Gaji RM2,500 Boleh Simpan RM750 Sebulan, Ikut Formula Dan Kompas Kewangan Ni

Duit sekarang ni macam air, dapat je gaji mesti cepat habis bayar komitmen hutang semua. Last sekali tinggal beberapa ratus saja untuk survive sambil tunggu gaji bulan depan.

Inilah senario yang sering berlaku di kalangan masyarakat kita tentang pengurusan kewangan. Sekiranya masalah ini berterusan tanpa dikawal, ianya pasti membimbangkan.  

Kesedaran pengurusan kewangan di kalangan masyarakat kita masih rendah, sebab itulah cashflow gaji tidak dapat dikawal dengan baik dan kita tidak mempunyai disiplin yang baik.

Sepatutnya pengurusan kewangan perlu diajar kepada semua orang sejak kecil lagi untuk dijadikan tabiat. Bila sudah meningkat dewasa, kita dah tahu apa nak buat apabila terima gaji pertama.

Formula kewangan yang paling ramai dan biasa guna adalah “Belanja dulu, baki baru simpan”. Formula inilah yang menyebabkan berlaku kebocoran duit. Sebelum nasi menjadi bubur, sebaiknya kita perlu mengagihkan simpanan untuk kebahagian kita di masa depan dengan mengikut “Kompas Kewangan”.

Bagi graduan yang baru saja mula bekerja, boleh follow formula ini sebagai panduan cara menguruskan wang.

Sebaik saja dapat gaji, perkara pertama adalah asingkan gaji tersebut kepada 4 bahagian.

30% – Simpanan Wajib
60% – Komitmen Paksa
5% – Seronok
5% – Bocor

1. Simpanan Wajib (30%) = RM750

Sebagai contoh, gaji kita RM2,500 sebulan. 30% daripada RM2,500 adalah RM750 sebulan. Dengan RM750 sebulan, anda perlu agihkan buat simpanan masa pendek, simpanan masa panjang dan takaful untuk lindungi harta anda.

Contoh platform yang sesuai untuk buat simpanan pendek kurang daripada 5 tahun adalah:

  • ASB
  • Tabung Haji

Manakala untuk simpanan jangka masa panjang 5-10 tahun, platform yang sesuai adalah:

  • Unit Amanah
  • Saham (Bursa Malaysia)

Jangan lupa juga untuk asingkan simpanan wajib tadi dengan mengambil perlindungan Takaful.

2. Komitmen Paksa (60%) = RM1,500

Ramai graduan muda membuat kesilapan besar dengan perbelanjaan paksa melebihi 60% daripada gaji, dan punca utamanya ialah dengan membeli kenderaan yang tidak sesuai dengan pendapatan.

Jika kita ingin beli kereta, sebaiknya instalment bulanan kereta adalah 15% daripada gaji atau setahun gaji.

Contoh:
RM2,500 x 15% = RM375 sebulan atau RM2,500 x 12 bulan = RM30,000

Kalau gaji RM2,500 sebulan, carilah kereta yang bernilai RM30,000. Banyak pilihan yang ada kan pada harga ini?

Bagi yang fresh graduate, sebaiknya jangan terus beli kereta baru walaupun anda layak untuk beli kereta baru yang bulanan RM700 – RM900 sebulan. Ini punca kebocoran terbesar dalam pengurusan kewangan jika beli kereta dengan harga yang sedemikian.

Eh, masih boleh dapat ke kereta bulanan bawah RM375 sebulan?

Ya, masih ada kereta RM375 sebulan, contohnya Perodua Axia dan Proton Saga FLX second-hand.

60% daripada RM2,500 adalah RM1,500 sebulan. RM1,500 – RM375 = RM1,125

Anda masih ada lebihan RM1,125 sebulan untuk bayar komitmen lain seperti

  • Sewa Bilik
  • Hutang PTPTN
  • Sedekah Mak Ayah
  • Bil Elektrik / Air
  • Bil Telefon

Rebut Saham Akhirat Dengan Infaq Dan Waqaf Bagi Pembinaan Bangunan Tahfiz Al Quran Al Ansar

3. Seronok (5%) = RM125

Dalam sebulan berkerja, kenalah ada ganjaran untuk diri sendiri. Penat lelah siapkan tugasan, stres lagi dengan lambakan kerja. Jadi sebaiknya kita peruntukkan 5% daripada gaji untuk berseronok dan reward diri sendiri.

Contoh:
5% daripada RM2,500 adalah RM125

Setiap orang berbeza cara meraikan diri sendiri, ada yang suka shopping pakaian mahal dan ada yang suka makan di restoran mewah. Terpulang kepada anda bagaimana untuk meraikan diri sendiri asalkan anda tahu bajet yang dibelanjakan setiap bulan.

4. Bocor (5%) = RM125

Keperluan atau kemahuan? Soalan yang klise bila kita nak beli sesuatu benda. 

Bila kita dah agihkan 5% daripada duit gaji tadi, anda dah ada satu jumlah yang boleh diberbelanja mengikut kemahuan. Contohnya minum air Boba, beli aksesori baru, tengok wayang dan lain-lain.

Yang bestnya, kita membeli perkara yang merupakan kemahuan, tetapi masih lagi dalam kawalan perbelanjaan.

Jangan pula terlebih belanja, agar kompas kewangan anda tidak terganggu di antara satu sama lain.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tawaran Gaji Rendah Punca Graduan Enggan Bekerja Dalam Sektor Kemahiran -MITI

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) — Penawaran gaji yang rendah menjadi punca kekurangan tenaga mahir tempatan terutama daripada kalangan lepasan pengajian tinggi, walaupun permintaan dari pihak industri terus meningkat, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata berdasarkan laporan statistik suku tahun yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Buruh Malaysia (MBLS), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) terdapat 49,500 kekosongan jawatan berkemahiran tinggi bagi sektor pembuatan pada suku kedua 2023.

Beliau berkata selain itu, data pada suku ketiga 2023 daripada Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) melaporkan terdapat sebanyak 22,248 kekosongan pelbagai jawatan bagi industri profesional, saintifik dan teknikal, melibatkan 5,734 syarikat tempatan.

“Sekiranya dilihat pada data-data ini, jumlah penghasilan graduan di Malaysia boleh dianggap mencukupi untuk menampung permintaan daripada industri.

“Namun begitu, kebanyakan daripada mereka memilih untuk bekerja di luar negara berikutan tawaran gaji dan persekitaran kerja yang lebih baik ataupun melibatkan diri dalam ekonomi gig,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Musa mengenai unjuran guna tenaga teknikal kejuruteraan, sains dan teknologi yang diperlukan pelabur pada 2024 memandangkan terdapat kenyataan bahawa kerajaan terpaksa menggunakan tenaga kerja mahir asing yang memberi kesan defisit terhadap peluang pekerjaan graduan tempatan.

Liew turut merujuk laporan kajian bertajuk ‘Shifting Tides: Charting Career Progression of Malaysia’s Skilled Talents’ oleh Institut Penyelidikan Khazanah baru-baru ini yang melaporkan jumlah graduan baharu terlebih kelayakan terus meningkat dan menghadapi masalah gaji rendah, dengan 65.6 peratus graduan pada  2021 menerima gaji permulaan kurang daripada RM2,000. 

Mengulas lanjut, beliau berkata MITI dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama kementerian lain mengatur langkah komprehensif bagi memastikan graduan yang menganggur mendapat pekerjaan dalam industri dan sesuai dengan kehendak pelabur, sekali gus memenuhi permintaan pasaran.

“MITI dan KPT bersama kementerian-kementerian (lain) sedang menguruskan program ‘work-based learning’ untuk memadankan, supaya kita boleh bawa TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) bersesuaian dengan industri bersama program-program lain bagi mewujudkan suasana graduan serta profesional bersama pekerja teknikal yang bersesuaian dengan permintaan industri,” katanya.

Beliau berkata walau bagaimanapun, pihak industri juga perlu bersedia untuk membayar gaji yang lebih tinggi kepada graduan tempatan.

— BERNAMA