Panduan Kira Zakat Perniagaan Dengan Mudah

Dah lama berniaga, perniagaan semakin berkembang, keuntungan semakin banyak, tapi ‘terlupa’ untuk bayar zakat perniagaan? Dalam Islam, kita diwajibkan berzakat yang merupakan rukun Islam yang keempat. Kita harus ingat, bahawa dalam setiap rezeki kita yang Allah beri, di dalamnya ada rezeki orang lain juga.

Jom kita sama-sama belajar untuk kira zakat perniagaan dengan penerangan mudah daripada pihak Pusat Pungutan Zakat seperti berikut:

Peniaga Wajib Keluar Zakat

“Kita berniaga ni,kena keluarkan zakat. Itulah ibu segala petua. Petua hidup berkat dunia akhirat,perniagaan pun jadi makin maju.”

Kata- kata yang perlu kita muhasabah bersama.

Nak kira zakat perniagaan ni senang sangat.

Hanya guna asas akaun untung rugi sahaja.

Formulanya:

[Hasil/Jualan/Perolehan – Belanja/Kos Yang Ditanggung] × 2.5%

Formula kiraan ni sesuai digunakan bagi jenis perniagaan yang tiada akaun atau penyata kewangan seperti peniaga online,peniaga kecil dan runcit contohnya pasar tani,pasar malam,restoran,kedai makan,gerai-gerai makanan dan minuman dan lain-lain perniagaan yang berkaitan.

Nak bayar zakat perniagaan? Boleh bayar secara online. Hanya dengan klik link ini:

https://www.zakat2u.com.my/cart/troli

Sumber: Pusat Pungutan Zakat

Semoga Perniagaan Kita Semua Semakin Maju

Alhamdulilah, kita dapat lihat semakin ramai orang Islam sudah mula berani berniaga. Dewasa ini, kita tidak boleh bergantung kepada hanya satu punca rezeki sahaja. Yang makan gaji, pastinya tertekan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sendiri pun ada mengeluarkan panduan Belanjawanku:

Boleh baca lebih lanjut mengenainya di Belanjawanku – Panduan Perbelanjaan Untuk Individu & Keluarga di Malaysia.

Kalau rasa pendapatan tak cukup setiap bulan, boleh baca pula:

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan mendapat rezeki yang diberkati. Lagi kaya kita, lagi banyak zakat yang kita dapat keluarkan, lagi banyak bantuan dapat kita berikan kepada golongan yang memerlukan.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend