Pengurusan Kewangan Untuk Mereka Yang Bergaji RM1,000 Dan Ke Bawah

Sebuah pengurusan kewangan yang baik dan berkesan, adalah dengan memastikan jumlah perbelanjaan tidak melebihi daripada jumlah pendapatan. Berbeza pula dengan sesetengah individu masa kini, semakin besar pendapatan semakin besar jumlah perbelanjaan. Semakin besar kawah, semakin tebal keraknya.

Sekiranya keadaan ini berlarutan, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan tahap pengurusan kewangan yang stabil dan terjamin?

Jika kita lihat, kos sara hidup semakin meningkat naik. Keadaan ini telah mendatangkan kebimbangan kepada mereka yang bergaji RM1,000 dan ke bawah, atau yang sedang menerima gaji minima – terutamanya bagi mereka yang menetap di bandar.

Jom kita tengok apa yang boleh dilakukan bagi memastikan kelangsungan hidup berkualiti.

1. Tambah Pendapatan

Jika terus bergantung kepada satu pendapatan sahaja, pastinya ia hanya sekadar cukup-cukup makan. Tidak salah jika anda melakukan dua atau tiga kerja untuk meningkatkan jumlah pendapatan bagi menmpung kos perbelanjaan harian diri sendiri dan juga seisi keluarga.

Banyak pelung pekerjaan separuh masa boleh dilakukan. Di antaranya adalah jualan secara online di media sosial seperti Facebook atau Instagram. Ia sama sekali tidak memerlukan anda untuk keluar dan hanya memerlukan komitmen bekerja di rumah sahaja.

Boleh baca lebih lanjut mengenainya di 3 Pekerjaan Freelance Ini Mampu Menjana Pendapatan Yang Tinggi Kepada Anda.

2. Kurangkan Perbelanjaan

Apabila anda telah sedia maklum akan tahap kewangan anda, maka tindakan yang perlu diambil adalah dengan cara mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu. Maksudnya d isini, berbelanja yang menjadi keperluan sahaja.

Jika ianya melibatkan perbelanjaan kehendak, tangguhkan dahulu hajat anda sehingga anda memperolehi duit lebihan.

Baca juga Bagaimana Membezakan Antara Keperluan Dan Kehendak?

3. Elakkan Daripada Berhutang

Jangan ditambah masalah kewangan anda dengan cara berhutang. Amalkan cara ikat perut dan mengekang nafsu. Meskipun pendapatan anda kecil, anda boleh pastikan bahawa ianya adalah jumlah pendapatan bersih tanpa hutang.

Berhutang bukan jalan terbaik untuk anda memperbaiki tahap kewangan. Boleh jadi, ia membawa punca kepda permasalahan kewangan yang lebih serius.

Tambah ilmu lagi dengan membaca Langsaikan Hutang Dengan Mudah Menggunakan Kaedah Debt-Snowball.

4. Belajar Menyimpan

Latih diri untuk amalkan simpanan dengan kadar jumlah yang kecil terlebih dahulu. Jika anda dapat membuat simpanan 5% daripada jumlah pendapatan anda pun sudah cukup memadai. Yang penting, mulakan tabung simpanan dengan segera.

Hanya dengan adanya simpanan inilah, ia dapat membantu anda sekiranya berada dalam keadaan yang susah kelak. Oleh itu, jangan pernah lupa untuk membuat simpanan.

Untuk inspirasi, boleh ikut tips yang ada di Cara Terbaik Simpan 50% Daripada Gaji dan Rasa Susah Nak Menyimpan? Ikuti Tips Hebat Ini.

Lakukan Langkah Seterusnya

Bila dah berjaya tambah pendapatan, kurangkan perbelanjaan dan boleh menarik nafas lega sikit, hadamkan perkara ini: Nak Bayar Hutang Dulu Ke Nak Melabur Ke Atau Nak Berniaga?

Dapatkan eBook 30 Tips Bijak Merancang Wang

TAJUK MENARIK DALAM EBOOK

Pelajari konsep-konsep teras dalam pengurusan kewangan dengan ebook ini.

Aliran Tunai Kewangan Cash Flow

Merupakan asas dalam perancangan kewangan yang meliputi aspek pendapatan dan perbelanjaan melalui formula I-E=S supaya perbelanjaan tidak melebihi pendapatan setiap bulan dan tahun.

Nilai Bersih Aset Nett Worth

Formula A>L supaya dapat menyediakan aset dan dana yang cukup untuk menghadapi masa hadapan serta hutang yang terkawal supaya ia tidak membebankan hari tua kelak.

Simpanan Kewangan Saving

Jika seseorang itu gagal untuk menguruskan simpanannya dengan baik, agak sukar untuk dia mengurus instrumen-instrumen kewangan yang lain.

Perlindungan Kewangan Protection

Dalam kita bekerja untuk memperoleh pendapatan, dan menghasilkan aset, kita seharusnya untuk memastikan kedua-duanya itu dilindungi. Di sinilah fungsi perlindungan melalui takaful.

Pelaburan Kewangan Investment

Inflasi akan menurunkan nilai aset kita. Jadi, di sini perlunya untuk seseorang itu untuk membuat pelaburan sekurang-kurangnya untuk melawan inflasi.

Banyak Lagi Others

Pelbagai lagi topik menarik yang bakal dikongsikan bersama anda di dalam ebook ini. Pelaburan yang paling utama adalah pelaburan ilmu.

Khusus untuk pembaca Majalah Labur, dapatkan diskaun sebanyak 40% untuk eBook ini.

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend