Kinesis Money Jalin Kerjasama Dengan TicketSocket Untuk Aplikasi Dunia Sebenar Mata Wang Berasaskan Emas

LONDON, 23 Oktober 2018 /PRNewswire/ —

Kinesis Money, satu sistem monetari bersifat evolusi yang menggunakan aset-aset sebenar sebagai asas untuk mata wang digital, hari ini mengumumkan satu perkongsian dengan TicketSocket, platform pembelian tiket label putih, pendaftaran dan pengurusan acara yang hebat dan sangat boleh disesuaikan.

Perkongsian ini akan menyaksikan mata wang Kinesis disepadukan sebagai pilihan pembayaran dalam platform TicketSocket. TicketSocket menyediakan perisian kepada pasukan sukan pro, lawatan dan tempat-tempat besar di seluruh dunia, yang bermakna individu-individu kini dapat membeli tiket untuk acara-acara yang terkemuka di dunia menggunakan mata wang digital Kinesis.

Mata wang digital Kinesis menggabungkan kestabilan emas dan perak sebagai satu simpanan nilai dan kecekapan rantaian blok sebagai medium pertukaran. Mata wang ini memberikan asas 1:1 bagi bulion fizikal yang diperuntukkan, disimpan secara percuma dalam bilik kebal di seluruh dunia. Mata wang ini dapat dipegang atau dipindahkan antara dompet digital Kinesis melalui jaringan rantaian blok yang selamat dan dapat dibelanjakan dengan mudah menggunakan kad debit di mana-mana lokasi yang menerima Visa/Mastercard.

Perkongsian antara Kinesis dan TicketSocket ini menekankan potensi penggunaan dunia sebenar bagi mata wang Kinesis.

Ryan Case, Ketua Pegawai Komersial di Kinesis Money mengulas: “Individu-individu yang tercari-cari kestabilan mata wang berasaskan emas atau perak, tidak tertakluk kepada risiko-risiko sama yang terdapat pada banyak mata wang fiat, semakin dapat menggunakan alternatif-alternatif berasaskan aset ini dalam dunia sebenar, seperti membeli tiket untuk menyaksikan penghibur atau pasukan sukan kegemaran mereka.”

“Para pemegang mata wang Kinesis bukan sahaja akan memperoleh faedah daripada medium pertukaran yang selamat dan cekap, mereka juga dapat menggunakannya untuk transaksi harian.”

Kai M. Blache, Presiden TicketSocket, mengulas: “Kami berasa amat teruja dapat bekerjasama dengan Kinesis untuk membawakan saluran pembayaran baharu kepada pelanggan kami. Kami berharap dapat memperkenalkan komuniti Kinesis ke dalam pengalaman pembelian tiket dan pengurusan acara tempahan khusus kami.”

Ryan menyimpulkan: “Perkongsian ini merupakan satu contoh utama aplikasi dunia sebenar yang disediakan oleh mata wang digital Kinesis. Tatkala perniagaan-perniagaan global, termasuk TicketSocket mempromosi Kinesis sebagai satu kaedah pembayaran, kami semakin menghampiri matlamat utama kami untuk merevolusikan sistem monetari sedia ada sebagaimana yang kita ketahui.”

Kinesis Money (kinesis.money)

TicketSocket (https://www.ticketsocket.com/)

Sumber : Kinesis Money

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend