Hala tuju FinTech di Malaysia. Selamat tinggal perbankan tradisional?

Fintech Malaysia. Evolusi Institusi Kewangan

FinTech, atau teknologi kewangan, merujuk kepada syarikat dan firma yang menggunakan perisian untuk menyediakan perkhidmatan kewangan kepada pengguna.

Syarikat-syarikat teknologi kewangan yang baru atau lebih dikenali sebagai startups, ditubuhkan untuk membantu model kewangan yang sedia ada dan bekerjasama dengan institusi kewangan yang lebih besar bagi memenuhi kehendak baru pasaran ini. FinTech kini diiktiraf oleh institusi kewangan sebagai sebuah penyelesaian perisian dan untuk meningkatkan penawaran perkhidmatan kewangan mereka kepada orang ramai.

Pengawal Selia Di Malaysia

Di dalam ucapan sulungnya selaku gabenor Bank Negara Malaysia pada Mei 2015, Dato’ Muhammad Bin Ibrahim menekankan kepentingan FinTech sebagai satu model perniagaan baru yang mencabar norma yang sedia ada. Beliau menjangkakan 10% ke 40% daripada pendapatan perbankan keseluruhan berisiko pada tahun 2025 adalah dari teknologi kewangan atau inovasi FinTech. Oleh itu, beliau mahu institusi-institusi perbankan di Malaysia bertindak proaktif untuk menyelami potensi dan risiko yang akan dihadapi mereka.

Selepas rundingan bersama firma-firma FinTech, bank dan pihak-pihak lain yang berkepentingan, BNM telah menubuhkan rangka kerja untuk penubuhan ‘sandbox’ untuk FinTech. Sandbox ini akan mengawalsetia peraturan dan undang–undang bagi menyelia perkembangan FinTech di Malaysia. Bank Negara Malaysia telah menubuhkan satu pasukan pakar Financial Technology Enabler Group (FTEG) yang akan membuat pembentukan dasar.

Usaha dari kerajaan ini bakal membantu syarikat startup untuk bereksperimen dengan produk dan perkhidmatan FinTech untuk menguji inovasi yang meningkatkan akses, kecekapan, keselamatan dan kualiti perkhidmatan kewangan.

Firma FinTech lokal juga menubuhkan badan penyeliaan sendiri sebagai platform untuk syarikat-syarikat baru muncul untuk bekerjasama dengan pengawal selia industri di samping mengembangkan perniagaan mereka.

“Bank-bank dan syarikat-syarikat insurans tidak akan lagi menjadi penjaga tunggal perkhidmatan kewangan, sebaliknya teknologi kewangan telah membuka prospek untuk memenuhi permintaan pasaran dengan menawarkan alat untuk meningkatkan kecekapan operasi,” – David Fong, Presiden Protem Persatuan Fintech Malaysia (FAOM), November 2016.

Beliau juga menganggarkan terdapat kira-kira 70 ke 80 syarikat permulaan FinTech yang berpangkalan di Malaysia.

Kerjasama Institusi Kewangan Dan Startup FinTech

FinTech telah bertapak di Malaysia sejak 2015 lagi, dan perkembangannya dipelopori 3 bank terbesar di Malaysia.

Maybank-300x243Maybank telah menubuhkan MaybankFintech untuk memanfaatkan perkembangan FinTech dan untuk memperoleh idea inovasi. Maybank menumpukan sumber mereka ke dalam pengkalan data (Blockchain), pengurusan aset, keselamatan data di alam maya, perbankan mudah alih, dan banyak lagi.

CIMB pula telah melancarkan program inkubasi yang bertujuan menjana idea dan membangun solusi FinTech baru melalui program InnoChallenge.cimb-bank-2-615x497-300x242

RHB yang merupakan rakan mentor bersama CIMB di dalam program StartupBootCamp, bertujuan untuk membawa inovasi digital ke dalam pasaran perbankan di Malaysia melalui kerjasama ini. Melalui perkongsian ini, RHB akan menilai, dana, mentor dan juga menganjurkan hackathons di Kuala Lumpur.

Segmen FinTech Di Malaysia

Terdapat 4 segmen utama FinTech di Malaysia iaitu;

(A) Pembayaran Digital (Pembayaran P2P, Pembayaran Crypto, Mobile Wallet)

(B) Kewangan Digital (Pinjaman P2P, Crowdfunding, Pengkreditan Alternatif)

(C) Insurans Digital

(D) Pelaburan Digital (Robo-Advisor, Platform Dagangan Kos Rendah)

Pembayaran Digital merupakan segmen terbesar FinTech di Malaysia. Kewangan Digital iaitu Pinjaman Peer-To-Peer, semakin dikenali kerana P2P mewujudkan platform digital untuk peminjam dan pemberi pinjaman tanpa melibatkan sebarang perantara kewangan tradisional seperti bank.

Di antara FinTech yang berkembang di dalam industri kewangan Malaysia adalah Skolafund, Currenseek dan AturDuit.

Segmen yang berkembang pesat adalah Platform Kewangan Islam FinTech dimana modal dikumpul mengikut undang-undang Islam. 6 perbankan Islam yang terdapat di Malaysia iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Affin Holdings, Bank Muamalat Malaysia, Bank Islam Malaysia, Maybank Islamic dan Bank Simpanan Nasional – melancarkan Platform Akaun Pelaburan (Investment Account Platform) yang menggunakan FinTech untuk mengelola dana daripada pelabur untuk usahawan secara terus.

Akhir Kata Untuk 2017

FinTech berada di landasan yang berkembang pesat, dan ramai orang yang boleh mendapat manfaat daripada kejayaan inovasi ini. FinTech membantu meningkatkan kecekapan perkhidmatan kewangan, daripada bayaran untuk pengurusan kekayaan sehinggalah kepada kedermawanan. Semua ini akan memudahkan pengguna.

Apakah pula persediaan pemain-pemain dalam industri kewangan, terutamanya ejen Takaful, ejen Insurans, ejen Unit Trust, pegawai pemasaran kad kredit dan lain-lain yang seangkatan?

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend