Harga Kereta Turun Sebab Tiada GST, Boleh Ke Nak Beli?

Kadar sifar cukai GST yang bermula 1 Jun 2018 telah menyaksikan penurunan harga barang. Ada yang turun banyak, ada yang turun sedikit – tetapi ada juga yang kekal harganya.

Tetapi bagi barang yang mahal seperti kereta, dengan ketiadaan cukai GST 6% memberikan kesan yang besar kepada harga kereta. Dengan penurunan harga kereta yang besar, kita pun berlumba-lumba nak beli kereta sebelum Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan 1 September 2018 nanti.

Sehubungan dengan berita yang menggembirakan ini, ramai rakyat Malaysia yang teruja untuk menukar kereta lama kepada yang baru. Keputusan ini dibuat tanpa mereka sedar bahawa mereka perlu menanggung bebanan hutang selama beberapa tahun, meskipun harga kereta telah turun buat masa ini.

Sumber: Malaysian Automotive Associationfail PDF

Statistik menunjukkan peningkatan jualan pada Jun 2018 sebanyak 50%, berbanding dengan bulan Mei 2018.

Buat Persediaan Sebelum Membeli Kereta

Kalau anda perlukan peringatan, 3 punca utama rakyat Malaysia bankrap adalah disebabkan faktor berikut:

  1. Sewa Beli Kenderaan – 26,801 kes, atau 27.6%
  2. Pinjaman Peribadi – 22,153 kes, atau 22.8%
  3. Pinjaman Perumahan – 18,819 kes, atau 19.4%

Boleh baca selanjutnya di artikel 100,000 Rakyat Malaysia Bankrap Dan Ini 3 Punca Utama.

Sebab itulah anda perlu buat persediaan awal, bukan main beli saja sebab orang lain beli. Silap haribulan, nanti kereta kena tarik – anda pula diisytiharkan bankrap.

Rule of thumb untuk beli kereta adalah dengan memeli kereta yang berharga 12 kali ganda daripada gaji bulanan. Nak tahu kenapa? Jemput baca Kalau Gaji RM2,500, Belilah Kereta Bernilai RM30,000.

Untuk lebih menakutkan anda lagi (atau memaksa anda berfikir berkali-kali) untuk beli kereta ni, bacalah Ketahui Kos Sebenar Pemilik Kereta Perlu Tanggung. Ini kerana bukan setakat instalment bulanan saja, anda perlu juga bayar Takaful, Cukai Jalan, Duit Minyak/Petrol (Sekarang RM2.20 seliter untuk RON95), Kos Penyelenggaraan/Servis, Tol dan Parkir, serta kos susut nilai.

Persoalannya, masih nak beli kereta sebab ikut orang lain beli ke atau anda dah betul-betul bersedia nak beli kereta?

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend