Ke Arah Belia Celik Kewangan, Elakkan Pelaburan Haram

Akhir-akhir ini, terpapar di dada berita mengenai beberapa individu iaitu anak muda yang mudah ditipu dengan skim kewangan yang juga dikenali sebagai “Skim Cepat Kaya”. Sudah menjadi lumrah bagi orang muda yang berhati panas untuk mendapatkan duit dengan cara mudah tanpa mengambil kira risiko yang bakal diterima.

Kononnya dengan buat pelaburan begini akan dapat begitu, duit pendahuluan akan bercanak-canak naiknya jika melabur di sini dan di situ, dan macam-macam lagi. Sudahnya, dengan senang-senang sahaja duit mereka ditipu sehingga kerugian beribu-ribu ringgit. Siapa yang susah? Mereka sendiri juga.

Sejak Disember 2015, lebih 500,000 orang di negara ini telah menjadi mangsa penipuan melibatkan pelaburan haram serta sindiket yang menawarkan pulangan tinggi. Kurangnya ilmu dalam pengurusan kewangan menyebabkan mereka mudah terpedaya dengan janji-janji palsu sindiket pelaburan haram. Jadi, membina keupayaan dan kecelikan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama anak muda adalah penting untuk mengelak lebih ramai menjadi mangsa penipuan melibatkan pelaburan haram.

Dan sepanjang tahun 2017 pula,Kerugian Dianggar RM3.8 bilion. PDRM Dedahkan 30 Syarikat Tawar Skim Tidak Sah dengan hampir sejuta rakyat Malaysia tertipu dengan pelaburan scam. Itu yang dilaporkan, yang tak dilaporkan pula?

Pelbagai usaha telah dibuat untuk mendidik golongan muda untuk menguruskan kewangan dengan baik. Bursa Malaysia antaranya, telah mengadakan program belia celik kewangan di kalangan belia, di samping mewuhudkan budaya melabur secara sihat, antaranya adalah Bull Hunt dan Fantasy Football, di bawah Bursa Marketplace untuk perniagaan dan menyebarkan lebih banyak maklumat mengenai kegiatan perniagaan di kalangan belia. Selain itu, Bursa Malaysia juga telah menganjurkan kelab pelabur di beberapa universiti yang mengetengahkan pemahaman yang mendalam mengenai aktiviti perniagaan dan pelaburan.

Selain daripada Bursa Malaysia, beberapa usaha juga telah dijalankan oleh organisasi kerajaan dan swasta untuk mendidik anak muda melabur untuk masa depan mereka. Antara program yang dijalankan termasuklan InvestSmart Fest, dan Kelab Pelabur Muda, dengan kerjasama Bank Negara Malaysia sendiri. Program-program seperti ini mampu memberi gambaran kepada masyarakat khususnya golongan belia untuk lebih bijak menguruskan kewangan dan membuat pelaburan di saluran yang betul.

Anak-anak muda perlulah bijak menguruskan kewangan sendiri dan bijak merebut peluang untuk belajar bagaiaman untuk melabur dan memilih produk pelaburan patuh Syariah.

Yang paling penting, laburlah di saluran yang betul. Belia celik kewangan dapat menjamin masa depan Negara.

Buat Semakan Sebelum Melabur

Sebelum nak melabur tu, buatlah due diligence atau kaji betul-betul latarbelakang syarikat dan skim pelaburan yang ditawarkan. Juga tengok senarai watchlist terbaru yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) seperti berikut:

Baca juga 4 Ciri-Ciri ‘Pelaburan’ Scam – Melayu Mudah Lupa. Bersama-sama kita ke arah belia celik kewangan dan elakkan daripada terjebak dengan pelaburan haram.

Dapatkan eBook 30 Tips Bijak Merancang Wang

TAJUK MENARIK DALAM EBOOK

Pelajari konsep-konsep teras dalam pengurusan kewangan dengan ebook ini.

Aliran Tunai Kewangan Cash Flow

Merupakan asas dalam perancangan kewangan yang meliputi aspek pendapatan dan perbelanjaan melalui formula I-E=S supaya perbelanjaan tidak melebihi pendapatan setiap bulan dan tahun.

Nilai Bersih Aset Nett Worth

Formula A>L supaya dapat menyediakan aset dan dana yang cukup untuk menghadapi masa hadapan serta hutang yang terkawal supaya ia tidak membebankan hari tua kelak.

Simpanan Kewangan Saving

Jika seseorang itu gagal untuk menguruskan simpanannya dengan baik, agak sukar untuk dia mengurus instrumen-instrumen kewangan yang lain.

Perlindungan Kewangan Protection

Dalam kita bekerja untuk memperoleh pendapatan, dan menghasilkan aset, kita seharusnya untuk memastikan kedua-duanya itu dilindungi. Di sinilah fungsi perlindungan melalui takaful.

Pelaburan Kewangan Investment

Inflasi akan menurunkan nilai aset kita. Jadi, di sini perlunya untuk seseorang itu untuk membuat pelaburan sekurang-kurangnya untuk melawan inflasi.

Banyak Lagi Others

Pelbagai lagi topik menarik yang bakal dikongsikan bersama anda di dalam ebook ini. Pelaburan yang paling utama adalah pelaburan ilmu.

Khusus untuk pembaca Majalah Labur, dapatkan diskaun sebanyak 40% untuk eBook ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tawaran Gaji Rendah Punca Graduan Enggan Bekerja Dalam Sektor Kemahiran -MITI

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) — Penawaran gaji yang rendah menjadi punca kekurangan tenaga mahir tempatan terutama daripada kalangan lepasan pengajian tinggi, walaupun permintaan dari pihak industri terus meningkat, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata berdasarkan laporan statistik suku tahun yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Buruh Malaysia (MBLS), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) terdapat 49,500 kekosongan jawatan berkemahiran tinggi bagi sektor pembuatan pada suku kedua 2023.

Beliau berkata selain itu, data pada suku ketiga 2023 daripada Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) melaporkan terdapat sebanyak 22,248 kekosongan pelbagai jawatan bagi industri profesional, saintifik dan teknikal, melibatkan 5,734 syarikat tempatan.

“Sekiranya dilihat pada data-data ini, jumlah penghasilan graduan di Malaysia boleh dianggap mencukupi untuk menampung permintaan daripada industri.

“Namun begitu, kebanyakan daripada mereka memilih untuk bekerja di luar negara berikutan tawaran gaji dan persekitaran kerja yang lebih baik ataupun melibatkan diri dalam ekonomi gig,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Musa mengenai unjuran guna tenaga teknikal kejuruteraan, sains dan teknologi yang diperlukan pelabur pada 2024 memandangkan terdapat kenyataan bahawa kerajaan terpaksa menggunakan tenaga kerja mahir asing yang memberi kesan defisit terhadap peluang pekerjaan graduan tempatan.

Liew turut merujuk laporan kajian bertajuk ‘Shifting Tides: Charting Career Progression of Malaysia’s Skilled Talents’ oleh Institut Penyelidikan Khazanah baru-baru ini yang melaporkan jumlah graduan baharu terlebih kelayakan terus meningkat dan menghadapi masalah gaji rendah, dengan 65.6 peratus graduan pada  2021 menerima gaji permulaan kurang daripada RM2,000. 

Mengulas lanjut, beliau berkata MITI dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama kementerian lain mengatur langkah komprehensif bagi memastikan graduan yang menganggur mendapat pekerjaan dalam industri dan sesuai dengan kehendak pelabur, sekali gus memenuhi permintaan pasaran.

“MITI dan KPT bersama kementerian-kementerian (lain) sedang menguruskan program ‘work-based learning’ untuk memadankan, supaya kita boleh bawa TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) bersesuaian dengan industri bersama program-program lain bagi mewujudkan suasana graduan serta profesional bersama pekerja teknikal yang bersesuaian dengan permintaan industri,” katanya.

Beliau berkata walau bagaimanapun, pihak industri juga perlu bersedia untuk membayar gaji yang lebih tinggi kepada graduan tempatan.

— BERNAMA