Mengapa Dividen Simpanan Syariah KWSP Sikit Berbanding Konvensional?

Alhamdulillah, baru beberapa hari yang lalu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan pemberian dividen sebanyak 5.9% bagi simpanan Syariah, manakala dividen sebanyak 6.15% bagi simpanan konvensional.

Kedua-duanya mencatatkan penurunan berbanding tahun lalu, seperti yang dapat dilihat di bawah:

Sumber: Laman Web KWSP

“Eh bro, kenapa dah dua tahun berturut-turut, dividen simpanan Syariah kurang daripada dividen simpanan konvensional?”

Dulu bising KWSP tak patuh Syariah. Sekarang pertikaikan pula keuntungan simpanan Syariah.

Sabar tuan-tuan.

Mengapa Terdapat Perbezaan Pemberian Dividen?

Kedua-dua kadar dividen yang diisytiharkan mencerminkan prestasi sebenar pelaburan bagi kedua-dua simpanan tersebut. Pendapatan pelaburan kasar untuk 2018 adalah sebanyak RM50.88 bilion, di mana RM4.62 bilion dijana bagi Simpanan Syariah, berkadar dengan bahagiannya daripada keseluruhan jumlah aset Syariah; manakala RM46.26 bilion dijana bagi Simpanan Konvensional.

Penurunan pendapatan portfolio Syariah KWSP pada 2018 adalah disebabkan oleh prestasi kurang memberangsangkan untuk sektor telekomunikasi, pembinaan dan minyak dan gas dalam portfolio domestik.

Di antara pelaburan dalam aset bukan Syariah adalah pelaburan dalam perbankan konvensional, pinjaman konvensional dan bon, yang mungkin tidak terjejas seteruk pelaburan Syariah.

Sumber: Laporan Tahunan 2017 KWSP

Bukan semua ya duit KWSP digunakan untuk pelaburan dalam pasaran saham. Sebanyak 51% dilaburkan dalam instrumen pasaran wang yang berisiko rendah, yang keduanya sebanyak 36% dilaburkan dalam pasaran saham yang berisiko tinggi.

Jadi bila indeks FBMKLCI mencatatkan penurunan sebanyak 9.1% sepanjang tahun 2018, ini menandakan pelaburan KWSP dalam pasaran saham juga terjejas.

Tahun 2017: KWSP Untung 7.3%, Beri Dividen 6.9% Untuk Konvensional dan 6.4% Untuk Syariah

Sumber: Laporan Tahunan 2017 KWSP

Agaknya berapa keuntungan KWSP untuk tahun 2018, dengan dividen 6.15% untuk konvensional dan 5.9% untuk Syariah? Sama-sama kita tunggu laporan tahunan 2018 daripada KWSP.

Sekarang KWSP dah ada pilihan simpanan yang patuh shariah, seeloknya sama-sama kita pilih dan bertukarlah ke skim ini. Kalau boleh, rezeki yang kita dapat itu biarlah yang bersih dan suci. Alang-alang nak ke pejabat KWSP tu nanti, bolehlah semak sekali berapa ada dalam akaun 1 & 2. Kalau banyak sangat dalam tu, keluarkan lah sikit untuk kurangkan outstanding hutang rumah. Baca lagi di Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP dan Cara-Caranya.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend