Microsoft Dan JP Morgan Bekerjasama Membina Rangkaian Blockchain

Blockchain merupakan teknologi yang berkembang dengan pesat sejak diperkenalkan hampir sedekad yang lalu. Semakin ramai pengguna yang celik di dalam teknologi maklumat berminat untuk menggunakan perkhidmatan yang menggunakan teknologi Blockchain.

Blockchain merupakan sebuah teknologi yang menyimpan data individu atau syarikat di dalam sebuah block (sistem rangkain komputer) dan maklumat itu bersambung dengan blok yang lain. Maklumat yang berada blokchain ini tidak dapat diubah setelah maklumat dimasukan ke dalam blockchain ini.

Blockchan ini berfungsi dengan 4 mekanisma utama. 4 mekanisma ini wajib ada untuk menjadikan maklumat itu sebagai Blockchain.

  • Yang pertama Blockchain adalah transaksi yang wajib berlaku (sebagai contoh pihak A mahu menghantar duit kepada pihak B) sebelum terjadinya bolckchain
  • Kedua transaksi itu mestilah disahkan oleh pengguna Blockchain yang lain, yang menyatakan bahawa pihak A telah melakukan transaksi kepada pihak B
  • Selepas transaksi telah disahkan dengan tepat, transaksi tersebut perlulah disimpan di dalam block dengan maklumat yang betul
  • Akhir sekali setelah block disahkan tepat dengan maklumat yang diberikan, block tersebut dimasukan bersama block yang lain yang untuk membentuk rangkaian maklumat yang dikenali sebagai Blockchain

Di antara kelebihan yang terdapat pada teknologi Blockchain ini adalah dapat menjimatkan wang para penggunya dan prosesnya adalah lebih cepat berbanding dengan kaedah konvensional.

Sebagai contoh, jika kita ingin menggunakan Blockchain dalam transaksi wang, prosesnya sangat pantas kerana tidak memerlukan orang ketiga dalam transaksi tersebut. Pihak ketiga yang tidak terlibat dalam tersebut adalah pihak bank. Dengan tidak melibatkan pihak ketiga, proses pemindahan transaksi seperti duit sangat pantas dan caj perkhidmatan dapat dijimatkan.

Bitcoin merupakan wang cryptocurrency yang menggunakan teknologi Blockchain dalam setiap urusniaga

Penggunaan terkenal yang melibatkan teknologi Blockchain adalah Bitcoin. Bitcoin merupakan wang digital yang menggunakan teknologi ini sepenuhnya. Walaupun Bitcoin ini mempunyai isu yang hangat diperkatakan seperti tidak mempunyai intrinsic value, tetapi teknologi penggunaan yang melibatkan Bitcoin in telah mendapat tempat di kalangan pelabur generasi baru.

Bagi pelabur yang terkenal seperti Warren Buffet, Charlie Munger dan Ray Dalio malahan CEO JP Morgan sendiri iiatu Jamie Dimon turut tidak mempercayai Bitcoin yang hanya dianggap sebagai bubble dalam pasaran saham.

Blockchain ini mula digunapakai oleh Bank JP Morgan pada 4 tahun lepas. Bank JP Morgan telah membangunkan Blockchain utntuk menyimpan maklumat pelanggan yang menggunakan perkhidmatan bank tersebut. Bank JP Morgan yang mempunyai rangkain Blockchain mereka sendiri yang diberi nama Quorum, adalah bagi memudahkan urusan pelanggan mereka.

Syarikat Louis Vutton memanfaatkan pengunaan Blockchain dalam perniagaan mereka

Di antara syarikat yang menggunakan perkhidmatan Quorum ialah syarikat pengeluar barangan mewah dunia iaitu Loius Vuitton. Syarikat ini menggunakan perkhidmatan Quorum dalam menyimpan maklumat barangan keluaran syarikat mereka. Pelanggan mereka boleh mengakses Blockchain yang mereka sediakan untuk memastikan barangan yang dibeli oleh pelanggan mereka barangan asli. Ini bagi memastikan pelanggan mereka tidak tertipu dengan lambakan beg palsu terutamanya dari negara China.

Dengan kerjasama yang dimenterai oleh dua syarikat gergasi itu, di mana JP Morgan yang merupakan bank terbesar di Amerika Syarikat yang mempunyai nilai asset pengurusan sebanyak $2 trilion dan  Syarikat Microsoft yang merupakan syarikat terbesar dunia dalam menyediakan perisian, ia memberi impak yang positif.

Bank JP Morgan akan menggunakan teknologi peyimpanan awam yang dimilki oleh Syarikat Microsoft iaitu Azure, yang akan diintegrasi bersama Quorum. Azure merupakan teknologi yang sedang berkembang pesat dan telah memberi pulangan perniagaan kepada Syarikat Microsoft sebanyak $30 billion sejak diperkenalkan. Dengan teknologi Azure dan Quorum bergabung, urusan pelanggan mereka kini dipermudahkan.

Sumber RujukanPMorgan, Microsoft Team Up on Blockchain

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend