Orang Yang Bijak Dengan Wang, Takkan Membazir Untuk 7 Perkara Ini

Berkemampuan daripada sudut kewangan bukanlah tiket untuk berjoli sakan. Kita sepatutnya bijak dalam berbelanja supaya masih mampu menyimpan atau melabur agar dapat mencapai kebebasan kewangan di kemudian hari.

Berikut merupakan 7 perkara yang perlu dielakkan sebagai tanda kita bijak dalam mengurus wang.

1. Tak Beli Kereta Baru

Nak beli kereta baru tak salah sebenarnya. Tetapi ada pilihan lain yang bukan sahaja mampu menjimatkan duit tetapi tetap mampu memberikan kualiti terbaik iaitu kereta terpakai.

Seperti yang kita semua sedia maklum, kereta baru akan susut nilainya sehingga 10% pada bulan pertama dan 20% pada tahun pertama.

Rugikan?

Baru beli kereta tapi dah susut mendadak. Jadi bagi anda yang baru pertama kali ingin membeli kereta, kereta terpakai mungkin pilihan yang lebih bijak.

Tapi jangan lupa untuk melihat service history dan juga keadaan kereta tersebut supaya anda tak perlu berbelanja lebih bagi membaiki kerosakkannya pula.

Boleh amalkan tips dalam Buat 4 Perkara Ini Sebelum Beli Kereta Terpakai.

2. Tidak Sewa Pula Kereta Baru

Tahukah anda kini ada trend untuk ‘sewa’ kereta baru pula? Lepas 2-3 tahun, ‘sewa’ kereta baru yang lain pula.

Ianya popular di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, di mana kita membayar sewa untuk pakai kereta baru tanpa perlu memilikinya. Ianya disukai ramai kerana kita tak perlu risau pasal cukai jalan, insurans, maintenance, dan kos-kos lain yang terlibat dalam pemilikan kereta.

Jadi dah ada alternatif selain daripada membeli kereta, jangan pula kita sibuk nak sewa kereta baru setiap 2-3 tahun.

Bagi mereka yang nak tahu lebih lanjut mengenainya, boleh baca Takut Nak Beli Kereta Sebab Komitmen Tinggi? Sekarang Kita Ada Pilihan Lain.

3. Beli Rumah Ikut Kemampuan

Semua orang kalau boleh mesti nak beli rumah yang besar dan selesa bukan? Tetapi kita perlulah juga melihat kemampuan dan keperluan diri sendiri dan keluarga. Memiliki rumah merupakan satu komitmen yang besar. Pelbagai kos akan dikeluarkan untuk pemilikan sesebuah rumah.

Jadi, bagi golongan muda belilah rumah bersaiz sederhana dahulu. Kemudian sewakan bilik kosong yang ada. Wang hasil sewa bilik ini boleh dikumpul sedikit demi sedikit untuk mendapatkan rumah yang lebih besar di masa hadapan.

4. Gunakan Kad Kredit Secara Bijak

Bagi yang kaki shopping, kita perlu berhati-hati dalam menggunakan kad kredit. Takut nanti anda terjerumus dalam kancah hutang pula. Beli dahulu bayar kemudian.

Itulah konsep kad kredit. Kawal diri anda agar tidak terlebih belanja.

Gunakan kad kredit dengan bijak. Jangan beli mengikut kehendak tetapi belilah mengikut keperluan. Ingat, kad kredit ini turut disertakan dengan kadar faedah tersendiri.

Silap belanja, pokai dibuatnya.

Cuba tengok 7 Cara Penggunaan Kad Kredit Yang Menguntungkan.

5. Tidak Terkejar-kejar Jenama Mewah

Boleh katakan hampir setiap daripada kita meminati jenama mewah tertentu bukan? Tapi tak perlulah sampai setiap bulan nak beli sesuatu produk berjenama untuk dibuat koleksi.

Ada jenama lain di luar sana yang bukan sahaja murah tetapi memiliki kualiti yang tidak kurang hebatnya dengan jenama mewah.

Kalau anda nak tahu, golongan top 1% iaitu para bilionaire dunia kini lebih memfokuskan untuk membelanjakan wang mereka bagi tujuan privasi, exclusive fitness dan juga pendidikan; berbanding mengumpul barangan berjenama.

Kita golongan rakyat marhaen pula yang berlebih-lebih nak pakai barangan berjenama.

6. Pentingkan Kualiti Berbanding Kuantiti

Walaupun tak memilih untuk memenuhkan ruangan rumah dengan barangan mewah, tak bermaksud kita hanya perlu membeli barangan murah yang mungkin cepat rosak.

Jadilah pengguna bijak untuk membeli barangan berkualiti walaupun harganya mungkin sedikit mahal. Jimat juga untuk jangka masa panjang.

7. Majlis Perkahwinan Sederhana

Mengadakan majlis perkahwinan yang sempurna pasti menjadi impian setiap bakal pengantin. Tetapi ini tidak bermakna kita perlu membazir duit serta berhutang keliling pinggang untuk majlis perkahwinan ala-ala artis dan kerabat diraja.

Buatlah secara sederhana dan ikut kemampuan masing-masing. Bukankah itu lebih baik?

Duit lebih yang boleh digunakan untuk tujuan selepas perkahwinan seperti membeli rumah, perabot dan sebagainya.

Sumber Rujukan: https://www.businessinsider.my/what-people-good-with-money-do-not-buy/

Jangan Terlalu Ikut Nafsu

Kalau kita boleh berdisiplin dalam perkara-perkara yang disebutkan tadi, kita ke arah mencapai kebebasan kewangan pada usia yang muda.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend