Kenapa Dinar Emas Tidak Diterima Sebagai Mata wang

Sejarah telah membuktikan bahawasanya emas telah digunakan sebagai mata wang sejak dahulu lagi. Malah pada zaman Rasulullah SAW dan juga pada zaman pemerintahan sahabat-sahabat baginda, sehinggalah membawa kepada pemerintahan kerajaan islam yang seterusnya; emas telah digunapakai sebagai mata wang.

Kita dapat lihat pada zaman dahulu, pembelian seekor kambing bersamaan dengan satu dinar emas. Hal ini jelas menunjukkan mata wang emas sama sekali tidak boleh dimanipulasikan.

Namun, mengapa kini duit kertas pula yang diterima di diseluruh dunia dan bukannya dinar emas?

Jelas, ini disebabkan oleh duit kertas boleh digunakan untuk dimanipulasikan. Malah nilai dinar itu sendiri tidak penah berubah daripada zaman Rasulluah hinggalah ke hari ini. Berbeza pula dengan wang kertas yang nilainya sentiasa berubah dan diletakkan dalam nilai 10,100,1000 dan seterusnya.

Allah SWT ada berfirman berkenaan dinar iaitu:

“Dan di antara ahli–ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya (Surah Ali-Imran Ayat 75)

Tun Mahathir Hampir Berjaya Jadikan Dinar Emas Sebagai Mata Wang

Sumber: Utusan Malaysia

Ada yang masih ingat betapa mantan Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir Mohamad sangat kuat berjuang untuk menjadikan dinar emas sebagai mata wang yang digunapakai oleh negara-negara Islam? Namun usaha beliau menemui jalan buntu sehingga ke hari ini.

Berbeza pula dengan Profesor Dr Murat Cizakca yang sama sekali tidak bersetuju emas digunakan sebagai mata wang. Dalam ceramah umumnya yang bertajuk “Dinar Emas Islam: Mitos Dan Realiti“, beliau yang merupakan professor perbandingan sejarah ekonomi telah mengeluarkan kata-kata berikut :

1. “Kita perlu terus menggunakan mata wang kertas dan bank-bank pusat yang mengawal mata wang wajar diberi kuasa autonomi penuh”

2. “Sumber emas kini dikuasai oleh negara bukan Islam”

3. “Dinar emas akan terdedah kepada spekulasi memandangkan harga emas juga naik dan turun. Negara Islam perlu terus menggunakan mata wang kertas dan meningkatkan perdagangan sesama mereka”

Dapat anda lihat, sebenarnya harga emas mampu memberikan kesan kepada negara-negara yang menjalankan kegiatan import eksport. Sesungguhnya, nilai mata wang sesebuah negara itu tertakluk kepada nilai import dan eksport mereka.

Contohnya disini, sekiranya sesebuah negara itu mengimport lebih daripada mengeksport maka nilai mata wang mereka akan merosot dan berlaku sebaliknya sekiranya ia menjadi sebuah negara pengeksport bersih.

Dalam erti kata yang lebih mudah difahami, apabila harga emas meningkat, ia akan mewujudkan lebihan dagangan. Ini menjadikan negara-negara pengimport emas terbesar akan mengalami nilai mata wang yang lemah.

Ini bererti, negara bukan Islam akan memperolehi keuntungan berlipat kali ganda sekiranya negara Islam tetap menginginkan penggunaan emas sebagai mata wang.

Murat Cizakca merupakan seorang Profesor Perbandingan Sejarah Ekonomi dan Ketua Penyelidik di INCEIF (International Centre for Education in Islamic Finance). Artikel beliau yang merupakan sebahagian daripada jurnal bertajuk The Islamic Gold Dinar – Myths And Reality, boleh dimuat turun di Knowledge Management Centre INCEIF.

Komen

komen