Inikah “Ketuanan Melayu” Yang Kita Banggakan?

Hangat beberapa hari yang lalu apabila YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang merupakan Menteri Belia Dan Sukan dengan penulisan beliau yang bertajuk “Memang indah dibuai mimpi ‘ketuanan’…

Sedikit petikan diambil seperti berikut:

Di manakah “ketuanan” pada hari ini? Adakah Melayu betul-betul tuan di tanah air tercinta ini, atau adakah kita hanya sekadar tuan pada tanda nama, tetapi hakikatnya, semakin terpinggir dan diperhambakan tanpa sedar?

Mana perginya “ketuanan” apabila tujuh daripada sepuluh orang penagih dadah di Malaysia merupakan anak muda Melayu?

Mana perginya “ketuanan” apabila kontraktor-kontraktor Melayu sanggup berkiblatkan modal ali baba untuk makan untung atas angin?

Mana perginya “ketuanan” apabila individu Melayu hanya memiliki kurang daripada empat peratus kekayaan di pasaran saham negara?

Mana perginya “ketuanan” jika 9.8 juta orang Melayu mempunyai pelaburan ASB kurang daripada RM5 ribu, sedangkan 500 ribu orang Melayu lain mengumpul 63 peratus jumlah pelaburan ASB.

Mana perginya “ketuanan” apabila ramai anak muda Melayu memilih untuk merempit sampai ke lewat malam, sambil rakan-rakan bangsa lain gigih mengejar ilmu untuk melakar masa depan yang lebih cerah?

– YB Syed Saddiq

Artikel penuh boleh dilihat di MalaysiaKini.

Jurang Kaya Dan Miskin Semakin Besar

Kami tertarik untuk mengupas dari sudut kewangan iaitu individu Melayu hanya memiliki kurang daripada 4% kekayaan di pasaran saham Bursa Malaysia.

Diantara alasan yang sering diberi kenapa mereka tidak mahu terlibat dalam pelaburan saham:

  • Komitmen kerja, tiada masa
  • Belum bersedia
  • Tinggal jauh
  • Tiada modal “besar”
  • Tak minat
  • Takut rugi

Boleh baca selanjutnya di Saham? Inilah Respon dari Kawan-Kawan Melayu & M40.

8.81% Pelabur ASB Punya 80.17% Duit Dalam ASB

Biasa dengar Prinsip Pareto 80/20 tak? Menurut kajian, 80% kekayaan dimiliki oleh golongan 20% yang terkaya.

Tapi di Malaysia nampak gayanya 80.17% kekayaan dimiliki oleh golongan 8.81% pula?

Sumber: Laporan Tahunan ASB 2017 mukasurat 58

Setakat 31 Disember 2017, sebanyak RM145.8 bilion disimpan dalam ASB oleh 9.3 juta rakyat Malaysia (lebih spesifik lagi golongan Bumiputera).

Kewangan Melayu Yang Sangat Layu

1. Melayu Tak Percaya Dengan Perlindungan Takaful

Mengikut statistik, Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Takaful. Ianya adalah satu statistik yang sangat menyedihkan.

Perlindungan merupakan perkara yang paling asas patut ada, tapi masih ramai lagi yang tidak mempunyainya.

Salah ejen Takaful ke?

Salah produk Takaful ke?

Salah kita sendiri ke?

2. Melayu Tak Percaya Dengan Simpanan

Kita disarankan untuk mempunyai simpanan sebanyak 3-6 bulan daripada gaji bulanan kita. Kalau kita mempunyai gaji sebanyak RM3,000, pastikan ada simpanan sebanyak RM9,000 ke RM18,000 untuk bersedia dengan sebarang musibah.

Tetapi Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri menyatakan bahawa: 3 daripada 4 rakyat Malaysia tidak mampu menyediakan RM1,000 jika berlaku kecemasan.

Salah telefon pintar mahal ke?

Salah kereta mahal ke? Atau salah gaji minimum RM1,050?

Simpanan tak cukup? Belajarlah untuk kurangkan perbelanjaan atau belajar cara tambahkan pendapatan. 9 Idea Buat Duit Sambil Tidur Dengan Cara Yang Halal.

3. Melayu Paling Percaya Dengan Skim Cepat Kaya

Bila bercerita tentang pelaburan, memang mengujakan. Boleh dikatakan topik yang paling hangat untuk dibawa perbincangan adalah topik menggandakan duit (pelaburan).

Habis tu kenapa kita masih nak pergi join skim cepat kaya? Tak dapat beza lagikah antara pelaburan dengan peleburan? Cuba baca lagi berkenaan Kerugian Dianggar RM3.8 bilion. PDRM Dedahkan 30 Syarikat Tawar Skim Tidak Sah. Kalau ada kenalan kita atau saudara mara yang dah kena tipu, janganlah ‘dibodohkan’ mereka, ajaklah mereka baca majalahlabur.com. Kongsikan sekali artikel ini dekat mereka.

Hampir sejuta rakyat Malaysia tertipu dengan skim-skim penipuan. Ini yang dilaporkan, yang tidak dilaporkan agak-agaknya banyak lagi tak?

Salah scammer ke semua tu?

Padahal kalau betul nak buat duit kita ada 693 saham PATUH SYARIAH yang boleh dipilih dekat Bursa Malaysia. Kau dah ada satu saham?

Baca juga Peram Saham-Saham Ini 5 Tahun Lepas, Sekarang Pulangan Lebih 100%

Orang Melayu Masih Leka

Daripada ambil inisiatif dan MASA belajar mengenai ilmu kewangan, kita lebih rela dilalaikan dengan hiburan.

Setiap malam lepas balik kerja, bermula jam 7 malam kita disajikan dengan pelbagai drama. Terpesona dengan gadis cantik yang dibelai lelaki tampan yang kaya-raya. Memang best duduk rumah goyang kaki je, macam dalam TV kan?

Kemudiannya, solat Maghrib pun lewat, ada yang ngam-ngam solat pukul 8 lepas habisnya drama.

Lepas tu kita ada rancangan menyanyi si veteran, rancangan pak lawak, rancangan membawang dan bermacam-macam lagi. Itu belum cerita bab bergaduh pasal politik di Facebook dan Twitter. Kalau bukan 100%, mungkin 99% yang terlibat adalah Melayu.

Lepas tu bila orang sibuk pasal “Ketuanan Melayu”, kita sentap?

Memang orang Melayu paling ramai di Malaysia, tapi pemilikan hartanah kita ketinggalan, pemilikan saham pun kita ketinggalan, pemilikan amanah saham pun kita ketinggalan, daripada segi perlindungan Takaful pun kita ketinggalan.

Mulalah nak salahkan kerajaan, nak salahkan PM ke-4, nak salahkan PM ke-6, nak salahkan BRIM tak dapat, nak salahkan gaji tak naik-naik, nak salahkan GST dan SST, nak salahkan harga rumah mahal, nak salahkan harga kereta mahal, nak salahkan kos sara hidup yang tinggi.

Padahal kita yang membiarkan diri kita dibuai dengan program yang tidak berfaedah untuk ekonomi diri dan keluarga.

Di luar sana ramai yang menganjurkan seminar kewangan, seminar pelaburan kau kata mahal.

Bila orang buat kelas pelaburan saham, kau kata jauh. Nak pergi bank buka akaun saham (CDS) pun liat. Baca lagi 900 Ribu Bumiputera Sudah Ada Akaun Saham.

Bila Bursa Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia buat karnival pelaburan percuma, kau kata tak ada masa sebab nak pergi layan filem baru dekat panggung.

Apa lagi kau nak sebenarnya???

Hidup Melayu!

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend