Kedatangan Jack Ma Dan Kesannya Kepada Malaysia

Baru-baru ini, kita dikhabarkan dengan pelancaran rasmi Digital Free Trade Zone (DFTZ), e-hab pertama dunia yang menggabungkan Kumpulan Alibaba yang dikepalai Jack Ma dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Ini semestinya berita baik yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia di kala ekonomi sekarang yang agak suram.

Apakah Itu DFTZ?

Tapi sebelum itu, jom kita tengok dulu apakah sebenarnya DFTZ. Ringkasannya adalah seperti berikut:

  • DFTZ merupakan zon perdagangan pertama dunia yang menggalakkan pertumbuhan e-dagang dengan menampilkan platform terbaik bagi perniagaan kecil dan sederhana bagi menjalankan perniagaan dan menawarkan perkhidmatan mereka kepada seluruh dunia
  • Merupakan e-hab pertama di luar negara China, dan memberikan generasi muda lebih banyak akses kepada pasaran global dengan merendahkan kekangan perdagangan
  • Merupakan sebahagian daripada pelan Jack Ma untuk mewujudkan Electronic World Trade Platform (eWTP).
  • Merupakan sebahagian daripada Pelan Strategik e-Dagang Kebangsaan yang bertujuan meningkatkan pertumbuhan e-dagang negara daripada 10.8% kepada 20.8% menjelang 2020.

Kenapa DFTZ Penting Kepada Malaysia?

Dah tahu apa itu DFTZ, jom kita lihat mengapa ianya penting bagi Malaysia.

  • Beri peluang sama rata kepada semua pihak, tidak kira anda merupakan pengusaha kecil atau sederhana; mahu pun gergasi yang sudah mempunyai nama yang besar
  • Ikut trend semasa masyarakat yang semakin gemarkan pembelian di atas talian
  • Lonjakkan sumbangan e-dagang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, lebih tinggi jualan syarikat, lebih banyak keuntungan, lebih banyak cukai yang disumbangkan
Kredit: bfm.my

Syarikat Mana Di Belakang Tabir DFTZ?

Kalau diikutkan, beberapa syarikat terkemuka akan menerima tempias secara langsung dengan kewujudan DTFZ:

  • Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan berurusan dengan Rangkaian Cainiao, pengurus logistik Kumpulan Alibaba bagi membangunkan hab serantau di KLIA Aeropolis, bandar lapangan terbang berintegrasi. Tidak ketinggalan juga Pos Malaysia Berhad yang bakal menguruskan penghantaran kepada para pembeli
  • Catcha Group yang merupakan pemaju utama bagi Kuala Lumpur Internet City (KLIC) yang bakal menempatkan 1,000 syarikat berkaitan Internet
  • Maybank dan CIMB akan bekerjasama dengan Kumpulan Perkhidmatan Kewangan Ant, iaitu bahagian bayaran dan kewangan Alibaba; bagi membolehkan AliPay (kemudahan dompet mudah alih @ mobile wallet) beroperasi di Malaysia

Bahang DFTZ Sudah Mula Dirasai

Walaupun baru sahaja diumumkan, kita sudah boleh lihat tempiasnya kepada saham-saham syarikat di Bursa Malaysia:

Kredit: thestar.com.my

Para pelabur sudah mula menunjukkan minat kepada syarikat-syarikat yang secara langsung dan tidak langsung dijangka terlibat dengan pelaksaan DFTZ. Gambar di atas menunjukkan pertambahan nilai pembelian saham syarikat-syarikat tersebut sehari (23 Mac 2017) selepas pengumuman DFTZ dibuat.

Bayangkan apa akan terjadi sekiranya DFTZ mula beroperasi nanti dan apa akan jadi kepada saham-saham syarikat yang betul-betul mendapat kontrak bagi melaksanakan DFTZ?

Sudahkah Anda Bersedia?

Jom kita renungkan kata-kata hikmah Jack Ma yang cukup bermakna:

“Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu.

Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap.

Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang.

Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud.

Bila jualan langsung @ penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun.

Bila telefon pintar guna 4G (akses internet tanpa talian) diperkenalkan kepada dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.

Bila Whatsapp dan Wechat (mesej teks/suara/video bergerak) dibangunkan, mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.

Apa pun yang berlaku, kita kena bersiap-sedia dengan DFTZ kerana jika tidak; perniagaan atau perkhidmatan kita mungkin tidak lagi relevan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend