Kenapa Riba’ itu haram?

hukum interest

Baca sampai habis, anda akan faham sesuatu

Riba’ adalah satu bentuk kezaliman di mana orang yang dalam ‘KESUKARAN’ tiada sumber dan TERDESAK, meminta bantuan dari pihak ketiga. Contohnya meminta dipinjamkan RM1000 dan diminta pulangkan semula RM1500 dalam tempoh yang dijanjikan. Ini maksudnya kezaliman dalam riba’ bila orang yang susah, dibebankan lagi.

Pinjaman adalah bantuan, sebab itu konsep pinjaman dalam Islam cuma ada Qardul Hassan. Pinjam RM1000, bayar semula RM1000. Sebab itu di bank pinjaman ini amat terhad kepada orang yang betul-betul memerlukan. Mereka sebagai pihak yang mahu dipinjam juga berhak untuk tidak memberikan pinjaman kepada orang yang meminta dan akan mengikut budi bicara mereka. Mereka juga berhak menolak permohonan & berhak untuk menuntut semula Hak mereka bila pinjaman diberi. Sama juga seperti kita dimana kita sendiri belum tentu bantu semua kawan yang dalam kesukaran.

Situasi hari ini berbeza, orang meminjam bukan lagi kerana terdesak, tetapi untuk tuntutan keperluan dan memenuhi kehendak.

Kad kredit, personal loan, car loan, home loan. Walaupon semua ini adalah keperluan asas, tetapi ini bukanlah ‘TERDESAK’. Tiada kereta boleh naik motor, tiada rumah boleh sewa.

TERDESAK ke nak pergi bercuti ke UK, New York, Paris?
TERDESAK ke nak renovate rumah?
TERDESAK ke nak buat Majlis Kahwin ‘wedding of the year’?
TERDESAK ke nak modal untuk masuk Skim cepat kaya?

Bagaimanapun bila meminjam di bank dalam apa keadaan sekalipun sama ada TERDESAK, KEPERLUAN, KEHENDAK dan bank mengenakan interest atas pinjaman yang diberikan, itu adalah Riba’.

Fahami Konsep Islamic Banking

Tujuan perbankan Islam ini juga adalah untuk memperbetulkan konsep yang salah digunakan oleh perbankan konvensional yang menjurus kepada Riba’.

Konsep dalam Islamic banking adalah berasaskan perniagaan @ Fiqh Muamalat, bukan syarikat pemberi pinjaman.

Pendeposit adalah rakan kongsi, itulah adanya konsep seperti Mudharabah.

Asas kepada pembiayaan Islamic adalah perniagaan dan Muamalat dalam Islam.

Contohnya bank membeli sebuah rumah dengan nilai RM100K dan menjual semula kepada pelanggan dengan harga jualan yang dipersetujui bersama RM400K. Ini ada penawaran dan ada penerimaan. Sama juga kita yang berniaga ambil barang modal RM10, Jual kepada pelanggan RM40. Adakah ini satu kesalahan? Tidak kan. Di sini pembeli memohon untuk diberikan tempoh 30 tahun untuk membuat pembayaran. Bank boleh beri kemudahan bayaran secara beransur dalam tempoh yang dipersetujui tetapi Bank tidak boleh mengenakan interest atas harga jualan RM400K yang telah dipersetujui tadi tetapi berhak memberikan Ibra’ (rebat) ke atas bayaran tersebut. Contohnya pembayaran penuh awal dari tempoh dijanjikan @ Ibra’ dari setiap bayaran.

Berbalik kepada Isu TERDESAK tadi. Pembiayaan Islamic bukan untuk orang yang TERDESAK, tetapi kemudahan bayaran bagi mereka untuk memiliki harta, memenuhi keperluan dan sebahagiannya memenuhi kehendak atas keupayaan yang dinilai oleh pihak bank.

Kita sendiri contohnya sebagai peniaga ambil barang RM10, Jual semula kepada pelanggan RM40, pelanggan minta bayar ansuran RM10 selama 4 bulan. Kita berhak untuk bagi kemudahan tersebut. Yang jatuh riba’ adalah bila kena bayar RM12 x 4 bulan atas harga jualan RM40 tadi.

Saya bagi contoh mudah:
Kawan saya nak pinjam RM5000 Sebab dia terdesak anak dia nak buat buat operation , saya bagi RM5000 kemudian dia bayar semula RM500 x 10 bulan = RM5000. Kalau saya minta RM600 x 10 bulan itu jatuh Riba’ dan mengambil kesempatan dan menzalimi orang yang dalam kesukaran. Saya juga ada hak untuk tidak memberikan pinjaman tersebut pada dia TETAPI bila kawan saya tu datang nak pinjam RM5000 sebab TERDESAK nak beli motor baru pastu nak bayar RM100 x 50 bulan. agak-agak rasa nak tumbuk tak perut dia? Kalau saya tetap bagi dan kenakan bayaran lebih, itu sudah jatuh riba’.

Inilah kesilapan yang dilakukan oleh bank konvensional .

Sebenarnya nak beli rumah, nak beli kereta tidak wujud pinjaman sebab ini bukan definasi orang TERDESAK.

Kemunculan Bank Konvensional itu salah dengan mempergunakan konsep Riba’ sebagai perniagaan mereka. Sebab itu ilmuan & Sarjana Islam bangkit memperbetulkannya dan tertubuhnya perbankan Islamic. Perbankan Islamic bukan ‘back door riba’ kepada perbankan konvensional, tetapi memperbetulkan konsep perbankan yang disesatkan oleh perbankan konvensional yang menjurus kepada Riba’.

Di Malaysia saya yakin semua Syariah Committee di perbankan Islam adalah berkredibiliti dalam memerhati, menegur dan menasihat satu-satu entiti perbankan Islam ini supaya tidak berlakunya ‘back door riba’, dan itulah antara fungsi mereka berada di sana supaya segala transaksi mengikut aturan syariah & Fiqh Muamalat dalam Islam.

PERBANKAN ISLAM BUKANLAH OPTION KEPADA PERBANKAN KONVENSIONAL, TETAPI MEMPERBETULKAN KONSEP PERBANKAN SEBENAR YANG DISALAH OPERASIKAN OLEH PERBANKAN KONVENSIONAL .

*Ini hanya pandangan peribadi saya, Saya bukan seorang pakar.

 

Sumber asal : Facebook Tuan Khairul Ezuwan
Agency Supervisor at CIMB Wealth Advisors Berhad – CWA

 

Hukum Bekerja di Bank Konvensional – Dr. Zaharuddin Abd Rahman

gt;

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend