi memastikan anda adalah pemilik telefon bimbit tersebut, barulah pembayaran tersebut akan dapat dijalankan. Malah, BNM juga sedang giat membangunkan Rangka Kerja Pemindahan Kredit Saling Operasi (ICTF) untuk tujuan ini.

Anda boleh rujuk kepada Samsung Pay, dan lihat sendiri. Di kebanyakan negara maju, anda tidak perlu lagi membawa tunai dalam dompet, malah bawa dompet pun dah tak perlu. Cuma bawa telefon pintar sahaja ke mana-mana.

Nak tahu teknologi yang lagi maju? Tengok video Amazon Go di bawah ini:

Sumber Rujukan: Sinar Harian Online

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend