Laporan FinTech di Malaysia Bagi 2017

Semasa awal tahun 2017, kami ada membincangkan serba sedikit mengenai FinTech – Apa itu FinTech dan masa depan FinTech di Malaysia dan Apa Kelebihannya Kepada Rakyat Macam Kita?

Mari kita tengok pula apa yang telah berlaku dalam industri FinTech di Malaysia sepanjang tahun 2017.

Sektor Bayaran dan Wallet Paling Dominan

Sumber: FinTech News Singapore

Jika dirujuk gambar di atas, terdapat dua sektor yang mendominasi industri FinTech di Malaysia. Barangkali ini ada kaitan dengan industri e-dagang dan trend membeli-belah secara online yang semakin popular di Malaysia.

3 Badan Kawal Selia FinTech Malaysia

Bagi memastikan industri FinTech di Malaysia terus berkembang, harus ada badan yang bertanggungjawab untuk mengawal selia. Nama pun Financial Technology atau Teknologi Kewangan, duit kita takkan nak dibuat main-main pula kan? Kita semua sedia maklum, industri perbankan di Malaysia memang kena dikawal dan diselia dengan ketat supaya tidak berlaku sebarang penipuan dan manipulasi.

Sejak Tan Sri Muhammad bin Ibrahim mengambil alih tampuk sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia, beliau dilihat telah membawa banyak perubahan dalam industri FinTech di Malaysia.

Sumber: mole.my

Pada penghujung 2016, Financial Technology Enabler Group telah ditubuhkan oleh Bank Negara bagi menyokong inovasi yang boleh menambahbaik kualiti, kecekapan dan kebolehcapaian perkhidmatan kewangan di Malaysia. FinTech Regulatory Sandbox telah dibangunkan bagi membolehkan syarikat-syarikat membangunkan aplikasi atau platform yang boleh menyumbang kepada industri FinTech di Malaysia.

Sumber: Financial Technology Enabler Group

Berikut disenaraikan syarikat-syarikat yang telah dibenarkan untuk membangunkan aplikasi mereka menggunakan FinTech Regulatory Sandbox tersebut:

GoBear Ltd

Perniagaan/Aktiviti: Platform Penasihat Kewangan / Aggregator Insurans

GetCover Sdn Bhd

Perniagaan/Aktiviti: Platform Penasihat Kewangan / Aggregator Insurans

MoneyMatch Sdn Bhd

Perniagaan/Aktiviti: Perkhidmatan Penghantaran dan Tukaran Wang

WorldRemit Ltd

Perniagaan/Aktiviti: Perkhidmatan Penghantaran Wang

Jirnexu Sdn Bhd

Business/Activity: Platform Penasihat Kewangan / Aggregator Insurans

CIMB Bank and Paycasso Verify Ltd

Perniagaan/Aktiviti: Electronic Know-Your-Customer (e-KYC)

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Pula Dengan ECF & P2P

Seterusnya, kita dapat melihat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia memainkan peranan dengan membangunkan dua rangka kerja kawal selia (regulatory framework) bagi memacu industri FinTech di Malaysia.

1. Equity Crowdfunding (ECF)

Crowdfunding merupakan cara alternatif untuk mendapatkan modal untuk membangunkan sesebuah idea dan menjadikannya suatu realiti. Malaysia merupakan negara pertama di ASEAN yang memperkenalkan equity crowdfunding sejak 2015. Jika anda ada idea yang menarik dan perlukan modal, boleh cari syarikat-syarikat di bawah yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti:

No. Operator Platform Orang Yang Boleh Dihubungi E-mel Laman Web
1 Ata Plus Aimi Aiza enquiry@ata-plus.com http://www.ata-plus.com/
2 Crowdo Leo Shimada enquiry@crowdo.com http://investment.crowdo.com/
3 Crowdplus.Asia Andrew Tan info@crowdplus.asia http://www.crowdplus.asia/
4 Eureeca Chris Thomas contactus@eureeca.com http://www.eureeca.com/
5 Equity.pitchIN Sam Shafie equity@pitchin.my http://www.equity.pitchin.my/
6 FundedByMe Daniel Goettfert malaysia@fundedbyme.com http://www.fundedbyme.com/

2. Peer-to-peer Financing (P2P)

Bagi usahawan dan pemilik perniagaan kecil dan sederhana (SME), P2P ini membolehkan anda mendapatkan modal daripada sekumpulan pelabur individu menerusi platform digital online.

Suruhanjaya Sekuriti telah memperkenalkan rangka kerja kawal selia untuk P2P sejak 2016, dan telah meluluskan enam operator seperti di bawah:

No. Operator Platform Orang Yang Boleh Dihubungi E-mel Laman Web
1 Nusa Kapital Umar Munshi munshi@ethiscrowd.com https://www.nusakapital.com/
2 Finpal Dr Lee Thean Seong helpdesk@b2bfinpal.com http://www.b2bfinpal.com/
3 Fundaztic Ng Wei Miem support@fundaztic.com https://www.fundaztic.com/
4 AlixCo Daniel Goettfert p2p@alixco.com https://www.alixco.com/
5 Funding Societies Wong Kah Meng info@fundingsocieties.com.my https://fundingsocieties.com.my/
6 QuicKash Chew Chee Seng cheeseng@mpsb.net https://www.quickash.com/
Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Secara keseluruhannya, industri FinTech di Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar. Dengan kedatangan Alibaba dengan platform AliPay, diharapkan kita mendapat suntikan yang lebih besar dengan kebanjiran pelancong daripada China yang akan berbelanja di Malaysia.

Boleh juga rujuk FinTech dan Tempiasnya Kepada GHL Systems yang telah mengalami kenaikan saham lebih daripada 100% dalam masa setahun.

Peta FinTech di Malaysia

Sumber: FinTech News Singapore

Secara kesimpulannya, dengan adanya kawal selia daripada Bank Negara dan Suruhanjaya Malaysia, diharapkan lebih banyak lagi syarikat yang akan terlibat bagi membangunkan lagi industri Fintech ini.

Boleh dikatakan tahun 2017 merupakan tahun yang mencabar bagi industri FinTech di Malaysia. Nak tahu syarikat yang terbaik tak? Ni dia – Rakuten Trade Dianugerahkan Syarikat Terbaik Tahunan Fintech di Malaysia Untuk 2017.

Komen

komen