Kemudahan Overdraf – Bagus Atau Tidak?

Ramai yang tak tahu apa itu overdraf, jadi jom kita ambil tahu tentang instrumen pembiayaan yang jarang-jarang dilakukan.

Definisi Overdraf

Overdraf merupakan sejenis fasiliti oleh bank yang menggunakan harta sebagai cagaran seperti Sijil Fixed Deposit, Sijil ASB & Geran Hartanah.Kebiasaannya akan dapat nsibah 1:1 ataupun 90% daripada nilai yang dicagarkan.

Maksudnya kita ada rumah yang berharga RM500,000, kita dapat gunakan fasiliti sebanyak RM500,000.

Tujuan overdraf adalah untuk mencagarkan harta yang dimiliki kepada pihiak bank tanpa perlu menjualnya. Secara psikologinya pula, kita mempertahankannya daripada tergadai dan berusaha membayar semula limit yang digunakan secepat mungkin.

Overdraf biasanya digunakan oleh para peniaga, contohnya seperti pemborong yang memerlukan modal awal yang banyak untuk mengambil stok. Apabila stok sudah dihantar dan bayaran sudah diterima daripada peruncit-peruncit, payment tersebut dimasukkan semula ke dalam akaun overdraf tersebut.

Malangnya terdapat segelintir golongan yang tidak berfikir panjang dan akhirnya menanggung bebanan hutang.

Banyak yang saya perhatikan bila mereka mengambil fasiliti ini, mereka gunakan sehingga maksimum untuk tujuan-tujuan tertentu & peribadi dan hanya membayar amaun faedah sahaja selama bertahun-tahun lamanya.

Agak-agak sampai bila nak habis hutang tu?

Saya bagi contoh sedikit kos penggunaan overdraf:

Kadar pembiayaan setahun = 6%
Had Fasiliti = RM200,000
Penggunaan = RM50,000 (untuk tempoh 30 hari)
Kadar yang dikenakan = RM50,000 x 6% / 365 hari x 30 hari = RM246.57

Jumlah yang perlu dibayar adalah RM246.57 untuk tempoh penggunaan fasiliti tersebut dalam tempoh 30 hari.

Bila RM50,000 tersebut dibayar bersama jumlah faedah sebanyak RM246.57 dalam tempoh satu bulan, akaun tersebut akan menjadi neutral semula.

Kalau anda mahu cagarkan property anda untuk tujuan berhutang jangka masa panjang, lebih baik gunakan term loan kerana kadar keuntungannya adalah lebih murah.

Kalau anda mahu cagarkan sijil Fixed Deposit atau Sijil ASB anda untuk tujuan berhutang jangka panjang, jual sajalah Sijil ersebutu, gunakan cash tersebut. Tak perlu berhutang di atas cash anda sendiri. Kalau ASB pakai saja kemudahan ASB Financing, profit rate pun lebih rendah.

Bagi yang masih tak faham penggunaan overdraf sebagai leverage Other People’s Money (OPM), lebih baik anda menuntut ilmu dulu. Kemudahan overdraf ini memang menguntungkan kalau kena pada tempatnya. Tapi awas! Kalau buat tanpa ilmu, anda boleh hilang segalanya.

Kebaikan/Kelebihan Overdraf

  1. Masih ada cash dalam tangan
  2. Teknik OPM
  3. Dapat interest/dividend (Cert Value)
  4. Lebihan cash (OD)

Keburukan/Kelemahan Overdraf

1) Kalau hanya bayar minimum sahaja setiap bulan, sampai bila pun hutang tersebut takkan habis, dan yang paling untung adalah bank
2) Cagaran yang dicagarkan tadi pula, mungkin boleh hilang/tergadai sebab nak langsaikan hutang yang tertunggak

.Kalau untuk hutang jangka pendek, bolehlah pertimbangkan untuk menggunakan fasiliti overdraf ini. Tapi kalau berniat untuk bayar sikit-sikit bulan, takut nanti buruk padahnya. Takut tak tahan dengan godaan je nanti…

Kredit: Khairul Ezuwan, Bella Leana

Komen

komen