Mereka Berpendapatan Bawah RM2,000 Hanya Ada Balance RM76 Setiap Bulan?

Siapa di sini yang sedang bekerja dan mempunyai gaji di bawah RM2,000? Atau mungkin bukan anda, tapi ahli keluarga anda, sahabat anda atau kawan kepada kawan anda?

Mesti kenal punyalah, sebab menurut Gaji & Upah Rakyat Malaysia Tahun 2016 dan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini, kita dapat lihat bahawa gaji median pekerja Malaysia meningkat daripada RM1,600 sebulan kepada RM1,703 iaitu peningkatan sebanyak 6.2%; manakala gaji min pekerja Malaysia pula meningkat daripada RM2,312 sebulan kepada RM2,463 iaitu peningkatan sebanyak 6.3%.

Itu dari sudut gaji, tapi dari sudut berapa gaji yang ada setelah menolak segala perbelanjaan atau expenses? Jom kita ikuti kupasan daripada pihak Kapital.my berkenaan isu ini.

Belanja Sehingga 94.8%

Menurut laporan Khazanah Research Institute (KRI), isi rumah yang berpendapatan RM2,000 ke bawah membelanjakan 94.8% pendapatan mereka setiap bulan. Baki yang tinggal untuk disimpan hanyalah 5.2% sahaja bersamaan RM74.

Kredit: KRI

Jika kita lihat kos sara hidup hari ini, berapa lama sahaja RM74 itu boleh bertahan?

Kalau hari-hari makan di luar, 2-3 hari sudah habis. Kalau masak di rumah pula mungkin boleh selama 5 hari.

KRI menyatakan perkara ini sangat merisaukan kerana golongan ini sangat terdedah kepada kejatuhan ekonomi atau kecemasan.

Apabila terjadinya kecemasan, mereka tidak mempunyai simpanan yang mencukupi bagi menampung belanja kecemasan. Hal ini menyebabkan mereka cenderung untuk berhutang lantas mengurangkan lagi lebihan baki setiap bulan.

Walau bagaimanapun, perkara yang berbeza berlaku dalam golongan berpendapatan tinggi. Bagi isi rumah berpendapatan di atas RM15,000, mereka mempunyai lebihan sebanyak RM13,000 sebulan.

Mereka dilihat kurang terkesan dengan kejatuhan ekonomi atau kecemasan kerana mempunyai simpanan yang lebih tinggi

Kredit: KRI

Berdasarkan rajah di atas, kita dapat lihat lebihan bulanan berkurang daripada RM124 (2014) kepada RM76 (2016) bagi isi rumah berpendapatan bawah RM2,000.

Apakah perkara yang menyebabkan lebihan ini berkurang?

Bagi menjawab persoalan ini, KRI melihat kepada trend perubahan perbelanjaan dari tahun 2014-2016. Dua perkara yang dinilai adalah peratusan perubahan perbelanjaan dan peratusan perubahan kuantiti digunakan.

Kredit: KRI

Kos sara hidup merupakan faktor utama yang merubah gaya perbelanjaan bagi isi rumah berpendapatan bawah RM5,000. Perkara ini dilihat lebih jelas melalui gaya perbelanjaan makanan yang menurun.

Walaupun jumlah perbelanjaan makanan di rumah meningkat, tetapi kuantiti makanan semakin berkurang.

Analogi mudahnya dahulu kita belanja RM2 dapat 6 biji kuih, tapi sekarang kita belanja RM3 dapat 5 biji kuih sahaja.

Baca: Lebih 1 Juta Rakyat Malaysia Miskin Walaupun Kadar Kemiskinan Semakin Rendah

Selain itu perbelanjaan makan di luar juga mengalami senario yang sama, belanja meningkat tetapi kuantiti berkurang. Jelas disini membuktikan kos bahan makanan membebankan rakyat.

Berbeza dengan golongan berpendapatan tinggi, jumlah pengunaan mereka meningkat bagi semua kategori kecuali perbelanjaan makanan di rumah. Akan tetapi kekurangan kuantiti perbelanjaan makanan di rumah tersebut diganti dengan perbelanjaan makan di luar.

Golongan ini dilihat tidak terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.

Apakah punca perbezaan gaji?

1. Demografi

Kuala Lumpur mempunyai lebih ramai orang berkerjaya berbanding pesara dan kanak-kanak. Pecahan demografi ini menjadikan Kuala Lumpur sebagai lokasi tumpuan pelaburan dan perniagaan.

Kredit: KRI

Syarikat lebih suka membuka perniagaan mereka di kawasan yang mempunyai banyak bakat seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bharu.

2. Perbandaran (Urbanisation)

Kebiasaannya ekonomi di bandar lebih produktif berbanding di kawasan pedalaman. Secara tidak lansung perkara ini menyebabkan gaji di bandar lebih tinggi berbanding di kawasan pedalaman.

Kredit: KRI

Secara puratanya di Malaysia, masyarakat di bandar 70% lebih kaya berbanding masyarakat di kawasan pedalaman. Perkara yang sama turut berlaku di semua negeri di mana perbezaan paling ketara adalah di Sarawak.

3. Kemahiran dan Pendidikan

Menurut laporan Khazanah, mereka yang mempunyai ijazah mempunyai pendapatan 3.6 kali ganda berbandig mereka yang tidak mempunyai sebarang sijil dan 1.6 kali ganda berbanding mereka yang mempunyai SPM.

Kredit: KRI

Di samping itu, perbezaan kemahiran turut mempengaruhi faktor gaji. Pekerja berkemahiran tinggi, kategori pengurus meraih 3.2 kali ganda berbanding pekerja berkemahiran rendah.

Kredit: KRI

Kenaikan pendapatan adalah salah satu cara bagi mengurangkan beban hidup rakyat. Ianya lebih realistik berbanding usaha-usaha untuk menurunkan harga barang.

Kerajaan perlu berubah daripada model ekonomi yang lebih berintensifkan buruh kepada model ekonomi yang lebih berintensifkan modal insan, daripada yang lebih cenderung kepada perkerja berkemahiran rendah kepada pelaburan teknologi dan daripada servis tradisional kepada pembuatan berteknologi tinggi.

Sumber: Kapital.my

Bagi mereka yang nak muat turun laporan tersebut yang bertajuk The State of Households 2018: Different Realities yang setebal 204 muka surat, boleh muat turun di sini.

Apa Pilihan Yang Kita Ada?

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, kita hanya ada dua pilihan iaitu:

  • Kurangkan Perbelanjaan
  • Tingkatkan Pendapatan

Tapi bagi golongan yang berpendapatan bawah RM2,000, sudah pastinya amat sukar untuk mengurangkan lagi perbelanjaan. Tapi bagi mereka yang nak cuba melakukannya, boleh rujuk Bagaimana Membezakan Antara Keperluan Dan Kehendak?

Bagi mereka yang ingin mencuba cara kedua iaitu dengan meningkatkan pendapatan, boleh rujuk 6 Kursus Jangka Pendek Yang Boleh Bantu Meningkatkan Pendapatan dan 3 Pekerjaan Freelance Ini Mampu Menjana Pendapatan Yang Tinggi Kepada Anda.

Selain daripada itu juga, boleh berjinak-jinak dalam dunia pelaburan dengan merujuk Simpan Dalam ASB atau Tabung Haji Lebih Untung?3 Kaedah Pelaburan Dalam Unit Trust dan Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend