Pecahan Pendeposit Tabung Haji – Individu Misteri Simpan RM190 Juta

Kita biasa dengar Prinsip Pareto 80/20 kan? Menurut kajian yang dijalankan beliau, 80% kekayaan adalah dimiliki oleh golongan 20% terkaya.

Tapi menurut laporan di dada-dada akhbar dan media sosial baru-baru ini, nampaknya dalam kes Tabung Haji – 1.3% pendeposit Tabung Haji atau seramai 117,000 pendeposit menyumbang kepada 50% deposit.

Turut dilaporkan bahawa ada seorang pendeposit dengan sejumlah RM190 juta di dalam akaun Tabung Haji beliau. Banyak tu.

Jom kita tengok beberapa statistik Tabung Haji seperti berikut:

Sumber: Tabung Haji

Jom kita tulis dalam bentuk jadual untuk pemahaman kita semua:

Jumlah Pendeposit Peratusan Pendeposit (%) Nilai Deposit (RM) Peratusan Deposit (%)
1 0.00000000001 190,000,000 0.27
117,000 1.3 35,390,000,000 49.73
9.29 juta 98.7 35,200,000,000 50

Memang dahsyat juga bila dilihatkan, bagaimana seorang pendeposit menyumbang kepada 0.27% atau RM190,000,000 ke dalam Tabung Haji.

Ini bermakna Hibah Tahunan sebanyak 4.5% pada tahun 2017, beliau menerima hibah sebanyak RM8.075 juta! Siapalah orang yang bertuah tersebut?

8.81% Pelabur ASB Punya 80.17% Duit Dalam ASB

Amanah Saham Bumiputera (ASB) pun hampir sama keadaannya, di mana jurang perbenzaan di antara yang kaya dengan golongan pertengahan dan bawahan adalah sangat besar.

Sumber: Laporan Tahunan ASB 2017 mukasurat 58

Prinsip Pareto 80/20 pun tak boleh digunakan dalam kes ASB ni. Maka betullah “Yang kaya semakin gaya, yang miskin semakin miskin”.

Persoalannya, apakah usaha kita untuk memperbaiki diri kita? Apa yang kita buat untuk tambah pendapatan sendiri dan keluarga?

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend