Inflasi, Apa Yang Perlu Kita Tahu

Inflasi adalah komponen utama dalam mengesan kekuatan atau kelemahan ekonomi sesebuah negara. Jika ekonomi kukuh, ianya akan menggalakkan fenomena euphoria berlaku. Apabila perniagaan dan perkhidmatan meningkat serta bilangan orang yang menganggur merosot, sekaligus pasaran ekonomi sebuah negara akan menjadi lebih mantap.

Walaubagaimanapun, kewujudan inflasi yang tidak terkawal boleh menyebabkan mimpi buruk kepada ekonomi sesebuah negara. Ianya akan mengakibatkan peningkatan harga barangan di luar kawalan kerajaan. Dengan kejatuhan kadar pengangguran yang ketara, syarikat perniagaan terpaksa membayar upah yang lebih tinggi untuk tenaga pekerja, dan harga upah dan perkhidmatan dinaikkan.

Inflasi kini menjadi salah satu kebimbangan terbesar ekonomi dunia.  Inflasi cenderung untuk meningkat tinggi semasa pergolakan ekonomi, seperti kejutan kejatuhan sumber pendapatan, peperangan, krisis hutang, dan sebagainya.

Pada kebiasaannya, setiap negara mengesan kadar inflasi sesebuah negara melalui unjuran nilai kumpulan atau “basket” terhadap barangan dan perkhidmatan pengguna. Contohnya jika di Amerika Syarikat, ia digelar sebagai Indeks Harga Pengguna (Consumer Price Index atau CPI). Di Britain pula dikenali sebagai Indeks Harga Runcit (Retail Price Index atau RPI) dan sebagainya.

Definisi Inflasi

Inflasi biasanya didefinisikan sebagai peningkatan peratusan dalam kumpulan barangan dan perkhidmatan sepanjang tempoh tertentu. 

Manakala deflasi adalah berlawan dengan inflasi, iaitu penurunan peratusan dalam kumpulan barangan dan perkhidmatan sepanjang tempoh tertentu. Kebiasaannya dalam ekonomi sesebuah negara sangat jarang deflasi berlaku, kerana syarikat dan pekerja enggan membenarkan harga dan gaji mereka dikurangkan.

Dalam ekonomi yang berkembang pesat, inflasi mula meningkat apabila pengguna dan perniagaan bersaing di antara satu sama lain bagi meningkatkan peratusan barangan dan perkhidmatan. Contohnya apabila permintaan mengatasi penawaran dengan kadar yang terlalu tinggi, sekaligus akan menyebabkan inflasi tumbuh dengan laju.

Peningkatan harga barang dan perkhidmatan, menyebabkan pekerja dan rakyat akan meminta dan mendesak bagi kenaikan gaji yang lebih tinggi seiring dengan nilai inflasi. Apabila inflasi berlaku di luar kawalan kerajaan, ianya akan menyebabkan ribut kewangan akan berlaku kepada ekonomi sesebuah negara, sekaligus mengakibatkan kuasa membeli menurun berbanding pendapatan pengguna yang tidak dapat menampung kadar inflasi.

Biasanya, apabila kerajaan dan bank pusat melihat tanda-tanda inflasi yang tidak baik, mereka cuba memperlahankan pertumbuhan ekonomi. Mereka akan menggunakan peningkatan kadar faedah (interest rate). Kadar faedah yang lebih tinggi biasanya menghalang perbelanjaan perniagaan dan pengguna, yang membawa kepada pengurangan kerja dan sekaligus mengakibatkan kelembapan ekonomi.

Pasaran dunia sentiasa memantau kadar inflasi setiap negara dengan penuh berhati-hati. Mereka akan sentiasa mengawasi tanda-tanda ekonomi yang stabil, melalui pertumbuhan dan kadar inflasi yang rendah.

Apabila kadar inflasi dan kadar faedah yang terkawal dalam sesebuah negara, secara tidak langsung ianya akan menarik pelaburan asing dan manfaat aktiviti ekonomi yang lain.

Namun jika inflasi dan kadar faedah meningkat secara mengejut, ianya akan menyebabkan pelabur asing membawa keluar semula portfolio pelaburan mereka, sekaligus menyebabkan aktiviti ekonomi sesebuah negara akan terjejas. Pelabur asing lebih selesa melabur dana mereka di negara-negara yang mempunyai ekonomi yang lebih stabil, pertumbuhan ekonomi positif dan kadar inflasi yang boleh diramal.

Inflasi Malaysia Terkawal

Statistic: Malaysia: Inflation rate from 1984 to 2024 (compared to the previous year) | Statista
Kredit: Statista

Kalau dilihat pada carta di atas, kadar inflasi Malaysia adalah pada paras 3.8% pada tahun 2017, dan turun kepada 0.97% pada tahun 2018. Ianya dijangka meningkat kepada 2% pada tahun 2019, dan mendatar bagi tahun-tahun berikutnya.

Jadi bolehlah dikatakan kadar inflasi di Malaysia berada dalam keadaan terkawal.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend