Ingin Tukar Kerjaya? Lihat Industri Terbaik Bagi Tahun 2019 Yang Anda Boleh Ceburi

Menurut sebuah laporan daripada laman web Monster.com, sebuah platform pekerjaan dalam talian, mereka yang memohon kerja dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi maklumat, minyak dan gas, atau penyedia perkhidmatan telekom/Internet mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk diambil bekerja.

Laporan tersebut yang disiarkan dalam Malay Mail Online baru-baru ini, memaparkan jumlah peratusan mereka yang diambil bekerja dalam bidang-bidang tertentu, serta beberapa bidang pekerjaan yang paling kurang mengambil pekerja baru.

Bidang-bidang pekerjaan yang paling kurang mengambil pekerja baru termasuklah hospitaliti, perbankan, perkhidmatan kewangan, dan takaful/insurans.

Menurut Abhijeet Mukherjee, ketua pegawai eksekutif Monster bagi Asia Pasifik dan Timur Tengah, salah satu sebabnya ialah bidang kewangan sedang mengalami perubahan baru, di mana ia menerapkan automasi. Mereka yang mempunyai kepakaran teknologi tertentu mempunyai peluang yang lebih cerah untuk diambil bekerja.

Jadi jika anda bercadang untuk menukar kerjaya, anda barangkali mempunyai peluang yang lebih baik jika anda memohon pekerjaan dalam salah satu daripada tiga bidang terbaik bagi tahun 2019.

Jangan lupa lihat beberapa platform pekerjaan dalam talian yang memudahkan anda, serta beberapa tips menukar kerjaya tanpa mengganggu kewangan anda.

Berikut merupakan 3 bidang terbaik bagi 2019, serta beberapa tips buat anda yang ingin menukar kerjaya:

1. Teknologi Maklumat

Sumber gambar: Pexels

Jika anda inginkan pekerjaan dengan bayaran gaji yang lumayan tinggi, anda boleh mendapatkannya dalam bidang teknologi maklumat. Di Malaysia, bidang teknologi maklumat sedang pesat membangun, dan dengan adanya pelbagai aplikasi dan servis teknologi baru, permintaan bagi pekerja-pekerja dalam bidang ini juga tinggi.

Berikut merupakan purata gaji bagi pekerjaan-pekerjaan yang popular dalam bidang ini:

Pekerjaan Purata Gaji (Setahun)
Pembangun Web RM 38,319
Pembangun Perisian/Aplikasi RM 42,285
Pakar Keselamatan Maklumat RM56,601
Penganalisis Teknologi Maklumat RM45,439
Pentadbir Pangkalan Data RM41,781
Pakar Sokongan Komputer RM42,000
Pakar Rangkaian Komputer RM42,810
Jurutera Pengkomputeran Awan RM47,000

Sumber: Payscale

2. Minyak dan Gas (Oil and Gas)

Sumber gambar: Pexels

Ianya merupakan salah satu bidang pekerjaan di Malaysia dengan bayaran gaji tertinggi, bidang minyak dan gas sering mengalami turun naik dalam hal pengambilan pekerja baru. Namun berdasarkan laporan daripada Monster, nampak gayanya bidang ini masih memerlukan ramai tenaga kerja yang baru pada tahun ini.

Berikut merupakan purata gaji bagi pekerjaan-pekerjaan yang popular dalam bidang ini:

Pekerjaan Purata Gaji (Setahun)
Ahli Geologi RM108,000
Jurutera Petroleum RM119,358
Mud Logger RM158,009
Jurutera Perlombongan RM166,618
Juruukur Hidrografi RM64,649
Geoscientist RM69,000
Jurutera Penggerudian RM233,846

Sumber: Payscale

3. Penyedia perkhidmatan telekom/Internet

Sumber gambar: Pexels

Menurut Statista, pada tahun 2015, terdapat kira-kira 14.5 juta pengguna telefon pintar di Malaysia, dan jumlah ini dijangka meningkat kepada lebih daripada 20 juta menjelang tahun 2020 nanti. Dengan semakin banyaknya telefon pintar  yang murah di pasaran dan penurunan kos perkhidmatan telekom, penyedia perkhidmatan telekom/Internet mengalami perkembangan pengguna yang pesat; sekaligus memerlukan tenaga kerja yang banyak.

Berikut merupakan purata gaji bagi pekerjaan-pekerjaan yang popular dalam bidang ini:

Pekerjaan Purata Gaji (Setahun)
Kakitangan Pemasangan dan Pembaikan RM31,179
Wakil Khidmat Pelanggan RM35,478
Pengendali Telefon RM30,000
Jurutera Telekomunikasi RM77,825
Jualan Telekomunikasi RM42,000
Pengurus Telekom RM102,819
Pakar Pemasaran RM54,000

Sumber: Payscale

10 Platform Pencarian Pekerjaan dan Pameran Kerjaya

Sumber gambar: Pexels

Teknologi memudahkan urusan kita dalam mencari dan memohon pekerjaan. Selain daripada khidmat pencarian dan permohonan pekerjaan secara terus dari pelbagai syarikat yang ada dalam sesebuah platform dalam talian, anda juga boleh mendapatkan khidmat seperti memperbaiki resume anda dan menambah kemahiran-kemahiran yang boleh menaikkan nilai kerjaya anda.

Berikut merupakan beberapa platform ternama di Malaysia dengan ribuan peluang pekerjaan terkini:

  • Monster (turut menawarkan servis penulisan resume)
  • Jobstreet (Jobstreet Education menawarkan pelbagai kursus jangka pendek dalam talian jika anda berminat untuk menukar kerjaya dalam bidang teknologi dan kreatif)
  • Glassdoor (baca review mengenai syarikat pilihan anda, serta pengiraan gaji yang berpatutan mengikut pasaran semasa)
  • LinkedIn (LinkedIn Learning menawarkan pelbagai kursus dalam talian untuk pelbagai bidang)
  • Wobb (sesuai bagi mereka yang ingin mencari kerja dengan work culture yang ala-ala Google!)
  • MauKerja (turut memaparkan berita-berita menarik mengenai pekerjaan)

Bagi anda yang lebih gemar menghadiri pameran kerjaya, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang terbaik di beberapa pameran kerjaya yang akan datang:

3 Tips Mudah Menukar Kerjaya Tanpa Mengganggu Kewangan Anda

Sumber gambar: Pexels

Menukar pekerjaan bukanlah perkara yang boleh diambil ringan, kerana ia boleh menjejaskan kewangan anda sekiranya anda tidak membuat persediaan yang cukup. Ikuti tiga tips mudah ini untuk membantu anda membuat persediaan:

  • Bincang dengan pasangan
    Pasangan anda perlu tahu tentang rancangan anda untuk menukar pekerjaan. Ini akan memudahkan anda berdua dalam pengiraan bajet dan dana tabungan. Jika anda mempunyai anak-anak yang cukup besar, minta kerjasama mereka dalam berbelanja secara jimat-cermat.
  • Buat bajet perbelanjaan
    Lihat semua bil-bil rumah dan perbelanjaan bulanan seperti minyak, belanja dapur, pinjaman kereta, dan lain-lain. Kira jumlah bil dan perbelanjaan yang perlu anda bayar bagi setiap bulan, dan lihat jika anda mempunyai simpanan yang cukup. Sekiranya tidak, ambil tindakan yang berpatutan seperti kurangkan makan di luar, menumpang teman sepejabat ke tempat kerja, atau batalkan keahlian gym.
  • Kumpulkan dana secukupnya bagi setiap tabung
    Anda perlu ada simpanan yang cukup bagi tabung kecemasan dan tabung perbelanjaan sekurang-kurangnya untuk enam bulan (bagi setiap tabung). Bagi tujuan ini, anda juga boleh cuba membuat pekerjaan separuh masa, seperti jualan makanan kecil-kecilan, menjadi pemandu Grab, atau menyewakan kereta anda.

Dikarang oleh BBazaar Malaysia. Disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.

BBazaar Malaysia (BBazaar.my) adalah sebahagian daripada BankBazaar International,pasaran utama dalam talian neutral yang membantu pengguna membuat keputusan mengenai produk kewangan seperti pinjaman, insurans, kad kredit, simpanan tetap, akaun simpanan, dana bersama dan banyak lagi. Perkhidmatan BBazaar Malaysia ditawarkan melalui platform yang selamat, mesra pengguna dan intuitif.

Ditubuhkan pada tahun 2008, BankBazaar bertumpu kepada penggunaan teknologi untuk menyediakan transaksi tanpa kertas dari mula hingga akhir yang memberi keselesaan kepada pelanggan. Hasilnya adalah pemberian tawaran peribadi hingga ke peringkat individu. Dengan bantuan pasukan khidmat pelanggan yang komited dan komuniti pengguna yang semakin meningkat, BankBazaar adalah cara paling mudah untuk orang ramai mencari dan memilih produk kewangan yang tepat secara dalam talian.

BankBazaar disokong oleh pelabur global berkaliber termasuk Walden International, Sequoia Capital, Fidelity Growth Partners, Mousse Partners, Amazon dan Experian.

Di samping menawarkan produk kewangan, BBazaar Malaysia (BBazaar.my) juga menyediakan artikel yang boleh diakses di: https://blog.bbazaar.my, mengenai topik kewangan dan gaya hidup peribadi setiap hari. Artikel-artikel dipermudah kan untuk semua orang dari para pemula hinggalah ke pakar. BBazaar Malaysia (BBazaar.my) percaya bahawa setiap orang perlu diberi peluang untuk belajar mengenai dunia kewangan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend