Penstrukturan Semula Harga Minyak Ikut Harga Pasaran

Pada hari Jumaat 2 November 2018, Belanjawan 2019 telah dibentangkan di Parlimen oleh Menteri kewangan Malaysia, YB Lim Guan Eng. Menerusi pembentangan tersebut, kerajaan akan memberikan subsidi bersasar kepada pemilik kereta persendirian dengan kapasiti enjin 1,300cc dan ke bawah atau pemilik motosikal 125cc dan ke bawah.

Melalui mekanisme ini, kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal. Mekanisme baharu ini dijangka bermula pada suku kedua 2019. Untuk tujuan ini, RM2 bilion diperuntukkan dan dijangka dapat memanfaatkan seramai 4 juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilik motosikal.

Pelbagai reaksi dan respon orang ramai terhadap cara dan alternatif kerajaan dalam mensasarkan subsidi minyak tersebut kepada golongan yang tepat tanpa sebarang ketirisan. Walaubagaimanpun, pada 5 Januari 2019 yang lalu

  • Harga minyak RON95 telah diturunkan daripada RM2.20 seliter kepada RM1.93 seliter
  • RON97 pula akan diturunkan daripada RM2.50 seliter kepada RM 2.23 seliter
  • Diesel diturunkan daripada RM2.18 seliter kepada RM 2.04 seliter

Lim Guan Eng juga menegaskan dalam kenyataan beliau bahawa harga runcit produk petroleum ini akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM). Ianya sejajar dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia pada ketika ini. Pengumuman harga runcit juga akan dibuat pada hari Jumaat setiap minggu, dan berkuat kuasa mulai hari Sabtu sehingga Jumaat.

Seperti yang kita tahu, harga minyak di Malaysia tidak bersandarkan kepada minyak mentah dunia (Brent) tetapi berdasarkan Mean of Platts Singapore (MOPS). Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa bulan Disember yang lalu harga minyak telah jatuh bawah USD50 iaitu paras terendah sejak Julai 2017.

Kita semestinya bergembira kerana harga minyak akan menjadi murah, tetapi kerajaan yang terpaksa menanggung kerugian. Hal ini kerana kerajaan mengeluarkan Belanjawan 2019 berdasarkan harga minyak USD70 setong. Kerajaan dianggarkan akan hilang dalam RM8 Billion jika minyak kekal di bawah USD50.

Pada 7 Januari 2019 yang lalu pula, BBC melaporkan harga minyak telah meningkat melebihi USD1 setong. Peningkatan lebih daripada 2% pada hari Selasa ini adalah disebabkan perbincangan perdagangan di antara dua ekonomi besar dunia iaitu China dan U.S. Jika perbicangan tersebut mecapai kesepakatan, maka dijangkakan bahawa peningkatan tersebut akan berterusan.

Sebagai seorang pelajar ekonomi dari Universiti Sains Islam Malaysia, saya berpandangan bahawa penstrukturan semula harga minyak perlu dilakukan kerana pasaran harga minyak akan berubah lagi berdasarkan hasil pertemuan Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) pada bulan April akan datang.

Tidak lupa juga dengan penemuan Shale Oil oleh kerajaan US. Maka kebarangkalian tinggi harga minyak akan turun kerana kekerapan US mengeluarkan minyak menjadikan mereka sebagai net exporter.

Sumber Rujukan:

  1. https://www.sinarharian.com.my/article/5560
  2. https://paultan.org/2018/11/02/bajet-2019-subsidi-ron-95-30-sen-untuk-kereta-1-5l-dan-motosikal-125-cc-bermula-suku-kedua-tahun-2019/
  3. http://www.bbc.co.uk/news/live/business-46757655
  4. https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/01/09/oil-prices-rise-over-2-percent-on-trade-talk-optimism/

Ditulis oleh Ahmad Irfan Fitri Bin Mohd Hussin, Pelajar Tahun 4 Pentadbiran Muamalat, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend