Kalau Gaji RM2,500, Belilah Kereta Bernilai RM30,000

Pakai Kereta Sekadar Berharga Setahun Gaji

Sebelum ini kami ada berkongsi mengenai Nak Melabur atau Bayar Hutang dulu? Ternyata lebih baik untuk melangsaikan ‘hutang-hutang tidak baik’ terlebih dahulu sebelum gatal membuat sebarang pelaburan. Dan hutang kereta merupakan hutang tidak baik kerena kita meminjam wang dan ianya memberikan kita pulangan yang lebih rendah serta menyusut nilai.

Jom kita baca perkongsian menarik di bawah:

Gaji Dan Kereta Viva Pertama

  1. Saya masih beranggapan kenderaan bukannya keperluan bagi anak muda.
  2. Bagi yang telah berkeluarga ya, ia sebuah keperluan yang perlu ada.
  3. Jika anda masih hidup bersendirian dan belum dapat Neelofa idaman, memadailah naik skuter sebagai teman.
  4. Ibu bapa JANGAN terlalu ghairah untuk lihat anak beli kenderaan.
  5. Jangan terus senyum dan bangga menawan. Mereka sebenarnya sedang melangkah ke belakang.
  6. Apa salahnya mula kerja setahun dua dengan modenas impian atau Honda Lenjenan. Lupakan dulu Honda City, Vios dan Almera idaman.
  7. Kadar gaji dan kemampuan beli kenderaan dihitung berdasarkan pendapatan tahunan.
  8. Jika anak anda bergaji RM2,500 sebulan, didarabkan dengan 12 bulan maka setahun dananya menjadi RM30,000. (Nilai harga kereta yang anda mampu)
  9. Ia menjadikan mereka layak membeli Proton Saga BLM atau VIVA Forevor’.
  10. Jika gaji anak anda RM5,500 sebulan, setahun RM66,000 menjadikan dia layak membeli Almera baru.

GAJI X 12 (BULAN)= HARGA KERETA ANDA

  1. Jika gaji kurang daripada itu,mulakan dengan kapcai warna emas lampu biru.
  2. Jika kenderaan anda melebihi nilai tahunan pendapatan. Anda telah mula berbelanja berlebihan untuk kereta idaman. Atau tertawan dengan helah jurujual kenderaan.
  3. Tanam azam untuk beli kediaman dulu sebelum beli kenderaan.
  4. Hutang kenderaan melambatkan simpanan tabung anda. Mulakan dengan kapcai lampu bulat.

Lebih baik kapcai tanpa hutang daripada Honda Jazz hutang keliling pinggang.

Gegadis tak suka naik motor, angin kuat, buat bulu mata mereka hancur.

Sumber asal: Dr. Azizul Azli Ahmad, penulis buku Mudahnya Beli Rumah

 

*Jika diberi pilihan, anda nak beli kereta dulu ke, beli rumah dulu ke, setelkan hutang tidak baik dulu ke atau kahwin dulu? Kongsikan bersama kami.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend