Nak Beli Kereta Baru Atau Second-Hand? Hadamkan 4 Perkara Ini Terlebih Dahulu

Kereta ini boleh dikatakan sebagai keperluan dalam kehidupan sekarang. Kalau nak beli kereta ni kita kena berfikir masak-masak dahulu, lebih-lebih lagi jika mengambil pinjaman untuk membeli kereta. Tersilap beli meranalah selama 9 tahun.

Ada beberapa pilihan sebelum kita membuat keputusan untuk membeli kereta, sama ada beli kereta terpakai atau kereta baru. Kedua-dua pilihan ini ada kelebihan dan kekurangannya sendiri, kali ini kita akan membincangkan kedua-dua pilihan yang ada.

Oleh itu, jom kita tengok 4 perkara berikut terlebih dahulu:

1. Harga Kereta

Secara amnya, sudah tentu kereta terpakai lebih murah berbanding kereta baru. Kalau anda beli kereta yang sudah berusia 5 tahun, anda boleh dapatkan harga 50% lebih murah berbanding kereta baru.

Jadual dibawah menunjukkan perbandingan harga kereta baru dan terpakai.

Tahun: 2018 Harga Tahun: 2013 Harga
Honda City 1.5V RM86,983 Honda City 1.5E+ RM48,800
Myvi 1.5 AV RM54,090 Myvi 1.5 SE RM31,000
VIOS 1.5J RM77,200 VIOS 1.5J RM42,800

*Harga kereta terpakai berdasarkan portal mudah.my

2. Kos Penyelenggaraan

Bagi kereta baru, anda tidak perlu risau mengenai kos penyelanggaraannya, tambahan lagi kereta baru masih ada warranty. Ada juga kereta yang memberikan servis percuma bagi tempoh 5 tahun pertama.

Proton contohnya, memberikan servis percuma di pusat servis mereka selama 5 tahun. Jadi dalam 5 tahun pertama ini anda tidak perlu risau dengan kos penyelenggaraan kereta. Ada juga mereka yang tukar kereta setiap 5 tahun kerana adanya pakej ini.

Bagi kereta terpakai pula, anda perlu sediakan tabung khas bagi kos penyelanggaraan. Maklumlah kereta lama, banyak ragamnya. Sebab itu anda perlu semak betul-betul sebelum membeli kereta terpakai. Baca tips ini jika anda ingin membeli kereta terpakai: Buat 4 Perkara Ini Sebelum Beli Kereta Terpakai.

3. Pembiayaan Bank

Kebiasaannya kadar faedah yang dikenakan bagi kereta baru adalah lebih rendah berbanding kereta terpakai. Bagi kereta baru kadar yang dikenakan sekitar 2.5%-3.0%, manakala bagi kereta terpakai pula kadar faedahnya sekitar 3.5%-4.5%.

Tetapi kalau anda membeli kereta terpakai dibawah RM15,000, anda tidak perlu risau mengenai kadar faedah; lebih baik jika anda beli secara tunai sahaja.

4. Takaful Kenderaan

Lebih tinggi nilai pasaran kereta, lebih tinggilah Takaful yang perlu dibayar. Sebagai contoh, bayaran Takaful bagi Myvi 1.5L baru adalah sekitar RM1,500 setahun. Manakala, bagi Myvi yang sudah berusia 5 tahun pula sekitar RM800 sahaja setahun.

Nak Beli Kereta Baru Atau Second-Hand?

Sumber: Statista

Bagi rakyat Malaysia, rata-ratanya memilih kereta baru apabila ingin membeli kereta. Berdasarkan data daripada Statisa, 69.2% rakyat Malaysia memilih kereta baru dan 27.22% lagi memilih kereta terpakai.

Kereta baru mahal harganya, tetapi murah daripada segi kos penyelengaraannya – malah ada yang percuma untuk beberapa tahun. Kereta terpakai pula mungkin nampak murah pada harganya, tetapi agak tinggi kos penyelenggaraannya. Pokok pangkalnya lihatlah kepada kemampuan kewangan peribadi anda.

Bagi mereka yang pertama kali ingin membeli kereta, 5 Tips Ini boleh membantu anda.

Tuan Mohd Kauthar Rozmal merupakan seorang perancang kewangan peribadi dan graduan jurusan matematik.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend