Harapan Coin – Mata Wang Digital Pertama Dunia Untuk Kumpul Dana Pilihan Raya

Gendang pilihan raya semakin terasa, dan baru-baru ini salah sebuah parti yang bertanding telah melancarkan Harapan Coin bagi mengumpul dana untuk Pilihan Raya Umum Ke-14.

Mata Wang Digital Sinonim Dengan Ubah

Dengan tagline ‘Ubah’, Harapan Coin diharapkan dapat mengubah landskap mata wang digital. Tetapi kali ini, ianya akan digunakan untuk tujuan PRU-14.

Mata wang digital banyak dipelopori oleh golongan muda dan yang sofistikated, jadi dengan adanya Harapan Coin ini; ianya dilihat dapat memberi pembaharuan kepada landskap politik negara.

Selain daripada itu juga, ia memudahkan mereka yang ingin menyumbang kepada dana parti untuk berkempen sepanjang pilihanraya ini.

BNM Dah Mula Beri Perhatian Kepada Mata Wang Digital

Pada penghujung Februari 2018 yang lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan garis panduan berkenaan Digital Currencies atau mata wang digital dengan menerbitkan dokumen setebal 50 mukasurat.

Muat Turun: Fail PDF

Walaupun belum diiktiraf sebagai legal tender, namun ianya dilihat sebagai langkah pertama untuk ‘mengenali’ mata wang digital sebelum memperakuinya. Mungkin BNM perlukan sedikit lagi masa untuk memperhalusi fenomena baru ini sebelum membuat sebarang keputusan berkenaannya.

Apa Itu Harapan Coin?

Mengikut kandungan laman web mereka, Harapan Coin adalah inisiatif daripada segolongan rakyat Malaysia di luar dan dalam negara bagi membantu mengumpul dana.

Di antara ciri-ciri dan kelebihan Harapan Coin pula, ia berpotensi untuk menjadi mata wang rasmi pada masa akan datang. Selain daripada itu, penyumbang juga berpeluang memperolehi hadiah.

Minima sumbangan adalah $30 US Dolar, dan anda akan terima 100 Harapan Coin. Jika anda menyumbang dari sekarang sehingga 20 April, anda akan dapat bonus sebanyak 17%.

Patuh Syariah Ke Tak?

Maaf, kami tidak mempunyai sebarang ilmu berkenaan mata wang digital dan samada ianya patuh Syariah atau pun tidak.

Tapi jika kita rujuk kepada pandangan pakar kewangan Islam iaitu Dr Zaharuddin Abd Rahman sebelum ini, Bitcoin HARUS Untuk Melawan Inflasi Dan Jual Beli Barangan Sebenar.

Jadi adakah Harapan Coin ini mampu digunakan untuk menambah dana kempen Pakatan Harapan bagi PRU-14?

Wallahualam.

*Artikel ini dikemaskini pada bulan Mei 2018

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend