Ekonomi Malaysia Naik Sedikit Pada Suku Keempat 2018

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang sedikit meningkat pada suku keempat (Oktober-Disember) tahun 2018.

Sumber: FB Department of Statistics, Malaysia

Semua sektor mencatatkan pertumbuhan positif, kecuali dalam bidang pertanian. Sektor perkhidmatan dan pembuatan mencatatkan sumbangan terbesar kepada ekonomi negara.

Pelaburan Langsung Asing atau Foreign Direct Investment Turut Meningkat

Sumber: FB Department of Statistics, Malaysia

Pelaburan Langsung Asing atau Foreign Direct Investment (FDI) meningkat kepada RM12.9 bilion daripada RM4.3 bilion pada suku sebelumnya. FDI sebahagian besarnya datang dari Belanda, Jepun dan Hong Kong.

Begitu juga, Pelaburan Langsung Malaysia di Luar Negeri (DIA) mencatatkan aliran keluar bersih yang lebih tinggi sebanyak RM10.8 bilion dengan destinasi utama ke Kanada, Indonesia dan Singapura.

Pada tahun 2018, FDI di Malaysia mencatatkan RM32.6 bilion manakala DIA adalah RM21.3 bilion. Lebih banyak duit pelaburan masuk ke dalam Malaysia berbanding duit pelaburan yang keluar negara.

Singapura merupakan pelaburan langsung asing terbesar di Malaysia, diikuti dengan Jepun dan Hong Kong.

Malaysia juga banyak melabur ke dalam Singapura, diikuti dengan Indonesia dan Kepulauan Cayman.

Harap Tahun 2019 Lebih Menyinar

Oleh itu, mari kita tingkatkan usaha dan bekerja lebih kuat dan berdoa agar negara tercinta kita menempuh kejayaan yang lebih besar pada tahun 2019.

Katanya ekonomi nak crash, mohon kita semuanya selamat hendaknya. Kalau ditakdirkan crash, mohon ianya tak berpanjangan.

Malaysia's Economic Performance 2018

Malaysia's Economic Performance Q4 2018#StatsMalaysia#LeaveNoOneBehind#SDG#HIES2019#MyRetailCensus2019#MyCensus2020#ISIWSC2019

Posted by Department of Statistics, Malaysia on Rabu, 13 Februari 2019

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

TTM Technologies Mahu Percepatkan Pelaburan Fasa Kedua Di Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM, 25 April (Bernama) — TTM Technologies Inc, sebuah syarikat tersenarai NASDAQ telah melancarkan fasiliti pembuatan pertamanya di Malaysia hari ini.

Pada masa yang sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Thomas Edman mendedahkan rancangan syarikatnya untuk mempercepatkan pelaksanaan pelaburan Fasa Kedua berikutan permintaan kukuh bagi teknologi canggih papan litar bercetak berbilang lapisan.

Syarikat itu pada asalnya menjadualkan pengembangan pada 2025, dengan peningkatan kapasiti fasiliti sebanyak 25 peratus.

“Jika dua tahun lepas, anda bertanya kepada saya tentang pelaburan Fasa Kedua ini, saya akan kata ia hanya akan berlaku menjelang 2025 tetapi sekarang, kami sedang merancang untuk bermula pada akhir tahun ini berikutan minat pelanggan yang kukuh,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian fasiliti itu di sini hari ini.

TTM telah memperuntukkan US$200 juta (kira-kira RM958 juta) bagi menubuhkan kemudahan itu yang terletak di atas tanah seluas 10.9 hektar di Taman Sains Pulau Pinang, dan ia dijangka mewujudkan sekitar 1,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai kategori menjelang 2025.

Edman berkata kilang itu bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada pasaran komersial global, terutamanya dalam rangkaian, pengkomputeran pusat data, perubatan, instrumentasi serta sektor perindustrian.

Pelaburan untuk Fasa Kedua akan lebih rendah daripada Fasa Satu memandangkan fasiliti sedia ada sudah lengkap dan mampu menampung pengembangan fasa seterusnya.

Beliau turut memberitahu TTM Technologies pada masa ini sedang meningkatkan pengeluarannya, dengan kemudahan itu dijangka menjana hasil kadar larian penuh kira-kira RM855 juta menjelang 2025.

“Kami yakin pelan pengembangan strategik ini akan membolehkan kami mengukuhkan kehadiran kami selain memanfaatkan peluang pelanggan baharu, meluaskan jejak serta memacu pertumbuhan pasaran kami sambil memanfaatkan ekonomi rantau ini yang sedang berkembang pesat dan ekosistemnya yang bertenaga,” tambahnya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, yang merasmikan pembukaan kemudahan itu, menjelaskan bahawa keputusan TTM Technologies untuk menubuhkan kilangnya di Pulau Pinang menandakan keyakinan pelabur asing terhadap negeri tersebut.

Beliau menekankan kedudukan Pulau Pinang sebagai hab pembuatan termaju, dengan lebih 350 syarikat multinasional serta 4,000 perusahaan kecil dan sederhana.

“Pelaburan dari Amerika Syarikat mempunyai kehadiran yang ketara di negeri ini, mencecah paras RM6.7 bilion pada 2023,” katanya.

–BERNAMA