Khazanah Nasional Akan Kurangkan Hutang RM35 Bilion-RM40 Bilion Menerusi Penjualan Aset

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dijangka akan mengurangkan lagi nilai tanggungan hutangnya kepada antara RM35 bilion hingga RM40 bilion menerusi penjualan aset, dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Khazanah kini sedang mengenal pasti aset strategik untuk dijual dan hasil yang diperoleh daripada penjualan itu akan dilaburkan semula dalam aset berpotensi lain.

“Proses penjualan aset adalah perkara biasa dalam perniagaan bukan hanya bagi Khazanah tetapi juga syarikat lain seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

“Meskipun proses penjualan aset dilakukan, ia perlu dibuat berdasarkan prestasi pasaran dan masa yang tepat bagi memastikan ia boleh menjana keuntungan kepada Khazanah seterusnya berupaya menawarkan dividen lebih baik kepada kerajaan,” katanya selepas menyampaikan ucaptama di Forum Megatrends Khazanah, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Khazanah berjaya mengurangkan nilai tanggungan hutang kepada RM47 bilion daripada RM55 bilion dalam tempoh setahun melalui penjualan aset dan pelaburan.

Pengarah Urusannya, Datuk Shahril Ridza dipetik sebagai berkata dalam tempoh itu juga, syarikat pelaburan strategik negara itu telah berjaya menjana pendapatan sebanyak RM9 bilion serta dijangka kembali pulih dan mampu menjana potensi pendapatan berjumlah RM5 bilion tahun ini.

Mohamed Azmin berkata, dalam tempoh 10 tahun lalu, Khazanah sudah menjual lebih 100 aset yang bernilai kira-kira RM65 bilion.

“Jadi ia bukan sesuatu perkara luar biasa (jual aset), cuma ia memerlukan pertimbangan yang strategik mengikut keadaan pasaran dan memastikan ia boleh memberi nilai lebih kepada aset kita (Khazanah). Dan ini yang sedang dilakukan Khazanah.

“Nilai aset Khazanah pada masa ini adalah kira-kira RM130 bilion dan imbangan kira-kira bersih syarikat pelaburan ini jauh lebih kukuh berbanding sebelumnya,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai rakan strategik bagi Malaysia Airlines Bhd (MAB), Mohamed Azmi berkata, Khazanah ada menerima beberapa cadangan daripada pihak berpotensi untuk syarikat penerbangan nasional itu.

“Khazanah sedang meneliti cadangan berkenaan tetapi buat masa ini saya tidak boleh menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara berkenaan kerana proses penelitian masih dibuat.

“Pengumuman rasmi akan dibuat selepas Khazanah dan MAB selesai menjalankan penelitian itu,” katanya. 

Sumber: BH Online

Kat Mana Khazanah Nasional Melabur?

This image has an empty alt attribute; its file name is khazanah-shareholdings.jpg

Kalau gambar ni kecik sangat, boleh klik pada gambar. Ianya merupakan senarai pegangan saham oleh Khazanah setakat 31 Disember 2017.

Prestasi Pelaburan Khazanah Mula Meningkat

Kalau nak tahu, Khazanah Nasional mencatatkan keuntungan sebanyak RM2.9 bilion pada tahun 2017, namun jatuh merudum sehingga kerugian RM6.3 bilion pada tahun 2018. Kita pun tahu bahawa tahun 2018, FBM KLCI jatuh teruk, maka nilai pegangan dalam saham juga jatuh teruk. Boleh baca selanjutnya di Khazanah Nasional Berhad Mencatatkan Kerugian Pertama Sejak Tahun 2005.

Namun, KWSP dan Khazanah Catat Pendapatan Dividen Yang Meningkat Pada Tahun 2019 Berbanding Tahun Lalu. Dividen yang diterima Khazanah meningkat sebanyak 2% yang disumbang oleh peningkatan dividen yang dicatatkan oleh CIMB Group.

This image has an empty alt attribute; its file name is top-10-dividend-plc-september-2019.jpg

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend